Carta Kelas Tema Among Us - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 14 March 2021

Carta Kelas Tema Among Us



Assalamualaikum semua...

Hai... Apa khabar? Hari ni saya nak waqafkan bahan yang saya buat untuk kelas saya di sini. Sekiranya ada yang berminat nak menggunakannya, silakan download ya... Tema kali ini adalah tema permainan online kegilaan murid-murid... Hihi... Doakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan untuk saya... Terima kasih banyak-banyak... 😁



Carta-carta ni mengandungi :-

1) Label subjek untuk papan kenyataan 
2) Birthday Chart
3) Label Jadual Waktu
4) Label Pelan Kedudukan
5) Label Hari / Tarikh / Objektif untuk ditampal di whiteboard
6) Carta Organisasi
7) Label Senarai Nama Murid
8) Label tanpa tajuk - tambahan untuk yang nak tambah apa-apa perkataan





Semuanya dalam satu fail Power Point. Boleh download semua sekaligus, nak print pun boleh jalan sekali je... Terus print semua... Dah print, gunting keliling, laminate... Cun! Yang nak font macam saya guna tu, boleh download Font CUTE JELLYFISH. Boleh lihat cara nak download font di post saya yang terdahulu... CARA MENAMBAH FONT DALAM KOMPUTER




Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Take care, gais! Babai...

Nota kaki : Ada dua nikmat yang kebanyakkan manusia tertipu kerananya; kesihatan & waktu lapang. - HR Bukhari

No comments:

Post a Comment