Tips Lulus Bahasa Inggeris Kertas 1 & Kertas 2 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 8 March 2020

Tips Lulus Bahasa Inggeris Kertas 1 & Kertas 2


Assalamualaikum...

Beberapa hari ni FB saya dihujani dengan cerita kejayaan rakan-rakan guru yang anak-anak didiknya cemerlang dan berjaya dalam SPM. Syabas dan tahniah diucapkan! Tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis sama. Haha... Actually, saya pun nak cerita kisah kejayaan anak didik saya, calon UPSR tahun lalu... Asyik tersekat-sekat idea nak menulis sebab terlampau banyak sangat kenangan suka duka pahit manis dengan mereka ni... Huhu...

Kisah Sendu 

Saya bersama dengan mereka since mereka di tahun 3 lagi... So kita orang punya 'bonding' memang lain macam... Haha... Parents semua dah kenal saya, dah tau peel saya macam mana... Banyaknya kenangan dengan mereka, sampaikan beberapa kali saya mengajar sambil menangis, depan mereka. Ya... Dua tahun berturut-turut emosi terusik... 2018... Masa mak saya sakit, sehinggalah mak saya meninggal dunia... Beberapa kali air mata tertumpah masa mengajar. Mereka menyaksikan semua tu dan mereka antara yang beri kekuatan kepada saya... Hebatkan! Walaupun masa tu dorang baru 11 tahun tapi dorang dah faham, dorang tau saya bersedih... Dorang tak buat hal. Saya mengajar, sangat smooth... Semua lancar, semua dengar kata... Alhamdulillah... 

Julai 2019, Plot twist berlaku! Tapi takpe, CCTV Allah kan ada... Kita saksikan di padang masyar nanti. InsyaAllah... :)


Yes, Budak darjah 6 ni la yang bagi semangat kat cikgu dorang ni. Syukur alhamdulillah bila  ada ibubapa yang sudi PM bagi kata-kata semangat. Nampak tak? Mak bapak pun tau kita macam mana. Siap PM bagi kata semangat. 

Dalam keadaan macam tu, syukur, saya masih mampu mengajar seperti biasa. Masih boleh chill. Bhahaha... Tambahan pula saya memang dah pernah buat kelas tambahan awal-awal tahun tu lagi... So, memang dah cover 10 jam (5 Fridays x 2hours). Dan, saya memang topup dengan latihan online, melalui Frog, Google Form, Quizizz etc... dengan buku extra lagi yang ada 10 + 10 set UPSR Paper 1/Paper2... Haaaa... So, no issue! 

Namun, walaupun kerja dalam tekanan macam tu, saya mampu menarik nafas lega dan berbangga apabila kesemua 30 orang murid saya lulus dalam subjek Bahasa Inggeris untuk kertas 1 dan kertas 2. Dan paling terharu apabila mereka adalah penyumbang gred A & B kepada sekolah untuk subjek berkenaan. Paper 1, 9 orang A. 4 orang jer dapat gred D untuk kertas 1. Kertas 2, 6 orang A... yang lain tak ingat tapi yang pasti semua lulus! Hahh... Don't play-play! 😂 Mungkin ada yang kata, kelas pertama memang ler boleh lulus semua. Tahun sebelum-sebelum ni, kelas pertama pun ada yang gagal ye... Jadi, kali ni pecah rekod! Alhamdulillah... Syabas 6 Sina, 2019! Korang memang hebat!~

Ni antara tips lulus Bahasa Inggeris Kertas 1 & Kertas 2 yang boleh saya kongsikan... Ni cara saya, cara korang mungkin berbeza... Saya guru biasa-biasa jer... Tapi kalau nak cuba, silakan... Apa pun semua ni tertakluk kepada keikhlasan, usaha kita dan keizinan Allah... Kalau Allah izinkan, insyaAllah... boleh berjaya! :)

1) Kenalpasti kelemahan dan kekuatan murid

Budak saya banyak yang lemah penulisan, jadi memang banyak latihan penulisan... Boleh baca perkongsian saya tentang Contoh Pelan Intervensi Bahasa Inggeris Tahun 6 yang saya buat tahun lalu... Saya buat untuk diri sendiri je... 😏


2) Dual-Language

Yes, saya memang mengajar guna dua bahasa. BM-BI. Kena ingat, English is our second language, kalau kau pom pang pom pang berbuih cakap BI sorang-sorang, budak tak faham, tak guna... Ikut aras budak. Kalau budak memang boleh faham BI, teruskan guna BI jer... Kalau budak tak faham, guna dual language la weii...

3) Fun Learning - Buat Murid Suka Pada Subjek 

Banyakkan aktiviti yang menarik. Games dalam PdP, Projek, kuiz dll. Budak suka. Memang nampak kesannya tak seberapa tapi ini untuk long term... Benda ni akan buat budak tu suka pada subjek. Bila budak suka pada subjek, mereka akan tend to learn the subject. Selain tu, mereka akan jadi lebih kreatif dan kritis... Boleh tengok dalam blog saya ni banyak saya share aktiviti mereka. Satu lagi, ada juga projek-projek yang dapat disiapkan semasa saya tiada di sekolah... Maklum la, saya aktif juga diluar, jadi selalu jugak takde kat sekolah... Jadi, aktiviti-aktiviti seperti ni memang membantu la sepanjang ketiadaan saya....

Boleh baca post saya AKTIVITI PAK 21 TANPA GURU


4) Banyakkan latihan

Saya memang dah terbiasa dengan budaya di sekolah cina. Jadi, dengan murid-murid ni pun saya buat budaya yang sama. Buku teks memang habiskan semua latihan kat dalam tu, tak tinggal satu pun... buku tulis, saya juga guna set UPSR yang sekolah beli, saya ada beli sendiri set UPSR (atas persetujuan parents) yang ada 10 set dalamnya untuk kertas 1 dan kertas 2... akhbar Didik setiap minggu tanpa gagal... lembaran-lembaran yang saya download dari FB/internet, latihan-latihan dalam Frog VLE / Kahoot / Quizizz dll. Latihan online selalunya saya tak paksa murid jawab. Tapi mostly mereka jawab... Ada sesekali je la mereka tak jawab sebab tak dapat pinjam henfon atau takde internet. Sebenarnya bila tak paksa, mereka akan buat! Haha... Manusia tak suka dipaksa.

5) Rancang program jangka panjang

Ada beberapa program yang saya rancang... Sebenarnya since murid-murid ni di Tahun 3 lagi dah ada program yang dirancangkan sikit-sikit. Bila di tahun 6, lebih kepada pemantapan je la... Nanti saya akan catatkan dalam post akan datang. Tulis kat sini kang panjang sangat pulak jadinya... Salah satunya adalah penglibatan ibubapa... 

6) Sahsiah Murid

Kelas ni memang saya jaga sahsiah mereka masa subjek saya laa. Selebihnya peranan guru kelas. Syabas, Guru Kelas! 💪💪 Murid-murid ni boleh dikatakan umpama benchmark kat murid lain, memang nampak lain dorang ni... Luar biasa. Berdisiplin. Saya rapat dengan mereka, boleh berlebih kurang... boleh mengadu nasib, bercerita masalah, mereka cerita pasal boyfriend pun ada... Tapi mereka tetap hormat saya sebagai guru mereka. Itulah pentingnya sahsiah! Kalau mereka buat salah, memang saya sound direct je... Silap-silap sampai terus kat mak ayah... Bukan nak mengadu tapi kita nak mak ayah mereka pun ambil tahu sikap anak-anak ni di sekolah macam mana. Kadang-kadang kat rumah, pijak semut pun tak mati. Kannn!

7) Mendoakan diri sendiri, ibubapa dan guru-guru setiap hari

Setiap hari, waktu BI, saya masuk kelas je, wajib semua murid tadah tangan baca Al-Fatihah & 3x surah Al-Ikhlas. Saya nak mereka dapat pahala senilai membaca Al-Quran setiap hari. Saya tak payah cakap, saya masuk kelas je, dorang dah tau nak buat apa. Tujuan saya buat benda ni sebenarnya untuk melembutkan hati mereka, supaya mereka beradab, to 'tame' them... Haha... Dan disamping tu nak didik mereka untuk hargai ibubapa dan guru mereka. Alhamdulillah, mungkin ni salah satu sebab mereka jarang buat hal dengan saya. Jarang-jarang tak siap kerja saya... Walaupun cikgu lain ada complain pasal mereka, tapi subjek saya, mereka buat semua kerja yang saya beri! Alhamdulillah... 

8) Tarbiah

Bhahahaha... Yang ni jarang-jarang berlaku. Tapi kalau berlaku, memang sunyi sepi kelas. Maklum la, saya ni jarang nak marah-marah, sekali dah naik angin... Membebel... Siap laa kau! Hahaha... Yang ni banyak saya tekankan tentang bila dah buat salah, mesti minta maaf tak kira la kat guru ke ibu ke kawan ke... Wajib! Nak pulak ada yang mengadu ada yang tak nak kawan la apa la, memang saya suruh mereka bersalam dan berpeluk dalam kelas... I mean yang lelaki dengan lelaki la... Yang sama jantina! Sebab tu dorang ni kalau ada buat salah dengan saya, memang muka cuak datang jumpa saya minta maaf. Kena marah ke apa ke, redho jer... Sebab memang dah buat salah! Haha... Tapi, yelah... Nak jadi orang, memang kena la marah jugak sesekali kan... Asyik bagi muka je nanti, naik lemak pulak, pijak kepala... Saya nak mereka jadi 'manusia'. 

9) Masa Extra Bersama Allah

Memang saya pesan, sepanjang minggu UPSR, saya minta mereka perbanyakkan amalan. Bangun tahajjud. Dan saya impress, ada beberapa orang murid yang beritahu, mereka bangun buat tahajjud. Alhamdulillah... Syukur, mereka dengar nasihat saya. Beberapa orang sekarang ni dah masuk asrama dah... Mungkin Allah angkat doa mereka... Saya rasa semua guru suka murid yang macam ni, cemerlang dunia akhirat, ni yang kita nak... bukan setakat akademik yang dikejar-kejar, tapi sikap dan sahsiah pun seiring sama. Kita pun sama, bukan mereka jer berdoa, cikgu-cikgu pun ambil kesempatan untuk berdoa sama untuk anak-anak didik...

10) Bonding

Bonding murid dengan guru kena ada. Serius memang kena serius... Saya memang tak penah tak serius. Tapi dalam masa yang sama, ada masa nak bergurau, bergurau la... Ada masa nak bagi reward, ada masa nak tarbiah membebel berjela... Haha... Semua ada masanya... Kena tune ikut keperluan. Bagi saya, saya tak suka murid takut dengan saya, tapi saya lebih suka mereka segan saya... Takut dengan segan adalah dua perkara yang berbeza. Takut adalah apabila di depan kita, dorang ni berpura-pura hormat, tapi di belakang dorang kutuk dan kalau boleh dorang menyampah nak tengok kita masuk kelas dorang. Segan adalah apabila dorang rasa hormat dan sentiasa patuh dengan arahan kita tanpa perlu kita nak terjerit-jerit kat dorang. Takut boleh dibuat-buat tapi segan adalah suatu feeling yang naturally comes from their inner side. Gituhhh.... Hehe...

11) Biasakan 'kedekut' markah

Biasakan strict semasa menyemak kertas. Tak pernah lagi semua murid saya lulus dalam peperiksaan dari tahun 4 sampai la ke tahun 6... Setiap kali peperiksaan, memang ramai gagal terutama kertas 2. Saya memang kedekut giler markah... Sehinggalah UPSR... Boommmm! Lulus semua! Dorang terkejut, dengan saya skali terkejut! Bhahaha...

12) Jangan buat hal dengan 'sifu' & ibubapa

Sentiasa ingatkan mereka untuk memuliakan orang yang berilmu, tak kiralah dikalangan guru ke kawan ke siapa sahaja... Ilmu memang boleh dicari tapi keberkatan ilmu tu yang penting... Jangan sampai ilmu tak lekat kat kita sebab kita tak hormati, kita sombong, angkuh dengan 'sifu' kita... It's all about blessing. Dengan mak ayah pun sama. Budak-budak ni kena selalu diingat-ingatkan... Hehe...

Okay, itu sahaja tips yang boleh saya kongsikan setakat ini... Segala tips yang dikongsikan bukanlah nak dikatakan bagus dan tepat. Hasilnya mungkin berbeza dengan murid korang... Setiap murid ada tahap perkembangan, sikap dan latar belakang yang berbeza... Saya bukan penyemak kertas pun. Saya cuma guru BI yang dapat C1. Bhahaha... Nak dapat C1 pun jenuh weiihh... Berpeluh sisturrr! Hahaa...

Saya anggap ni mungkin rezeki saya, Allah izinkan anak-anak didik saya lulus semuanya... Rezeki dapat anak murid yang baik, yang buat kerja saya walaupun time saya takde di sekolah... Huhu... Alhamdulillah...

Semua yang saya catatkan adalah perkongsian melalui pengalaman saya di.... tahun lalu... Tahun ni? Bhahahaha... Kita biasa-biasa sudahhhh... Don't mess with me hokayyyy! 😂😂😂

Nota kaki : The only way to win a toxic person is not to play!~

No comments:

Post a Comment