Aktiviti Word Go Round - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 3 October 2020

Aktiviti Word Go Round

 



Hai gais! Assalamualaikum... 


Hari ni saya nak share satu aktiviti yang pernah saya jalankan bersama murid-murid saya tempoh hari. Aktiviti ni bagi saya memang bagus terutama untuk membantu murid-murid dalam menambah bilangan kosa kata. Saya rasa kita boleh guna kaedah yang sama untuk subjek BM juga. Selain itu, cikgu juga boleh membina bahan seperti ini dengan menggantikan huruf-huruf yang lain... 


Saya sangat teruja bila melihat hasil carian yang dibuat oleh murid-murid saya... Wow! Berpuluh-puluh perkataan yang telah berjaya dibina menggunakan roda ni... Superb!~


Saya jadikan ini sebagai aktiviti tambahan di rumah. Maklum la sekarang ni kan waktu mengajar dah dipendekkan di sekolah... So, ni salah satu cara untuk bagi murid-murid ni sentiasa ada aktiviti hands on walaupun mereka di rumah... di hujung minggu... Bolehlah kalau korang nak try dengan murid-murid. Boleh download lembaran ni ya...




Download : https://bit.ly/2SmmxZr


Yang ni contoh hasil kerja murid-murid saya... Kreatif kan?! Hehe... Alhamdulillah... Seronok tengok macam-macam design dorang buat... Bravo! 







Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Kalau nak buat secara online pun boleh jer... Send kat Whatsapp group... Minta murid-murid buat. InsyaAllah mudah jer... Mampu dorang nak buat sendiri. Bila dah siap, minta murid-murid semak perkataan yang mereka bina tu di Google/kamus. Ini adalah untuk memastikan yang perkataan tu betul dan wujud... Bukan main tulis jer... Hehe... 


Take care gais! Patuhi SOP tauuu... 


Nota kaki : Jika tanganmu tidak mampu membalas sesuatu kebaikan maka perbanyakkanlah lisanmu dengan ucapan terima kasih. - Sayyidina Ali

No comments:

Post a Comment