Template Lembaran Aktiviti Kreatif Untuk Semua Subjek - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 29 October 2020

Template Lembaran Aktiviti Kreatif Untuk Semua Subjek


Hai semua! Salam Maulidur Rasul...


Cuti-cuti ni biasalah, gais... Lepas masak-masak tadi, saya scroll FB... Ternampak ada seorang ustazah ni berkongsi template lembaran aktiviti yang pada saya sangatlah comel dan kreatif. Murid perlu menggunting keratan template, mewarna dan ada kotak kosong ditengah-tengah untuk dijadikan tapak untuk beraktiviti. 




Alhamdulillah, ustazah Ilyana Ikhsan dari SK Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, sudi untuk berkongsi template ni dengan rakan-rakan guru yang lain... Beliau gunakan template-template ni untuk aktiviti Bahasa Arab. Namun begitu, saya lihat template ni juga sesuai untuk digunakan untuk semua subjek. Yelah, kotak tu kosong je kan, so, boleh la buat macam-macam aktiviti kat dalam tu... Nak tulis sifir ke, nak buat latihan matematik ke, nak tulis lagu ke, penulisan BI/BM ke... pantun, poem... nota ringkas... apa sahaja... Memang kreatif dimana ia memerlukan murid-murid untuk menggunakan kemahiran menggunting, mewarna disamping beraktiviti mengikut subjek. 


Berikut adalah gambar-gambar hasil kerja murid-murid Ustazah Ilyana Ikhsan. Saya kongsikan supaya korang jelas, macam mana nak menggunakan template ni nanti... Nanti ada pulak yang tak tau nak guna template... Hehe... Okay, jom tengok hasil kerja murid-murid ni... Saya lihat ustazah Ilyana dah siap-siap taipkan latihan dalam kotak tu. Syabas ustazah! Kalau tak nak taip pun boleh je, korang boleh minta murid-murid salin je dalam kotak tu. 
























Contoh Template kosong macam ni haa rupanya... Hehe... 


Bagi yang berminat nak menggunakan template ni, boleh download dari butang yang disediakan... Ada 20 design kesemuanya. Semua comel dan cantik... Kakak sukaaa!~ Huhu... Jom download jommm...



Terima kasih ustazah Ilyana atas perkongsian gambar-gambar & bahan ini. Semoga dengan perkongsian ini, akan lebih ramai guru dan murid yang mendapat manfaat darinya... InsyaAllah... Sekali sekala buat aktiviti kreatif macam ni dalam kelas, memang murid suka... Tak percaya, cubalah... 😁


Jaga diri ya semua... Sama-samalah kita berusaha untuk memutuskan rantaian Covid19 ni... Saya doakan semua kita berada dalam keadaan yang sihat, selamat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Do take care... Assalamualaikum... Babai... 


Nota kaki : Setiap perbuatan akan menunjukan tahap pemikiran kita. Manakala percakapan pula menunjukan ilmu yang kita ada. Maka berhati-hatilah dengan tiap tindakan dan percakapan kerana ia menggambarkan siapa diri kita. 

No comments:

Post a comment