English Year 4 - Puzzle Worksheets - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 19 July 2020

English Year 4 - Puzzle Worksheets


Assalamualaikum... 

Hai gais! Cuti-cuti hujung minggu ni macam takde apa sangat nak dibuat, so, kita try buat puzzle untuk subjek Bahasa Inggeris Tahun 4... Nanti boleh la guna masa buka sekolah... At least dah ada bahan untuk refresh semula tajuk-tajuk yang dah dipelajari sebelum ni & boleh guna untuk tajuk akan datang... 

Saya dah mengajar sehingga Unit 6... Tapi saya buat puzzle hingga Unit 10. Hehe... Jadi kalau ada yang berminat nak guna, silakan ya... Most of the words are taken from the textbook. Get Smart Plus 4. Sekiranya ada kesilapan, saya mohon maaf dan boleh maklumkan kepada saya... Biasalah buat banyak-banyak sekaligus, mungkin ada ter typo ke tersilap kat mana-mana... 

Saya dah compile kan dalam satu fail supaya mudah cikgu-cikgu nak download dan gunakan... Saya buat lembaran puzzle ni menggunakan apps yang pernah saya perkenalkan sebelum ni. Yang nak buat sendiri bolehlah try ye... 

Tengok kat post CARA BUAT PUZZLE DENGAN MUDAH Serius memang mudah, cuma satu akaun limit 2 set puzzle jer... Kalau nak buat lagi, kena delete puzzle yang dah siap tu. Tapi takpe, dah save as PDF kat komputer, delete je la puzzle tu... Buat lagi yang lain... Kan! :) Tak pun boleh langgan akaun premium untuk dapatkan unlimited puzzle. 




Lembaran Puzzle adalah mengikut unit... Siap dengan jawapan sekali. 

Unit 1 - Where are you from?

Unit 2 - My Week

Unit 3 - In the Past

Unit 4 - Celebrations

Unit 5 - Eating Right

Unit 6 - Getting Around

Unit 7 - Helping Out

Unit 8 - Amazing Animals

Unit 9 - Get Active

Unit 10 - What's the matter?

Semoga bahan ni bermanfaat. Saya alu-alukan rakan guru untuk menggunakannya bersama murid. Mungkin boleh jadikan sebagai aktiviti set induksi atau aktiviti tambahan untuk setiap tajuk. Sekian sahaja dari saya... Assalamualaikum... 😉

Nota kaki : Jagalah hartamu dengan zakat dan obatilah sakitmu dengan sedekah dan hadapilah segala cobaan dan bahaya dengan doa serta rendah hati. 

2 comments: