Audio Sebutan Perkataan Bahasa Inggeris - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 18 February 2021

Audio Sebutan Perkataan Bahasa Inggeris


 Assalamualaikum gais! 


Halluuu... Okay hari ni saya nak share satu lagi ilmu yang baru saya temui... Hehe... Sejak PdPR ni, saya nampak ramai guru-guru yang proaktif menyediakan video PdP. Alhamdulillah, tahniah, cikgu! Jadi, saya rasa apa yang saya kongsikan hari ni akan sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru yang menyediakan video khususnya dalam Bahasa Inggeris. 


AUDIO SEBUTAN PERKATAAN BAHASA INGGERIS


Rupanya ada cara untuk kita dapatkan mp3 sebutan perkataan yang biasa kita dengar kat online dictionary tu... So, lepas ni kalau nak ajar vocab, boleh download sebutan-sebutan ni. Memang benda ni akan sedikit sebanyak membantu memudahkan guru-guru untuk menyediakan bahan PdP... Jom tengok macam maman caranya nak dapatkan rakaman suara sebutan perkataan...


CARA MENDAPATKAN AUDIO SEBUTAN PERKATAAN BAHASA INGGERIS

1. Taip / klik kat link ini...

https://ssl.gstatic.com/dictionary/static/sounds/oxford/kneepad--_gb_1.mp3


2. Ubah perkataan yang dikehendaki pada perkataan yang saya highlight pink tu... (kneepad). Delete perkataan 'kneepad' tu dan gantikan dengan perkataan yang dikehendaki. Sila taip menggunakan huruf kecil ya...

**Taip perkataan ya.. bukan ayat!


3. Cara nak download... Pergi ke tiga titik di tepi sudut kanan player. Kemudian, klik DOWNLOAD. Boleh rujuk gambar di bawah ni... 



4. Haaa... Dah siap download, bolehlah insert kan audio sebutan perkataan tu dalam presentation anda... Power Point ke Slides ke... Apa-apa je... 


Okay, sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga perkongsian ini bermanfaat. Take care, gais! Assalamualaikum... Bye!


Nota kaki : Opportunity does not knock. It presents itself when you beat down the door. 

No comments:

Post a Comment