Jigsaw Puzzle Online - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 18 July 2020

Jigsaw Puzzle Online


Assalamualaikum semua. 

Hari ni saya nak share satu aplikasi untuk membina jigsaw puzzle secara online. Jigsaw puzzle yang dicipta boleh dimainkan secara online juga. Tu yang best tu... Hehe... Aplikasi ni diperkenalkan kepada saya oleh salah seorang rakan Facebook saya, Cikgu Jalila Jamar. Terima kasih, cikgu! Saya dah explore, memang best! Alhamdulillah... Dapat ilmu baru... 😁

Kat sini kita boleh guna puzzle sedia ada atau pun bina sendiri... 

Cara nak buat jigsaw puzzle custom made. (Gambar sendiri)

1. Pergi ke laman https://im-a-puzzle.com/

2. Sign in with Google / Facebook


3. Pilih gambar kat Select Picture. Kalau nak guna gambar sendiri, klik pada My Pictures pastu carilah gambar dari laptop kita... 

4. Pilih Game Mode.

MATHS - Paling saya suka. Murid perlu jawab soalan Maths untuk mendapatkan kepingan puzzle. Lepas tu barulah puzzle disusun untuk menjadikan gambar yang lengkap. :)

Contoh Puzzle Mode MATHS

Beza SLIDE dengan SWAP. Slide cuma boleh gerak ke kiri ke kanan jer... Swap boleh angkat dan alihkan kemana-mana suka kepingan puzzle tu. Hehe...


MYSTERY - macam ada spotlight masa nak susun puzzle. 

CLASSIC, HEART, HONEYCOMB & HOLIDAY cuma beza pada bentuk puzzle jer... Best jugak kalau nak buat kelainan... Budak-budak mesti suka!

5. Pilih Game Difficulty. Nak mudah ke susah ke... Haa, tetapkan kat sini.

6. SHARE puzzle yang telah dicipta. Klik butang CREATE PUZZLE.



7. Setelah selesai menyusun Puzzle, masa akan dicatatkan. Rujuk gambar di bawah..


Sekian sahaja perkongsian hari ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Jaga diri, patuhi SOP, semoga kita semua selamat hendaknya... Aamiin...

Nota kaki : "Marahnya orang mulia bisa terlihat dari sikapnya, dan marahnya orang yang bodoh terlihat dari ucapan lisannya." - Imam Syafie

2 comments: