Kad Ucapan Digital Percuma - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 2 May 2020

Kad Ucapan Digital Percuma


Hai semua... Assalamualaikum!

Sedar tak sedar dah sembilan hari kita berpuasa. Semoga Allah menerima segala amalan dan doa kita... InsyaAllah... 

Beberapa hari ni macam ramai pulak murid-murid yang mesej... Terasa rindu pulak kat dorang... Huhu... Teringat zaman belajar dulu, kat web ni la kali pertama yang saya guna untuk hantar e-card kat sesapa. Yes! Saya memang giler guna komputer since very young. Tapi dulu selalu guna kat sekolah je la. Tak mampu. Dari zaman sekolah rendah, memang dah join kelab komputer... Zaman disket nipis giler... besar... hitam! Bila masuk form 3 baru dapat sebijik PC. Alhamdulillah... Zaman MIRC. Hihihi... Email pun guna yahoo lagi time tu... Seronok pulak bila ingat kenangan lama... 

Sengaja hari ni saya Google, rupanya masih wujud lagi laman ni... Syabas! Laman ni menyediakan kad-kad animasi yang cantik dan comel untuk dihantar kepada orang lain. Dulu, memang penghantaran hanya via email je. Tapi sekarang, by Whatsapp pun boleh! WoW! Kakak suka!~

Okay... ni cara-cara nak create dan hantar Kad Ucapan Digital... Senang jer... Paling best, banyak pilihan design... dan PERCUMA! 

1. Pergi ke laman https://www.123greetings.com/ (boleh guna laptop/handphone)

2. Taipkan kata kunci yang dikehendaki. Contoh: Birthday, Mother's Day, Hari Raya, Ramadhan Kareem etc



3. Buat pilihan kad yang dikehendaki.



4. Customize kad anda. Masukkan ucapan, email, nama penerima dll maklumat. 



Boleh Add Receiver. So, maksudnya boleh hantar kad kepada ramai orang sekaligus... Hehe... Mudah keja!


5. Dah siap, klik butang SEND NOW! 


Contoh paparan pada telefon. Ada butang Whatsapp dll. Cool!~

Okay, ni ada satu lagi laman, ok jugak.. Boleh la nak try! https://www.mynameart.com/create-card/selamat-hari-raya-aidilfitri-wishes-with-my-name

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Walaupun masing-masing duduk rumah, beraya ala kadar tahun ni, tapi... Kita masih boleh berhubung dan berukhuwah dengan cara begini... Jom kita hantar e-card banyak-banyak tahun ni! 

By the way, sebut tentang ukhuwah, saya ada terbaca satu artikel ni. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4431-al-kafi-1698-hukum-menjauhkan-diri-dari-kawan-bagi-mengelakkan-sakit-hati-dengan-perbuatan-dan-kata-katanya

Tak semua orang perlu ada dalam hidup kita. Bukan niat bermusuh, bukan niat memutus silaturrahim... tapi kadangkala menjauh lebih baik dari menyakitkan hati dengan perbuatan dan kata-kata mereka. Some people memang tak boleh nak cas dengan kita... Some memang tak tau nak menghargai, tak tau nak jaga hati dan tak reti hormat orang lain. So, daripada kita mengumpat, mengata, menyumpah, lebih baik diam dan jauhkan diri jer...  Kannn... Haha. 

Enjoy your life as you can! Tak yah semak nak fikir pasal orang-orang ni... Just be you! The awesome you! Yay!~ 😍

Nota kaki : Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, bukan pula pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doa. 

No comments:

Post a comment