Cara Menambah Pendapatan & Skill Semasa Cuti - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 1 June 2020

Cara Menambah Pendapatan & Skill Semasa Cuti


Assalamualaikum gais!

Hai semua. Selamat Hari Raya! Hehe... Masih dalam mode raya lagi kan... Alhamdulillah. Hari ni saya dapat beberapa berita gembira dari rakan-rakan... Seronok betul rasanya. Walaupun itu hasil titik peluh mereka, sebagai kawan yang melihat, saya tumpang gembira. 

Saya kongsikan sekali beberapa aktiviti yang saya fikirkan menarik dan ada juga yang boleh membuahkan hasil yang baik sekiranya kita betul-betul konsisten melakukannya. Jom tengok!

1) Memasak

Hahaha... Yes! Sepanjang cuti PKP ni saya memang memasak. Alhamdulillah, Allah izinkan... Banyak juga resipi-resipi baru yang dicuba. Yang simple semestinya. Since saya memang tak keluar rumah sangat masa PKP, jadi memang saya guna apa yang ada di rumah sahaja. Untung ke masak? Yes, bagi saya yang boleh dikatakan setiap hari membeli makanan di kedai, saya dapat rasakan bila memasak ni memang jimat belanja. Banyak juga jimatnya! Dan satu lagi kita boleh kawal nafsu, kalau kat kedai boleh pilih apa yang kita suka, main order je... Kawal nafsu makan dan kawal nafsu diri untuk sentiasa beserdehana. Latih diri makan apa yang ada. Alhamdulillah... Kalau korang rajin, boleh jual makanan yang di masak tu... Tak salah kalau kita gunakan talent yang ada tu untuk cari rezeki. :)

Minum petang ni... alhamdulillah... Wafer & takoyaki. Buat sendirik... Gituhhh! Hahaha

2) Berkebun

Hari ni saya ternampak seorang rakan guru yang memang rajin berkebun mula menuai hasil tanamannya. Katanya dia mula menanam sewatu awal cuti PKP haritu... Fuhh! Banyak betul hasilnya. Tapi yelah, dia ni cuti ke tak cuti ke, memang rajin menanam... Cikgu subjek RBT dan dia ni pernah berkongsi modul untuk membina akuaponik sebelum ni... Yang berminat nak memulakan projek tanaman akuaponik, boleh download modul dari sini... Penerangan lengkap A-Z. Siap boleh bela ikan skali! Hehe... 


Gambar hasil tanaman dia ada banyak... Saya letakkan beberapa keping di sini, selebihnya korang boleh tengok kat Facebook Cikgu Ahmad Fadhirul Fitri dari SMA Repah Tampin, Negeri Sembilan... Ni linknya... Kalau ada apa-apa, rasanya boleh jer contact cikgu Fitri ni untuk bertanya... :)


Mana tahu ada yang terinspirasi, bolehlah mulakan... Better late than never... Gituhhh!~ Takde tanah takde masalah, boleh buat cara akuaponik tu... Ataupun, boleh jer tanam dalam pasu. Saya sendiri pun dah mulakan menanam, sikit-sikit la... Ada la daun kari, bayam brazil, pandan, daun kunyit, lengkuas dll... Nak makan, petik jer... InsyaAllah...







3) Pembelajaran Kendiri

Yesss... Bukan murid je belajar, cikgu pun boleh belajar juga. Macam-macam kursus/bengkel online cikgu boleh join... Hari ni pagi-pagi lagi saya dah terima mesej dari seorang rakan memberitahu yang dia dah lulus exam Google Certified Educator Level 1. It's a good start actually. Manfaatkan waktu cuti ni untuk buat benda-benda berfaedah... Hasilnya untuk diri kita juga. Tahniah, kak! 😁

4) Belajar ilmu baharu

Bukan ilmu hitam ye. Hahahaa... Belajarlah ilmu yang bermanfaat dan jika diamalkan kita mendapat kebaikan dan pahala darinya... Belajar ilmu baharu yang mungkin sebelum ni kita tak tau, contohnya mendalami ilmu agama, belajar menjahit, belajar membuat kek, belajar menulis blog, belajar buat video, buat e-book dll. Ilmu yang korang dapat, kalau betul gayanya, boleh buat duit!

Ada rakan saya yang gigih belajar mengaji. Alhamdulillah... Saya suka dengar bila ada rakan-rakan yang berkongsi kisah kejayaan macam ni... Dulu tak pandai mengaji, sekarang dah beransur-ansur, semakin baik mengaji... Syabas, sahabat! 

5) Berdagang Online

Beberapa orang rakan saya yang rajin berniaga online... Diam, diam je dorang ni make money... Hahaha... Yelah, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ada yang ambil barang dari China kemudian jual semula di sini... Hebat!

