Aktiviti 'Reading Response' Untuk Subjek BM / BI - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 13 May 2020

Aktiviti 'Reading Response' Untuk Subjek BM / BI


Assalamualaikum.

Sepanjang PKP ni banyak beri latihan atas talian kepada murid sampai tak tau nak buat aktiviti apa dah. Habis idea! Haha. Ni salah satu aktiviti yang boleh difikirkan. Sesuailah untuk guru bahasa. Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris ke, boleh buat aktiviti ni dengan murid. Minta murid-murid baca buku cerita dan isi form yang disediakan tu.

Ni contoh tapak untuk aktiviti Reading Response (lebih kurang Nilam sebenarnya). Saya buat sebagai salah satu aktiviti semasa PKP ni untuk murid tahun 4 saya... Aktiviti membaca & mencatat. Yang berminat boleh copy form di bawah ni... Edit & custom ikut citarasa korang hokay! Mungkin untuk murid sekolah menengah, korang boleh tambah ruangan untuk summary (Rumusan) ke, plot (jalan cerita) ke... yang lebih mencabar... Hehe...


MAKE A COPY : https://bit.ly/2YW4QnZ

Okay, simple je aktiviti ni... Kalau berminat nak jalankan dengan murid-murid korang, silakan copy form tu ya... Semoga bermanfaat!~ Jaga diri, keluarga dan masyarakat. Jangan keluar kalau takde keperluan hokayy, stay at home & be safe! 

Nota kaki : Memang baik menjadi orang hebat. Tetapi lebih hebat menjadi orang baik... 😎

3 comments: