Panduan Lengkap Google Meet - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 8 April 2020

Panduan Lengkap Google Meet


Assalamualaikum...

Halluuu gais! Apa khabar? Dekat seminggu tak menulis. Ada banyak benda nak share tapi takde mood nak menulis. Huhu... 

Okay, hari ni saya nak kongsikan panduan untuk korang gunakan Google Meet. Sebenarnya saya dah pernah share pasal ni dulu... Nota ada kat dalam Modul yang saya bina tahun lalu. Mungkin ada yang dah gunakan modul tu. Mungkin ada yang download tapi tak pernah selak tengok... Bhahaha... Biasa la tu.

MODUL ASAS PENGGUNAAN PORTAL DIGITAL LEARNING KPM

Apa yang best tentang Meet ni?

1) Boleh disertai sehingga 250 orang sekaligus.

2) Cepat dan mudah digunakan.

3) Tiada had masa.

4) Boleh digunakan kat phone jugak. Download je Apps Google Meet.

5) Boleh dirakam dan diulang tonton. (Rujuk Video Panduan oleh Cikgu Fadzil kat bawah tu ok)

6) Boleh diintegrasikan dengan Google Classroom (Rujuk Video Panduan oleh Cikgu Fadzil kat bawah tu ya)

Hari ni saya share kan sekali lagi... InsyaAllah... Boleh rujuk PANDUAN PENGGUNAAN GOOGLE MEET di bawah ni ye... Thank you, Cikgu Fadzil, Cikgu Mohd. Ariff Bin Badarudin dan Cikgu Kamal Iskandar kerana sudi membantu dalam memantapkan lagi post ni. Hihiihi...

Pertama

Pergi ke http://meet.google.com

Login menggunakan akaun MOE-DL korang yer...

Kalau korang lupa ID, sila dapatkan dari admin di sekolah korang... Tak pun kalau susah sangat, ada je option lain... Pakai je akaun Google peribadi, guna la Google Hangout. :)

**Untuk  START MEETING, korang kena guna akaun domain sekolah/pendidikan atau MOE-DL

**Yang nak join meeting, boleh guna MOE-DL jugak, nak pakai Gmail pun boleh, tak login langsung pun boleh join... Taip je username.

So, jangan risau kalau murid takde ID, dorang still boleh join video conference korang. Syaratnya internet dorang kena padu sket lah... Haha... Kalau tak padu, tersekat-sekatlah video... Gituhh!~

Kedua

Klik pada butang (+) JOIN OR START A MEETING.


Ketiga 

Tekan butang CONTINUE. Biar kotak tu kosong pun takpe...


Keempat

Copy link yang kat MEETING READY tu, share lah dengan murid ke kawan korang ke untuk ajak dorang join meeting ni...

Kemudian, klik butang JOIN NOW


Kelima

Klik ALLOW untuk MICROPHONE dan CAMERA

Contoh dalam paparan dibawah, saya tutup camera, jadi, hanya gambar profil kita yang akan terpapar.

Klik butang PRESENT NOW untuk share bahan korang kepada audience.


Keenam

Pilih paparan yang hendak dikongsi. Kemudian, klik SHARE.


Gambar di bawah adalah contoh paparan kepada audience. Kalau nak Stop papar skrin, klik je STOP SHARING.


Gambar di bawah adalah paparan untuk peserta. Tak login pun takpe.. Taip je username. Kemudian, klik ASK TO JOIN


Yang organize meeting akan dapat notifikasi seperti di bawah ni... So, korang klik je ADMIT untuk benarkan peserta join meeting.


Enam steps jer... Mudah je kan... InsyaAllah...

Saya juga ingin mengambil kesempatan kepada Cikgu Mohd. Fadzil Bin Abdul Hanid, JPN Johor kerana sudi berkongsi panduan Penggunaan Meet ni dengan lebih detail lagi menerusi video Youtube. Memang letoppss... Macam-macam siri video ada. Syabas! 

Panduan Penggunaan Persidangan Video melalui Google Meet (Video Conference)

Tutorial Host @ Admin Membuat Persidangan Video Google Meet

https://youtu.be/dJcqtO_7GeE


Tutorial Host Penjadualan Awal & Attachment Fail untuk Pautan Persidangan Video Google Meet

https://youtu.be/OBVl9AgipBM


Tutorial Google Meet Add On Grid View

https://youtu.be/1dWy6rAOMxY


Tutorial Peserta Join Persidangan Video Google Meet melalui Komputer @ Laptop

https://youtu.be/pN4ayTgfx-A


Tutorial Menggunakan Google Meet pada Smartphone

https://youtu.be/6D4cumLyQGQ


Tutorial Share Screen @ Presentation Menggunakan Google Meet

https://youtu.be/4Q0QK8DNdb0


Tutorial Recording Google Meet

https://youtu.be/HLMYRS-5_qM


Tutorial fungsi-fungsi pada Interface Google Meet

https://youtu.be/5URD9BCboZo


Tutorial Integrasi Google Meet dengan Google Classroom

https://youtu.be/KR7KXy6tPAA


Playlist Youtube (Google Meet) :

https://www.youtube.com/playlist?list=PL05xCZeDFa-rRlgJ3jmVRQGyY2vaRrrp2

Haaaa... lengkap kannnn! Hehe... Jangan lupa subscribe channel cikgu Fadzil ni di Youtube ya... Banyak siri yang dah dibuat. Google Classroom, Google Meet... Macam-macam... Memang awesome!

Baiklah... sekian sahaja perkongsian Panduan Penggunaan Google Meet. Lepas ni boleh try dengan anak-anak ke dengan suami/isteri ke... Hehe... Semoga bermanfaat... Malam ni malam Nisfu Syaaban. Banyakkan berdoa hokayyy! Semoga kita sentiasa dilindungi dari wabak Covid-19, sentiasa dilimpahi kasih sayang Allah SWT & menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat. Babai, gais! Take care. 💓

Nota kaki : Sesungguhnya di setiap kesukaran diiringi dengan kemudahan... :)

9 comments:

  1. kalau dapat link untuk join google meet tapi dekat phone takde apps tu boleh ke bukak

    ReplyDelete
  2. kalau guna google hangout takperlu guna google meet lagi ke?

    ReplyDelete
  3. Huhuhu.. 1st time guna google meet beberapa hari lepas untuk kursus (ada je otak HR nak trick kitorg attend kursus musim PKP ni).

    Soalan saya; boleh ke guna meet ni utk buat sidang video utk acara x rasmi. Kat sini saya cadang nk menggoogle meetkan family saya sementelahan tak dapat beraya bersama ekoran pengehadan perjalanan. Keluarga isteri saya asal kelantan tapi duduk bersepah. Mcm kami ni d selangor, ada yg d penang, johor, kL, new zealand, riyadh dll.

    Kalau boleh utk d hostkan, apa langkah2nya?

    Tengkiyu cikgu!

    ReplyDelete
  4. 10Q CIKGU.PERKONGSIAN YANG BAGUS.

    ReplyDelete
  5. tapi kena semlm email biasa (bukan email moe) xboleh join

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum cikgu

    nak tanya cara nak rekod video tu camne ye, sbb kat computer sy xde record video

    ReplyDelete
  7. boleh ke kalau nk connect audio dekat phone. tp sound masih kat laptop. sbb nk present kena jarak jauh,, so kena berdiri 2 meter dri laptop.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum
    saya nak bertanya setelah create link google meet utk mesyuarat lagi seminggu adakah link tersebut masih boleh digunakan lagi?

    ReplyDelete