Tapi nak buat camtu kena ada ilmu... Kena ada modal sikit... Yang berminat bolehlah rujuk kat PANDUAN MEMBELI BELAH DI TAOBAO

Ada jugak sorang rakan yang giler gaming, beli peralatan komputer untuk gaming kemudian jual semula... Macam-macam kaedah kalau nak berniaga ni... Belajarlah...

Ada juga yang saya nampak berniaga makanan. Kek la, biskut raya, pakaian, make-up, macam-macam. Kalau takde modal, boleh buat dropship jer...

Tengok ni pendapatan bisnes kawan saya... Diam-diam jer buat duit... Siapa nak bagi macam ni kan... Hehe.  Alhamdulillah!

6) Personal Shopper 

Musim COVID19 ni ramai yang tak berani nak keluar rumah... Saya salah seorang. Hehehee... Memang beku dalam rumah jer. Nak apa-apa, beli online. Sepanjang PKP dari Mac lalu, saya baru keluar membeli barang 4-5 kali je. 

Jadi, khidmat personal shopper memang sangat diperlukan dikala ini... Memang boleh buat duit. Contoh sebelum raya haritu kemaruk nak makan keropok lekor, saya order dari seorang personal shopper di Kelantan. Alhamdulillah, ambil masa 2 hari jer untuk barang sampai kat saya... Rezeki! Keropok masih segar dan boleh dimakan dengan jayanya! Hahahhaha....

Orang lain sibuk unboxing Iphone, kita unboxing kopok lekor jer haa... Haha...  

Cerita Unboxing dalam Group dengan kawan-kawan... Bhahahaa...
Personal shopper, korang iklankan dalam group FB atau kat FB korang sendiri je... boleh bantu orang beli barang kat pasar ke, pasaraya ke, pastu kenakan lah charge untuk penat lelah, kos minyak kenderaan.. 

7) Membuat kerja amal

Ada antara rakan-rakan saya yang aktif berpesatuan dan terlibat dengan kerja-kerja amal. Tahniah, korang memang hebat! Ada juga yang buat secara sendiri-sendiri... Beli barang-barang dan hantar kepada yang memerlukan... Diam-diam tolong orang semampunya. Tak perlu jadi kaya untuk tolong orang sebenarnya... Dapat tolong sikit-sikit pun,  MasyaAllah, besar ganjarannya di akhirat nanti... Kat mana untungnya buat benda ni? Saham akhirat... Yes, untungnya dapat di akhirat nanti, insyaAllah.

8) Menggunakan kelebihan yang ada pada diri

Kita semua dikurniakan kelebihan. Kenal pasti kelebihan tersebut, kemudian gunakanlah dengan baik. Sebagai contoh, seorang rakan saya sangat berbakat dalam mengendalikan program (menjadi host / moderator), jadi dia ambil kesempatan untuk menggunakan talent yang dimiliki untuk mengendalikan program live secara atas talian. Selain mengembangkan bakat sedia ada, dia dapat buat sesuatu untuk komuniti. Nampak?

Ada juga yang mahir dengan data, video, editing dan macam-macam lagi. Siap ada orang yang buat personal training dengan dia, dan dia dibayar... See! Untung kan... Heheh... Ada yang ada kelayakkan, boleh buat training online berbayar... Macam-macam cara nak cari rezeki...

9) Mendekatkan diri dengan Allah

Yang ni aktiviti yang sepatutnya kita tak tunggu waktu cuti untuk buat... Sepanjang masa kena dekat dengan Allah. Cuti ni sepatutnya bonus kepada kita, mungkin sebelum ni waktu bekerja, kita tak sempat nak buat solat Dhuha, haa, ni dah duduk kat rumah... Boleh beribadah dengan selesa. Kalau masa kita kena kerja, mungkin ada hari yang kita kelelahan, kepenatan, tak larat nak bangun tahajud. Sekarang ni cuti, work from home, ada banyak masa sebenarnya kita boleh spend untuk dekatkan diri dengan Allah... Boleh buat puasa enam tanpa risau rasa letih ke apa ke... Selesa kat rumah. Masa ni kalau nak menghafal pun boleh... Pandai-pandailah...

Jadilah orang yang beruntung yang memanfaatkan masa yang ada untuk persiapkan diri ke akhirat nanti... Ni pesanan untuk diri sendiri jugak ni... Apa untungnya buat benda ni? Untungnya hidup tenang, aman, selesa, bahagia, berjaya, dipermudahkan dalam segala hal di dunia dan akhirat, sentiasa diberi kecukupan, insyaAllah...

