Aktiviti PdP Menggunakan Aplikasi Roda Impian - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 11 October 2020

Aktiviti PdP Menggunakan Aplikasi Roda Impian

 


Assalamualaikum...


Hello dear readers & followers! Hari ni saya nak perkenalkan satu aplikasi yang sebenarnya dah agak lama juga... Saya nak kongsikan apa aktiviti yang korang boleh buat dengan apps ni... Saya pernah kongsikan dahulu, satu apps roda impian juga... Tapi yang tu adalah web apps manakala yang ni korang boleh download pada telefon siap-siap dan gunakan bila perlu... 


Apa yang menarik tentang Apps Decision Roulette : You Choose! adalah :-


💙 Percuma


💚 Boleh buat banyak set roda impian dalam apps. 


💛 Roda impian boleh diedit.


💜 Roda impian tak hilang walaupun aplikasi dah ditutup.



Aplikasi Decision Roulette : You Choose! ala roda impian ni sebenarnya jika digunakan secara kreatif dapat memberi keseronokkan kepada murid-murid semasa PdP. Bukan apa, murid seronok nak putarkan roda impian tu... Seronok nak tengok benda tu berpusing-pusing... Hehe... 


Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan menggunakan apps ini... Antaranya adalah:-


1) Untuk dijadikan sebagai dadu

Masukkan nombor 1-6, kemudian, biarkan murid memutar roda... 


2) Untuk memilih hadiah 

Yes... Surpriseeeeee! Masukkan nama-nama hadiah yang ada. Kemudian beri murid putar & reward murid berdasarkan apa yang dia dapat dalam roda impian tu. 




3) Membahagi murid dalam kumpulan

Dalam roda, letakkan Kumpulan 1, kumpulan 2, kumpulan 3, kumpulan 4 dsb. Minta murid putar roda untuk tentukan kumpulan mereka. Kalau satu-satu kumpulan tu dah cukup ahli, boleh delete je nama kumpulan tu, so murid akan dapat peluang untuk join kumpulan-kumpulan lain yang masih belum cukup ahli.


4) Memilih tajuk soalan untuk dijawab.

Dalam roda, letakkan nombor soalan, murid jawab soalan berdasarkan nombor yang dia dapat. Mungkin guru boleh sediakan beberapa soalan untuk murid-murid jawab. Atau pun jawab mengikut soalan dalam buku teks... 


5) Memilih tajuk Pengucapan Awam / Public Speaking / Impromptu 

Dalam roda, letakkan beberapa topik/tajuk untuk murid-murid pilih.


6) Mengagih tugas dalam kumpulan

Dalam roda, letakkan nama-nama tugas yang perlu dilaksanakan oleh murid-murid contohnya, ketua kumpulan, pembentang, pencatat dll




7) Point untuk kuiz

Setting markah (point) dan mungkin boleh letakkan perkataan Mystery Gift dalam roda tu. Wakil kumpulan putar roda tu. Jawapan yang betul, akan diberi point mengikut apa yang mereka dapat dalam roda. Confirm budak-budak suka! Haha... Tambah-tambah kalau dapat Mystery Gift... Fuhhh! Confirm murid melonjak gembira... Gituhh... Haha...


8) Memilih murid

Yang ni kena gigih sikitlah... Taip nama murid satu-satu untuk dimasukkan dalam roda. Kemudian, putar untuk memilih murid. Yang ni sebenarnya ada baiknya... Takde bias. Sebab roda tu yang pilih murid secara rawak... kannn! Nama yang sudah dipilih, boleh di remove. 




Baca post saya yang terdahulu tentang aplikasi web Roda Impian / Wheel Of Fortune https://www.raihanjalaludin.com/2016/04/pdp-roda-impian.html


Haa macam mana? Banyak kan benda yang kita boleh buat hanya dengan menggunakan satu apps ni je... Roda Impian / Wheel Of Fortune je haa... Nanti try dengan murid-murid korang hokayy... Kalau ada idea lain, silakan berkongsi di ruangan komen... Saya alu-alukan... Okay gais... Babai!~


Nota kaki : "Sesungguhnya kami telah menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan." (Al-Qamar, 49)

1 comment: