Cara Menulis Panjang Dalam Cell Sheets/Excel - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 15 March 2021

Cara Menulis Panjang Dalam Cell Sheets/Excel

 

Assalamualaikum semua... 


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk ber blogging... Hikss... Syukur rasanya, maklum la sejak nak buka sekolah hari tu, kehidupan agak sibuk. Nak tengok blog pun tak sempat sangat... Ni dah ada masa lapang sikit, kita manfaatkan untuk berkongsi ilmu, insyaAllah... 


Okay, hari ni saya nak share satu ilmu yang sangat bermanfaat untuk semua. Ilmu ni biasa je, ramai yang dah tau... tapi ramai juga yang belum tahu. Bila lihat kat cell Sheets/Excel, kotaknya kecil-kecil belaka. Bila kita taip panjang, jadi macam panjang sangat pulak, especially bila nak print, nampak tak elok... Berjela-jela ke tepi. Sebenarnya kita boleh 'besarkan' kotak Excel/Sheets tu dengan menggunakan satu kaedah di mana lepas tu kita boleh menaip panjang dalam kotak tersebut. Susah betul nak explain... Cuba korang tengok gambar kot boleh faham apa yang saya cuba maksudkan... 😂  




Cara Menulis Panjang Dalam Cell Google Sheets / Excel


1) Pergi pada perkataan yang nak di turunkan ke baris kedua, tekan kekunci keyboard ALT+ENTER

2) Kalau ayat sama, just letak cursor kat tepi penjuru kanan cell, sampai keluar butang TAMBAH, Klik dan tarik ke kotak bawah… Semua akan copy ayat yang sama.

3) Lepas tu bolehlah drag untuk kecilkan saiz cell tu semula... Kalau tak faham apa yang saya cuba sampaikan, rujuk gambar dibawah...



Okay, faham ke? Huhu... Sekian sahaja perkongsian saya untuk malam ini... Diharap dengan perkongsian seperti ini dapat sedikit sebanyak membantu rakan-rakan guru. InsyaAllah... Tips ICT ringkas je ni... Tapi saya yakin, ilmu ni bermanfaat dan berguna untuk kita semua. Take care, gais! Good nite!~ 💓


Nota kaki : Ketika kita bijak dalam memandang, saat itulah kita menjauh dari prasangka.

No comments:

Post a Comment