Pelancaran & Aktiviti HIP Secara Atas Talian SK Sungai Rokam, Ipoh - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 7 March 2021

Pelancaran & Aktiviti HIP Secara Atas Talian SK Sungai Rokam, Ipoh



Assalamualaikum semua.


Minggu lalu, sekolah saya telah mengadakan pelancaran Highly Immersive Programme (HIP) secara atas talian. Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan dari semua pihak. Program dirancang kemas oleh penyelaras program, Puan Mahani Binti Abdul Wahab bersama Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Norhaida Binti Noorsam. Dibantu sekali oleh barisan AJK yang bertungkus lumus memastikan program berjalan seperti yang dirancang. Tuan Guru Besar, Encik Ayub Bin Don juga turut bersama-sama turun padang untuk memastikan program lancar. Haa... nampak tak, program HIP ni bukan cikgu-cikgu BI jer yang terlibat tapi semua... Satu sekolah... Masing-masing ada peranan tersendiri. Syabas, semua!


Program kali ini telah dirasmikan oleh Tuan PPD Kinta Utara, Encik Mohamad Hazawawi Bin Yusof. Walaupun beliau masih dalam tempoh cuti sakit, namun tidak menghalang beliau untuk turut serta. Inilah antara kelebihan mengadakan program secara live. Masing-masing berpeluang untuk turut serta walau dimana sahaja kita berada. Asalkan ada internet, semuanya dihujung jari... 



Saya telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan sesi live pada hari tersebut. Alhamdulillah, apa yang saya boleh kata, semuanya berjalan lancar berkat kerjasama dari semua. Saya sendiri pun masih belajar lagi dalam bidang ni... Program dijadualkan untuk satu jam, tetapi dapat ditamatkan lebih awal... Lebih kurang 50 minit sahaja sesi Live. Yang nak ambil idea, boleh tonton video di bawah... 



Antara aktiviti yang dijalankan adalah:- 

1) Nyanyian Lagu Bahasa Inggeris oleh murid PPKI, Ahmad Adam Firas 

2) Murid Tahun 3, Velvinesh, beri Speech tentang Covid 19 - dikendalikan oleh Panitia Sains, SK Sungai Rokam

3) Murid Tahun 3, Wan Khalilah Mardhiah, role play - Let's shop - dikendalikan oleh Panitia Matematik, SK Sungai Rokam

4) Murid Tahun 5, Muhd. Khalis Aqiff, demostrating the way to take wudhu'. - dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam, SK Sungai Rokam


Ucapan dari Timbalan PPD (Sektor Pembelajaran), Puan Saibah Binti Mansor.


5) Making Sandwich demonstration oleh murid Tahun 1, Irdina Izz Zahra

6) Persembahan oleh wakil PIBG, Puan Farah bersama anak-anaknya, Nur Qarisya Humaira, Luq Qalish & Nur Qaleef Wirda.

7) Persembahan oleh Timbalan PPD (Sektor Pembangunan Murid), Encik Zaherein B. Rahmat bersama keluarganya.

8) Reading with Mom LIVE oleh 3 orang murid pra sekolah, Muhammad Danish Anaqi, Aisyah Bt. Mohd, Faizal dan Muhd. Ardhani Hayder. 


Bukan mudah nak menjalan program sebegini tambahan pula kami masing-masing bekerja dari rumah masa tu... Jumpa bersemuka dua tiga kali kali jer... Walaupun 50 minit sesi LIVE, tapi persediaan yang dibuat bukan sehari dua ya... Huhuhu... Ni baru pelancaran, lepas ni ada banyak lagi program akan dijalankan... InsyaAllah... 



Penyelaras Program, Puan Mahani (KP Sains), Emcee, Puan Intan (Guru Sains) & pembantu emcee, Puan Suriati (Guru Bahasa Inggeris).


Guru Besar sampaikan ucapan dalam Bahasa Inggeris.


Sekolah dah mula dibuka, jadi mungkin lebih mudah untuk kalian merancang program. Boleh bersemuka untuk berbincang... Kalau ada program yang menarik, jangan lupa kongsikan dengan saya & pembaca blog yang lain... Boleh tinggalkan di ruangan komen... Mungkin ada LIVE event, tinggalkan lah link video kat komen... atau mungkin sekolah kalian merancang untuk program secara bersemuka... Share ya... 


Nak idea tentang HIP? Boleh lihat post-post saya yang terdahulu...


CADANGAN AKTIVITI HIP SECARA ATAS TALIAN

PERKONGSIAN IDEA HIP OLEH TEACHER IDAYU & TEACHER EMYNORDIANA

HIP - PENGLIBATAN PIBG

CONTOH AKTIVITI HIP 


Saya ambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mana merupakan sifu-sifu yang sudi membimbing saya untuk mengendalikan sesi live. Terima kasih, Cikgu Mohd. Kamal Iskandar Bin Mohd. Shafri, Penolong Kanan Kokurikulum SK Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor, Cikgu Mohd. Ariff Bin Badarudin, SMK Indahpura (1), Kulai, Johor, Cikgu Mohd. Rizzman Abdul Manaf, SK Dato Naning, Alor Gajah, Melaka & Cikgu Amir Bin Othman, SMK Chanis, Muadzam Shah, Pahang. Sampai ke selatan, timur, kita menuntut ilmu tau! Bhahaaha... Thank you, gais! Banyak ilmu yang saya dapat. Alhamdulillah... Serasi menuntut ilmu dengan korang. Semoga Allah mudahkan urusan kalian sebagaimana kalian memudahkan urusan saya... Aamiin... Aamiin ya Allah... 


Bengkel sampai ke Kulai kita join... Hahaha... Thank you, Arep! 😁


Nota kaki : Dia yang menaruh kepercayaan kepada dunia, maka dunia akan mengkhianatinya. - Ali Bin Abi Thalib

No comments:

Post a Comment