Melukis Dengan Google Sheets - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 10 April 2020

Melukis Dengan Google Sheets


Salam Jumaat, semua!

Hai. Apa khabar? Saya harap korang semua sihat-sihat je ye... Okay hari ni saya just nak share ilmu yang sangat simple dan jarang kita dengar orang melukis kat Excel / Google Sheets. Selalunya Sheets ni kita akan kaitkan dengan Matematik, formula dsb. Melukis? Macam agak rare... Hehe... 

Saya mula-mula lihat Cikgu Mohd. Ariff Bin Badarudin berkongsi lukisan kat Facebook. Macam WOW! Katanya dia gunakan Sheets. So, apa lagi, saya pun try test tengok menjadi ke tak nak melukis kat Sheets... Alhamdulillah... Hasilnya memang comel! Haha... Cuma teknik yang saya gunakan agak berbeza dari Cikgu Ariff. 

Cara Cikgu Raihan

> Buka Google Sheets 


> Klik Insert > Pilih Image Over Cell

> Klik Google Image Search > Cari kata kunci PIXEL atau Crosstich (Ingat tak jahitan crosstich?Hahaah) Contoh, cat crosstich, house crosstich dll. Ni untuk jadikan contoh je untuk korang mewarna... Bila dah siap, boleh delete je gambar ni. Kalau tak nak insert gambar kat sheet, nak buka tab lain, tengok kat Google Image je pun boleh... 

> Highlight kotak > Right click > Resize Column > taip 25 dalam kotak Enter New Column Width in Pixels. 


> Okay lepas tu dah boleh mula mengira & mewarna kotak-kotak dengan menggunakan fungsi Fill Colour. Ikutlah lukisan crosstich tu sampai siap... 


> Misal kata kalau tengah buat tetiba tak cukup kotak, highlight je column, kemudian insert column left/right.


> Boleh print kalau suka! Yayyy!~ 


Cara Cikgu Ariff

> Buka Google Sheets

> Klik Insert > Pilih Image Over Cell

> Klik Google Image Search > Cari kata kunci PIXEL (contoh, cat pixel, dragon pixel) 

> Resize cell jadi segi empat sama (agak-agak)

> Select all > Border > ambil warna grey.

Yang ni hasil Cikgu Ariff

Ni lagi satu karya kreatif Cikgu Ariff

Thank you Masta Ariff untuk ilmu ni... Bab Sheets memang power. Formula boleh, melukis pun boleh! Mantappp!~ 💪

Okay gais, cuti PKP dah sambung lagi sehingga 28 April 2020, jadi, ada masa, boleh la try buat benda ni... Ajak anak-anak join skali. Benda ni memang nampak macam takde apa sangat, tapi sebenarnya ia melatih mata kita untuk lebih teliti. Melatih kesabaran nak siapkan satu-satu lukisan... Ingat senang ke nak warna sekotak-sekotak cell tu... Heheheee... Gigih sistur!~ 😂

Okay la... Sekian sahaja perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat. Jaga diri, jaga family! Bye, gais! Assalamualaikum... 

Nota kaki : Kesabaran dengan keluarga adalah KASIH, Kesabaran dengan orang lain adalah HORMAT, Kesabaran dengan diri sendiri adalah KEYAKINAN, Kesabaran dengan Tuhan adalah IMAN.

No comments:

Post a Comment