Kelebihan dan Kekurangan Flipped Classroom - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 25 December 2020

Kelebihan dan Kekurangan Flipped Classroom


 

Assalamualaikum...


Hari ni saya nak sambung perkongsian saya tentang Flipped Classroom. Like I said, bahan-bahan dari dalam negara kita masih agak terhad. Jadi, biarlah saya tolong meriahkan penulisan tentang Flipped Classroom ni. Hihi... Kalau ada kesilapan di mana-mana, mohon tegur ya... Saya pun masih menimba ilmu lagi bab ni... Bukan mudah nak memahamkan, nak apply dalam kelas... Sama-samalah kita belajar ya. Saya pun merujuk sana sini juga... Alhamdulillah... 


Okay, kali ni saya nak sentuh tentang Kelebihan dan Kekurangan Flipped Classroom. Biasalah, buat apa pun pasti ada kelebihan dan kekurangan. Ni antara yang boleh saya senaraikan... 


KELEBIHAN FLIPPED CLASSROOM


Murid lebih bersedia untuk belajar. 
Ya, bila dah tengok video, dah try jawab short quiz ke atau dah baca artikel yang guru beri sebelum masuk kelas, murid-murid akan dapat menyediakan diri mereka dan membina pengetahuan sedia ada untuk sesi pembelajaran bersama guru di bilik darjah.


Fleksibel untuk murid dari segi masa belajar, kemahiran, pengetahuan, dll. 
Jadi fleksibel sebab murid cari maklumat menggunakan bahan yang mereka ada. Kalau  ada internet, boleh cari kat internet, kalau murid cuma ada buku teks, boleh jer cari maklumat dari buku teks. Selain itu, lain murid lain level kemahiran & pengetahuannya. Mereka juga bebas nak buat pada bila-bila masa (dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru). Nak buat pagi ke midnight ke... up to them. Bebas nak buat di mana-mana mereka berada... Nak buat kat kampung, kat rumah, kat perpustakaan... mana-mana jer... Asalkan aktiviti tu mereka buat sebelum mereka masuk ke kelas.


Menggalakkan murid belajar sendiri. Mereka control sendiri pembelajaran mereka. Control tu dari segi timing, nak buat malam ke siang ke, yang pasti prosesnya sebelum masuk ke kelas... Sometimes, ada murid yang rajin... Bila cikgu bagi short quiz ke, mereka ni akan google cari maklumat... So, secara tak langsung mereka akan dapat info lebih banyak sebelum mereka ke kelas. 


Menggalakkan interaksi dan kolaboratif. Haa... yang ni memang betul. Bila dah tau, baru boleh sembang kan... Hihi... Kalau mereka betul-betul jalankan aktiviti sebelum masuk ke kelas, bila mereka ada dalam kelas, mereka dah ada pengetahuan sedia ada at least 10-30%. silap-silap lebih dari itu. Jadi bila dah ada maklumat, boleh la terus bincang dengan kawan ke, buat projek sama-sama ke... Sebab dah tau.


Memupuk pembelajaran berpusat, tidak tertumpu kepada pengajaran sahaja. Dalam kelas murid fokus dengan aktiviti aras yang lebih tinggi misalnya buat pembentangan, debate, projek, ekperimen dll. Aktiviti ringan seperti mencari maklumat, membaca nota, mengingat... semua tu kan dah buat sebelum masuk ke kelas... Jadi, aktiviti dalam kelas lebih berfokuskan murid.


Menjimatkan masa – Guru tahu tahap murid & boleh mengajar ikut tahap kefahaman. Melalui kuiz yang diberi sebelum masuk mengajar, guru boleh ukur kefahaman murid. Jadi bila masuk ke kelas, dah tau dah, nak fokus kat mana, bahagian mana murid lemah dsb. Selain itu, masa dapat dijimatkan kerana pembelajaran awal dimulakan dari rumah. Murid ke sekolah dengan pengetahuan sedia ada untuk mendalami lagi ilmu tentang sesuatu tajuk.


KEKURANGAN FLIPPED CLASSROOM


Lebih masa di depan skrin berbanding masa bersemuka dengan guru/rakan. 
Tak dapat dinafikan apabila menjalankan Flipped Classroom, secara tak langsung murid-murid akan mengadap laptop/phone lebih lama. Sebagai guru, mungkin kita boleh pertimbangkan masa skrin tu. Cari aktiviti yang tak terlalu panjang. Misalnya kalau nak bagi murid menonton video, carilah yang tak terlalu panjang... Walaupun pada hakikatnya, ada murid yang boleh mengadap main game berjam-jam lamanya. 


Bergantung kepada persediaan (guru/murid) dan kepercayaan.
Nak jalankan aktiviti Flipped Classroom memerlukan persediaan. Nak sedia bahan... tak kisah la link ke nota ke apa sahaja... Mesti ada persediaan.


❌ Bergantung kepada tingkat kepercayaan (guru/murid).
Selain itu, ia juga dijalankan atas dasar percaya. Mungkin ada murid yang kata dia dah baca nota tapi sebenarnya dia tak baca pun... Haa... Inilah yang saya maksudkan dengan kepercayaan. Dan mungkin juga murid tu memang dah tonton video yang cikgu beri tapi dia memang tak faham-faham. Itu pun ada kemungkinan juga... Sebab tu kita tak boleh meletakkan harapan yang terlalu tinggi tentang kejayaan Flipped Classroom ni. Hihi.. Tapi pada saya, mula-mula mungkin tak biasa, tapi lama-lama bila dah jadi kebiasaan, pasti akan lebih baik... Nak membudayakan tu biasalah... mungkin ambil masa. Sabar... :)


Kebergantungan kepada internet agak tinggi. Jurang bagi murid yang berkemampuan & tidak berkemampuan. 
Okay bab ni pun satu hal juga. Yang ni cikgu-cikgu perlu teliti dalam memilih resouce yang sesuai untuk dikongsikan... Kalau setakat link yang mengandungi nota, latihan kuiz... Rasanya tak la guna data banyak sangat kot... Kalau video, yes, memang perlukan data yang agak banyak... So, cikgu mungkin boleh buat bancian dulu untuk lihat siapa yang ada wifi di rumah atau memang data terhad. Ataupun, kalau nak guna video, mungkin cari video yang pendek dan tak terlalu banyak... 1-2 video je... 


Murid & guru memerlukan serba sedikit kemahiran ICT.
Semenjak PdPR ni, saya rasa ramai guru dan murid dah gilap kemahiran ICT masing-masing. Tak tau buat video, boleh cari je video di Youtube... Belambak-lambak... Kann... Cikgu & murid kena ada skill ICT walaupun sedikit... 


Ambil masa untuk sediakan video / kuiz.
Of coz masa persediaan untuk mengajar akan bertambah... Nak buat kuiz/video bukan mudah. Nak create content is not easy... I know. Unless kalau pakai kuiz/video orang lain. Tapi kena sesuaikan juga dengan level murid kita. Pandai-pandailah cikgu merancang... Ada kemahuan, pasti ada jalan... Flipped Classroom pun bukan nak jalankan hari-hari... Seminggu/sebulan sekali pun ok je... Ikut kemampuan masing-masing. Ada banyak lagi kaedah PdP kan... Pilih je yang sesuai dengan kemampuan kita/murid kita... Buat dengan gembira, insyaAllah hasilnya, menjadi ke tak jadi ke... kita tak akan kecewa. 😁


Okay, sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat... Andai kata ada lagi kekurangan Flipped Classroom, mohon kongsikan agar kita dapat bersama-sama memikirkan solusinya... Kalau ada lagi kelebihan, kongsikan juga... Mungkin ada yang tak nampak, bila baca idea cikgu-cikgu, dapatlah sedikit sebanyak mengubah persepsi atau menambah pengetahuan kita semua tentang Flipped Classroom. 


Baca ini juga...






Take care, semua! Selamat bercuti... Selamat Hari Natal untuk yang menyambutnya. Bye... 


Nota kaki : Don't be the same. Be better! 

No comments:

Post a Comment