Cara Nak Jimat Space Handphone - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 20 May 2020

Cara Nak Jimat Space Handphone


Assalamualaikum...

Hai gais! Harini saya nak share satu tajuk yang agak best jugalah. Tips untuk pengguna-pengguna telefon pintar yang berstoran kecil... Ramai sebenarnya yang menggunakan telefon berstoran kecil. Ini kerana, semakin besar saiz storan, semakin tinggilah harga telefon tersebut. 

Walau bagaimana pun, ada beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk memastikan storan telefon anda mencukupi. Memang stress kalau tengah syok ambil gambar tetiba memory full! Haihhh... Haha...

Tips-tips ni bukanlah dari saya seorang tapi saya peroleh, hasil dari sesi brainstorm bersama sahabat-sahabat saya, Cikgu Khairil Firmansyah B. Anuar, Cikgu Mohd. Ariff B. Badarudin, Cikgu Nur Aishah Bt. Hamdan, Cikgu Mohd. Kamal Iskandar B. Mohd. Shafri dan Cikgu Amir B. Othman. Thank you, gais! 💗 Nampak tak, nak hasilkan content untuk blog bukan semudah yang disangka. Kadang-kadang memerlukan aktiviti brainstorming secara atas talian macam ni... Huhuhu...

Baik, berikut adalah cadangan tips yang boleh korang buat kat telefon korang. Sebenarnya bukanlah untuk handphone yang berstoran kecil je, untuk apa handphone pun boleh jer... Nak jimat space, try buat tips ni hokayyy!

CARA NAK JIMAT SPACE HANDPHONE

1) Guna aplikasi Google Photos untuk menyimpan segala gambar/video 

Walau bagaimana pun, setelah selesai sesi muat naik gambar/video ke Google Photos, anda perlu pastikan ada memadam semua gambar yang sudah di simpan dari Gallery telefon anda. Kalau tak padam, sama je lah... Ruang telefon masih digunakan!

UPDATE

Bermula 1 Jun 2021, tiada lagi ruang unlimited untuk Google Photos.. terhad kepada 15GB yang diberikan untuk setiap akaun percuma.. mengikut kapasiti Google Drive masing-masing... boleh baca post ni... https://www.theverge.com/2020/11/11/21560810/google-photos-unlimited-cap-free-uploads-15gb-ending

2) Sentiasa memeriksa dan memadam gambar-gambar / video yang telah dipadam yang tersimpan pada Gallery > Folder Recently Deleted.

Selalunya setelah proses memadam dijalankan, gambar-gambar atau video, masih lagi tersimpan di Folder Recently Deleted. Jadi, kena clear kan di sini juga. Bila dah permanent deleted, barulah ruang telefon akan bertambah.

3) Clear cache kat Telegram dan Storage Whatsapp

Okay yang ni paling simple tapi ramai yang tak tahu. Bila dah clear cache, akan banyak ruang kosong kat telefon anda. 

Untuk Telegram >  pergi kat Setting > Storage Usage > Clear Telegram Cache > Clear

Semua chat dan gambar yang tersimpan masih kekal ada walaupun dah clear cache ye... Jangan risau!

Untuk Whatsapp > pergi ke Setting >  Data and Storage Usage > Klik kat Chat tertentu > Clear

Proses ini akan memadamkan semua chat yang dipilih, sila berhati-hati! Kalau chat group, selalunya memang banyak guna ruang sebab kadang-kadang dalam tu ada banyak video dsb. Mana yang tak penting, boleh delete kan je semua... Kasi settle! Hehe... 

4) Uninstall semua apps yang tidak diperlukan.

5) Simpan dokumen menggunakan cloud based. Selepas download, terus transfer ke cloud drive. 

6) Penggunaan memori tambahan ( Micro SD ). Pilih class 10 yang original.

7) Jika berkemampuan, beli smartphone yang berstoran besar 256GB hingga 512GB. 

8) Guna OTG untuk sambungan storan luar pena pacu (Pindah fail ke pena pacu)

OTG ni macam pendrive. Boleh beli kat kedai telefon / aksesori telefon... 

Sumber gambar : Google Image

9) Tutup auto download media Telegram / Whatsapp

Untuk Telegram > Setting > Data anf Storage > Automatic Media Download > OFF kan semua

Untuk Whatsapp > Setting > Data and Storage Usage > Media Auto Download > Semua klik NEVER

Bila dah tutup auto download, anda masih boleh download video/gambar yang dihantar dengan cara klik pada gambar/video tersebut. So, macam ni kita boleh tentukan mana gambar yang nak di download, mana yang tak perlu. 

10) Buang gambar-gambar & video yang tidak diperlukan.

Gallery lah tempat paling banyak menggunakan ruang telefon. Oleh itu, rajin-rajinlah buang gambar-gambar yang tak diperlukan ye... Ni pesanan untuk diri sendiri jugak ni... Dah beribu-ribu gambar, jenuh nak pilih & padam! Heheheee...

11) Pilih untuk menggunakan Telegram berbanding Whatsapp

Telegram juga merupakan aplikasi yang 'ringan' dan tidak menggunakan banyak ruang pada telefon anda sebab semuanya tersimpan di awan! Hehe... Sebab tu, ada sekolah yang memilih menggunakan Aplikasi Telegram untuk Group Rasmi... Macam-macam boleh dihantar, tapi tak makan ruang telefon cikgu-cikgu! Gituhhh...

Tapi masih ada juga sekolah yang sukakan Whatsapp. Lebih mesra pengguna katanya... Cuma kalau ada member dalam group jenis suka hantar video / gambar, eloklah selalu di delete... Supaya tak menyemakkan telefon dan memenuhkan ruang pada telefon korang... Huhu...
12) Restore Factory Setting 

Yang ni cara terakhir. Agak-agak dah give up phone asyik penuh, resetkan kembali, jadi macam telefon baru, kosong terus! Haha... Tapi hati-hati ya, jangan sampai nombor telefon semua orang hilang... Haru nanti! 😆

UPDATE 28/5/2021

13) Disappearing Messages - Whatsapp

Sekarang ni kat Whatsapp ada fungsi disappearing message.. boleh jer aktifkan kalau nak... mesej hanya akan tersimpan selama 7 hari jer... lepas tu akan terpadam. Boleh set kat personal message atau kat group message... 


Okay, macam mana? Dah try buat kat phone korang? Try jangan tak try hokayy! Ada tips lain? Taip kat komen, share! :)

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Doakan kesejahteraan, kesihatan dan kebahagiaan buat kami ya... Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT. Take care, gais! Babai...

Nota kaki : Every single person on the planet has a story. Don't judge people before you truly know them. The truth might surprise you!

2 comments: