Review Microsoft Surface Pro 7 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 5 September 2020

Review Microsoft Surface Pro 7


Assalamualaikum gais! 


First post untuk bulan September... Bulan Birthday saya... Yeahhh... 😂 Alhamdulillah, pada hujung bulan Jun yang lalu saya telah berjaya mendapatkan sebuah Microsoft Surface Pro 7 untuk diri sendiri. Self reward katanya... Setelah beku 3 bulan kat rumah dek kerana PKP... Kena cari something untuk diri sendiri... Tambah-tambah masa tu dah start kena pegi sekolah... Haha... Gituhhh!~ 


Syukur Allah izinkan saya untuk memiliki Surface yang kedua. Yes, sebelum ni saya memang guna Surface juga, Surface 3. Memang dah lama beli, jadi memang layak sangatlah nak upgrade. Surface 3 masih berfungsi cuma biasalah, benda dah lama, pastilah ada serba sedikit kekurangan... Beli pun pada tahun 2016. So, now dah 2020, okay la kot tukar baru kannn! :)


Okay, hari ni setelah lebih kurang 2 bulan saya menggunakan Microsoft Surface Pro 7, saya nak share serba sedikit tentang device ni. Yup, ramai yang buat review kat Youtube tapi saya tetap pilih untuk menulis... Bagi yang mungkin terfikir nak upgrade laptop, atau yang mungkin tengah survey tentang Microsoft Surface Pro 7, silakan baca hokay! Btw, saya tak la pandai nak cerita bab teknikal, ini sekadar 'review kampung' berdasarkan pengalaman saya menggunakannya. 😊

Sumber : Laman Web Microsoft


Performance 🌟🌟🌟🌟🌟

Alhamdulillah compare dengan Surface 3 memanglah jauh beza. Dah tentu yang ini lebih baik. Maklumlah, baru... Satu lagi, banyak yang upgrade. Kalau Surface 3 saya dulu, guna Intel Atom, yang ini menggunakan Quad-Core 10th Gen Intel Core i5. So, dari segi performance dah tentulah lebih cemerlang... Haa gituhh! Laju berdezuppp... Hihi... Yang penting ON terus je ON, takde nak nunggu loading... Pantas! Kakak sukaaaa!~ Haha... Performance setakat ni memang mantap. Nak lagi letopss korang boleh ambik yang i7. Tapi sedialah dalam 10k. Huhuhu...


Design 🌟🌟🌟🌟

Dari segi design, nampaknya Microsoft memang mengekalkan identiti Surface. Saya nampak masih lebih kurang sama dengan Surface 3 saya dulu... Tak banyak yang berbeza, hanya saiz skrin, warna, kali ni saya ambil warna hitam... Yes, belakangnya hitam... Surface 3 saya warna platinum... Untuk Microsoft Surface Pro 7, ada juga pilihan warna platinum, tapi saya prefer hitam. Hitam itu menawan! :) 



Harga 🌟🌟


Yes, sebagaimana semua tahu, Microsoft Surface ni adalah jenama yang harganya agak tinggi. Tapiiiii... bab ni memang bergantung kepada diri sendiri. Minat sendiri. Jangan ikut orang, tapi ikutlah kata hati, dan paling penting ikutlah bajet sendiri. Sebab sendiri yang nak membayarnya... Haha... Bukan apa, memang ada banyak pilihan laptop lain dengan spec yang sama yang jauh lebih murah, ada yang dalam 3k jer... Cuma bukan Surface lah... Jenama lain... Siap dapat macam-macam free gift lagi.


Saya memang minat IT tapi saya bukanlah orang yang terlalu fanatik dengan perkembangan gadget sampai 2-3 bulan sekali nak upgrade henfon, laptop apa semua kan... Usually saya akan beli something yang saya boleh pakai lama. Saya memang dah guna Surface 3 since 2016 dan rasa selesa dengannya... Dan saya pun sejenis manusia yang tak berapa gemar nak ubah, saya suka guna something yang saya familiar with... Bukan hati tak nak beli Macbook, nak jer... Tapi... untuk laptop, saya tak boleh move on lagi dengan Windows. Haha... Yes, walaupun boleh download windows kat Macbook, tapi rasa macam tak best. Rasa macam Macbook, padanannya adalah lebih baik dengan MacOS. That's just my two cents. 


Maka dengan itu, saya kekal memilih untuk membeli Surface Pro 7 walaupun beberapa kali dinasihati oleh sahabat-sahabat untuk ambil jenama lain... Serius, aku suka Surface ni weyy. Tak tau la kenapa... Hahahaha... Alhamdulillah saya beli termasuk beberapa aksesori termasuk Type Cover (Keyboard), Surface Pen, Surface Arc Mouse dll. 


Satu masalah Surface ni semuanya dijual berasingan. Tu yang jadi mahal... Keyboard asing, pen... mouse dah tentulah... Saya akan review aksesori dalam post yang lain, insyaAllah...


Add-On 🌟🌟🌟🌟


Biasanya bila guna Surface, molek kiranya kalau kita ada sekali benda-benda seperti ini. Tapi tulah... Semuanya datang dengan kos yang tersendiri... Maka bertabahlah... Huhu... 😅


✅ Type Cover (Keyboard)

✅ Surface Pen 

✅ Surface Mouse (Nak pakai mouse lain pun ok je cuma digalakkan menggunakan Bluetooth mouse since port tak banyak, so better guna Bluetooth jer...)

✅ Screen protector 

✅ Docking Station (Untuk dapatkan port-port lain seperti HDMI, VGA, USB dll)

✅ Cover/Sleeve (Yang ni untuk elak 'badan' Surface korang bercalar balar... Gituhh... Saya prefer yang PU leather, nampak klasik dan minimal...)

✅ Beg yang sesuai untuk korang angkut segalanya... 😁


Warna 🌟🌟🌟🌟🌟


Microsoft Surface Pro 7 sendiri ada pilihan warna hitam dan platinum (bahagian belakang) manakala di sekeliling skrin, memang hitam... Takde warna lain. 


Yang menariknya adalah pada aksesori seperti Type Cover (Keyboard), Surface Pen dan Surface Arc Mouse. Ada beberapa pilihan warna menarik. Kali ni saya pilih warna merah... Yes! Semua aksesori saya bewarna merah (Poppy Red). Pilihan warna memainkan peranan untuk penentuan harga ya... Kalau ambil yang bewarna, harga sedikit tinggi berbanding ambik yang biasa, hitam... :) 


Semoga dengan pemilihan warna merah kali ini, saya lebih bersemangat waja, berani dan gigih berusaha. Hahaha... 😂


Pengecas / Bateri 🌟🌟🌟🌟🌟


Pengecas yang berbeza dari Surface 3, dan watu mengecas juga sangat awesome. Sekejap sangat dah penuh. I can say very fast charging la... Sejam lebih sikit je bateri dah boleh penuh 100%. Sangat cepat compare dengan Surface 3, jauh beza... 


Satu lagi yang saya suka, kat adapter pengecas ada disediakan port USB. Jadi, boleh tumpang charge phone ke apa ke menggunakan port tu... Hehe... Sambil charge laptop, boleh charge benda lain jugak... 2 in 1.


Bateri Suface ni bukan nak puji la, saya dah guna banyak laptop sebelum ni, tapi bila masuk 2-3 tahun, bateri mesti bermasalah... Tapi Surface 3 saya punya bateri masih tip top alhamdulillah walaupun dah 4 tahun menggunakannya. Masih boleh dikategorikan cemerlang. Masih mampu bertahan berjam-jam setelah full charge. Harap bateri Surface Pro 7 ni pun awesome jugak! 😁



Fungsi 🌟🌟🌟🌟


Boleh jadi tab dan boleh jugak jadi laptop... Tapi saya jarang gunakannya as tablet. Memang most of the time akan guna sebagai laptop. 25% tablet, 75% laptop. Lebih kurang gitu penggunaannya... :)


Port 🌟🌟


Okay, untuk Surface Pro 7 ada pilihan port Type C dan USB. Salah satu kelemahan Surface adalah tentang port ni lah... Like I said, semuanya nak kena beli asing... Bila ada 2 port ni je, memang tak cukuplah... Kalau laptop biasa, port USB je ada 2-3... port VGA, HDMI, macam-macam port dah tersedia... Tapi untuk Surface, memang kena beli docking station untuk dapatkan port-port yang lain tu... So, disinilah kos akan bertambah. Bila dah tambah aksesori lain, docking station, screen protector, cover, beg dll sedar-sedar duit mengalir macam air weyyy. Serius! Sangat berharap kalau one day, Microsoft tambah port. 😏


Lain-lain 🌟🌟🌟🌟🌟


Sound : Saya perasan volume sikit pun dah kuat... Terbaik!  👍👍


Screen : Sensitive, guna Surface pen memang smooth giler... Best! Screen keyboard pun okay... 


Ringan, nipis... Nak lagi ringan, tanggalkan keyboard. Hehe... 


Boleh jadi 3 mode penggunaan... Laptop mode (Kedudukan kickstand tegak), studio mode (Rendahkan kickstand) dan tablet (Lipat habis kickstand) so belakangnya akan jadi flat, mudah untuk dipegang sebagai tablet. 


Untuk rujukan tambahan korang boleh rujuk sendiri laman web Microsoft https://www.microsoft.com/en-my/surface/devices/surface-pro-7?activetab=overview


Overall, saya memang suka Surface Pro 7 ni... Sangat! Yelah kalau tak suka tak kan la nak invest banyak-banyak untuk menda ni kan... Huhu... Syukur alhamdulillah Allah izinkan saya untuk memilikinya. Semoga Surface ni dapat berbakti kepada saya sebaik-baiknya. Alah membeli menang memakai, insyaAllah... 


Boleh baca REVIEW MICROSOFT SURFACE ARC MOUSE


Okay, gais! Semoga perkongsian review ini bermanfaat untuk korang semua. Yay or Nay? Terserah kepada anda... Hehe... Buatlah pilihan yang bijak, bersesuaian dengan minat, kemampuan device dari segi functionality dll, kegunaan & bajet. Take care! Selamat berhujung minggu. Assalamualaikum... 😁


Nota kaki : Kebahagiaan itu selalunya dirasakan tanpa suara. Jika kita terpaksa 'menjerit' memberitahu orang lain yang kita bahagia, kita sebenarnya belum bahagia. - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

No comments:

Post a Comment