Kandungan Fail RPH 2021 - Versi 2 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 16 January 2021

Kandungan Fail RPH 2021 - Versi 2

 

Assalamualaikum semua...


Seperti yang dijanjikan sebelum ni, saya dah siapkan template kedua untuk kandungan Fail RPH 2021 untuk dikongsikan... Design lebih kurang sama jer dengan yang lepas, cuma background berbeza. Harap ada laa yang suka design ni... Hehe... 


Template boleh di edit dengan memasukkan textbox/picture dll. Nak edit latar memang tak boleh ye, saya terpaksa share dalam format begini kerana kita semua tidak menggunakan versi perisian Power Point yang sama... Saya bimbang nanti kalau ada rakan guru yang menggunakan versi berbeza, habis berterabur semua grafik dan wording... Harap semua faham ye kenapa saya 'matikan' background tu... Boleh tambah perkataan dan gambar jer... 


Okay seperti biasa, untuk mengedit & menambah maklumat pada template, anda PERLU add textbox terlebih dahulu untuk menaip... Fail dalam bentuk Power Point, jadi memang boleh edit masukkan teks dan sebagainya. Dah siap edit, boleh print atau save as PDF, upload dalam Google Drive. Ni untuk sekolah yang gunakan eRPH melalui Google Drive/GC. Kandungan Fail RPH lengkap mengandungi:-


KANDUNGAN FAIL RPH 2021 EDITABLE VERSI 2


1) Muka depan
Nanti cikgu-cikgu boleh masukkan lencana & nama sekolah sendiri ya di slide KEDUA. Slide pertama tu contoh sahaja.... 


2) Takwim Persekolahan 2021 - Saya dah siapkan untuk kedua-dua Kumpulan A dan B... Print la yang mana sesuai. 

3) Cuti Am 2021 - Anda boleh edit sendiri tarikh cuti ikut negeri masing-masing ok. Selebihnya saya dah siapkan... 


4) Cuti Perayaan 2021 (Tambahan Cuti Perayaan Yang Diperuntukan oleh KPM) - Yang ni saya dah siapkan... korang boleh print je terus... 





5) Partition Jadual Waktu Persendirian


6) Partition Jadual Waktu Kelas 


7) Senarai tugas - Sila masukkan textbox untuk editing...


8) Maklumat Guru - Insert picture untuk masukkan gambar anda & masukkan textbox untuk masukkan maklumat yang lain.


9) Visi KPM


10) Misi KPM





11) Visi Sekolah - masukkan lencana sekolah korang tau...


12) Misi Sekolah


13) Partition Rancangan Pengajaran Tahunan 2021


14) Partition DSKP


15) Partition Rancangan Pengajaran Harian 2021
**Boleh download tapak RPH versi BM, BI, Arab dan Jawi di Tapak RPH Raihan Jalaludin 


16) Partition Lembaran Markah Murid


17) Partition Senarai Nama Murid


18) Senarai Buku Rujukan - masukkan textbox untuk menaip terus dalam table yang disediakan.


19) Penyeliaan, Pertemuan dan Perbincangan Professional


20) Catatan





21) Tarikh penghataran Fail Rekod Mengajar Untuk disemak oleh Guru Besar / Pengetua - Saya dah siapkan masuk tarikh setiap Jumaat (Kumpulan B), setiap Khamis (Kumpulan A). Kalau ada terkena kat cuti sekolah, nanti boleh remark sendiri kat situ... 




22) Blank page sekiranya anda memerlukan untuk tambah partition/maklumat...


Saya gunakan Font biasa jer... Agency FB. Memang ada dalam Microsoft Office 365. 


Kesemua kandungan Fail RPH ni adalah dalam file Power Point. Editable. InsyaAllah, template ni mudah je nak digunakan. Jangan lupa setiap kali nak menambah perkataan, sila insert textbox terlebih dahulu ya. Bagi yang menggunakan eRPH, sebelum korang upload ke drive masing-masing, sila save dalam bentuk PDF setelah mengedit maklumat supaya semua cantik terletak... Takde la lari sana-sini kotak-kotak tu nanti... 




Okay, sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga bermanfaat! Bantu saya sebarluas bahan ini dengan rakan-rakan yang memerlukan... Kita permudahkan urusan orang, insyaAllah, Allah permudahkan urusan kita... Take care, gais... Babai!~ 


Nota kaki : Jadilah seperti bunga yang memberikan keharuman bahkan kepada tangan yang telah merosakkannya.

13 comments:

  1. terima kasih tuan,semoga Allah mempermudahkan segala urusan tuan dunia dan akhirat dan dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik. AAmiin

    ReplyDelete
  2. Tkasih puan. Smg Allah murahkan rezeki puan sekeluarga InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cikgu...Semoga murah rezeki ya...

    ReplyDelete
  4. Tqsm cikgu di atas perkongsian anda... Tuhan memberkati...

    ReplyDelete
  5. tq dengan perkongsian
    semoga sentiasa sihat dan diperluaskan rezeki

    ReplyDelete
  6. Terima kasih cikgu, semoga sentiasa sihat, sukses dan dipermudahkan semua urusan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...terima kasih atas perkongsian..semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan cikgu...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih ..Semoga dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, Alhamdulillah. terima kasih atas perkongsian....semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan cikgu raihan....

    ReplyDelete
  10. Terima kasih cikgu atas perkongsian. Semoga pahala tetap mengalir untuk cikgu

    ReplyDelete
  11. alhamduillah terima kasih cikgu...semoga pahala berpanjangan...

    ReplyDelete
  12. masyaallah. terima kasih banyak2. semoga murah rezeki dan diberikan ganjaran syurga firdaus dan rezeki husnul kathimah. amiinnnn ya rabbal alaminnnn

    ReplyDelete