10) Pre-loved

Mengemas rumah dan cari barang-barang yang mungkin korang dah tak gunakan lagi tapi benda tu masih berfungsi dengan baik... So, daripada menyemakkan stor, lebih baik dijual... Periuk ke, baju ke, handbag ke... novel... Letgo je as pre-loved. Dapat jugak duit kan... Kalau tak pun, sedekah je kat sesapa yang memerlukan, dapat pahala... :)

Selain dari itu, haritu saya ada dengar ceramah, apa barang yang kita beli tapi tak dipakai, contohnya macam Tupperware, kita akan dipersoalkan di akhirat kelak... Huhuhu... Sapa ada tupperware banyak tak pakai, silalah pakai ye... Stop membeli! Hahaha...

11) Create content untuk blog / Youtube

Kalau mampu, boleh start create content untuk blog atau pun buat video dan upload ke Youtube. Buat bahan yang berkualiti dan boleh dimanfaatkan oleh ramai orang. :)

12) Menabung / Melabur

Since PKP ni ramai yang dapat bantuan, ada yang gaji jalan macam biasa, ada juga yang memang takde gaji... Yang ada pendapatan, yang ada terima bantuan, kalau ada lebih-lebih tu boleh usahakan menabung atau melabur sikit-sikit. Tak rugi menyimpan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit! Tapi melaburlah pada tempat yang betul... ASB ke misalnya.

Sambil-sambil tu bantu-bantulah orang sekeliling kita yang kehilangan punca pendapatan semasa PKP ni... Bila kita mudahkan orang, Allah mudahkan kita... Tak rugi bersedekah, dunia dapat, akhirat pun dapat, insyaAllah... Tak dapat nak bantu banyak, kita bantu sikit-sikit. Tak dapat nak bagi duit, bagi makanan, tak dapat nak bagi makanan, mungkin boleh tolong benda lain, bayarkan bil ke misalnya...

Sekarang ni mudah, boleh transfer je duit online. Tak pun kau mintak alamat, beli kat Shopee, hantar ke rumah dia... Settle! Banyak cara kalau kita betul nak bantu orang... Serius!

13) Membeli secara online

Sekarang ni banyak apps yang menawarkan 'cashback'. Cashback ni kiranya pulangan balik. Contoh kat Shopee sekarang ni ada promosi 10% cashback. Duit dimasukkan dalam akaun Shopee kita. Untunglah... Dah la beli barang murah, postage free, pastu dapat cashback pulak! Next time bila nak beli barang, boleh guna jer duit cashback yang ada dalam akaun tu. Bukan Shopee jer, banyak lagi apps lain, apps Shopback pun kita boleh dapat pulangan.

Kat Shopee ni macam-macam ada, ikan masin, ikan bilis pun saya beli dari Shopee... Memang berbaloi! Apa pun sebelum membeli, baca review dulu. Mana yang dapat review tak elok, tak payahlah kita beli dari penjual tu... Ramai lagi peniaga dalam Shopee tu... Hehe...

14) Masuk Pertandingan

Join mana-mana pertandingan yang boleh disertai. Tak kisahlah, walaupun setakat colouring contest, suruh je anak korang join... Kalau ada rezeki, menang, dapat juga hadiah... Kalau dapat join pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan lagi laa masyukkk kalau menang kann! Huhu...

15) Menulis dan jual e-book

Yes, ni pun salah satu cara korang boleh buat untuk make money from home. Kalau korang ada ilmu, bahan-bahan menarik untuk PdP, kongsikan dalam bentuk e-book, kemudian, jual... Tapi make sure korang buat bahan sendiri ya. Jangan ceduk bahan orang pastu claim bahan sendiri, siap berjual berniaga bagai... No! No! No!~

16) Mengamalkan doa / surah

Ada beberapa doa / surah khusus yang dikatakan dapat membuka pintu rezeki. Rezeki dari Allah, tapi sebagai mahluk, kita kenalah berusaha. Berdoa dan berdoa... Antara surah yang biasa diamalkan adalah Al-Waqiah, surah al-kautsar... dan banyak lagi... Boleh Google jer. Apa pun, ini sekadar usaha. Bukan ayat tu yang menyebabkan seseorang tu kaya, semuanya dengan izin Allah..

Ada 12 lagi aktiviti awesome yang boleh korang buat time cuti / work from home ni... Boleh baca kat blog saya satu lagi ya... AKTIVITI SEMASA CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini... Jika anda rasa ilmu ni bermanfaat, kongsikanlah dengan rakan-rakan yang lain. Mungkin ada antara mereka yang memerlukan ilmu ini, kita tak tahu... Kan! :)
Take care, gais! Assalamualaikum...

Nota kaki : Jangan berhenti jadi baik. Barangsiapa mengerjakan kebaikkan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat balasannya. - Surah Az-Zalzalah : 7

No comments:

Post a Comment