Adobe Creative Educator Level 1 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 28 February 2021

Adobe Creative Educator Level 1


Hai semua...


Assalamuaikum... Apa khabar? Hari ni baru sempat nak bersiaran kat blog... Minggu ni agak sibuk settle kan Live event untuk Majlis Pelancaran Highly Immersive Programme peringkat sekolah... Jaga belakang tabir faham-faham je lah... Kena seiring dengan semua team... Kalau tidak, memang kelaut la jawabnya... Hehe... Mujur dapat team yang mantap... Alhamdulillah...


Dalam kesibukkan sempat jugak saya join sesi perkongsian untuk Adobe Creative Educator ni... Ada beberapa siri kelas yang dijalankan khas untuk Google Certified Trainer baru-baru ini. Antaranya Adobe Spark, Adobe Creative Educator Level 1 & Adobe Creative Educator Level 2. Alhamdulillah... Walaupun tak sempat nak join kesemua sesi live, ada recorded version yang boleh saya rujuk. Nampak tak? Agak-agak saya ada masa untuk sakit kepala? Haha... 😂


Ni antara sesi live Adobe yang saya sempat sertai... 


Untuk melayakkan seseorang mendapat digital badge untuk Adobe Creative Educator, ada tugasan yang perlu diselesaikan. Setelah selesai, akan ada sesi review oleh instructor... Mereka akan semak tugasan kita. Tapi, agak cepat juga la sebab tak sampai seminggu, saya dah diberikan sijil atas penyertaan & lencana digital Adobe Creative Educator Level 1... Untuk level 1, anda akan diberi pendedahan kepada 2 tools iaitu Adobe Spark & Creative Cloud. Tempoh untuk self learning lebih kurang 3 jam sahaja... 



Bila kita dah join Adobe Education Exchange ni, kita boleh create profile rasmi... Contohnya ni profile rasmi saya... https://edex.adobe.com/member/-GIVsrpXI Setiap kali kita dapat digital badge, akan terpapar kat situ... Boleh letak link FB, blog kita dll juga... Saya join Adobe ni sebab nak explore new things... Nak tengok juga, apa yang wow dalam Adobe ni yang boleh saya apply dalam PdP saya.... Seronok sangat-sangat bila dapat berkreativiti untuk melaksanakan PdP... Hehe... 


Oh, ya... bila dah dapat Adobe Creative Educator Level 1, boleh join Adobe Creative Educators Private Group kat Facebook. Boleh tengok perkongsian ilmu dari rakan-rakan dalam dan luar negara, macam mana mereka menggunakan Adobe dalam pendidikan... Untuk masuk ke group tersebut, setakat ni mereka meletakkan syarat hanya yang dah capai Level 1 je boleh masuk group... Huhu... 


Untuk yang berminat nak explore dan dapatkan lencana digital Adobe Creative Educator (ACE) Level 1, bolehlah masuk ke laman sesawang https://edex.adobe.com/pd/course/creativity-for-all-L1 Selain itu, ada banyak lagi free courses yang boleh disertai. Pilih je nak belajar apa. Tapi semuanya belajar sendiri-sendiri lah ye... Hehe... 


Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Harap ada rezeki & masa nak explore dengan lebih lanjut lagi tentang tools dalam Adobe ni... Memang ada yang dah biasa guna, ada juga yang tak biasa... Excited sangat nak tengok & explore semua satu per satu. Semoga Allah izinkan... Aamiin... Bila dah dapat sijil, jangan lupa masukkan dalam SPLKPM... 😁


Nota kaki : Ilmu itu ada tiga tahap. Jika seseorang itu masuk ke tahap pertama, maka dia akan sombong. Jika dia memasuki tahap kedua, maka dia akan rendah hati. Jika dia masuk ke tahap ketiga, maka dia merasakan dirinya tidak ada apa-apa. - Umar bin Khatab

1 comment: