Modul Bertemakan Online Games & Kartun - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 29 March 2021

Modul Bertemakan Online Games & Kartun



Assalamualaikum semua...


Alhamdulillah, baru-baru ini sekolah saya telah mengadakan Majlis Apresiasi untuk murid-murid Tahun 6 (2020). Majlis yang cukup sederhana, namun akan memberikan impak yang tinggi kepada murid-murid. Pihak sekolah mengambil inisiatif untuk meraikan kejayaan murid-murid dalam pelbagai bidang. Sudah tentulah murid-murid akan merasa dihargai dan bermotivasi untuk terus berjaya. Hadiah disampaikan oleh wakil PPD Kinta Utara, Puan Halilah binti Hamidun. 


Agak terkejut apabila tiba-tiba saya juga dipanggil untuk turut serta menerima cenderamata & sijil. OMG! Berdebar rasanya... Tak pernah pun sebelum ni diraikan sebegitu sekali... Huhu... Hanya di Sungai Rokam, alhamdulillah... Rupanya pada hari tersebut, pihak sekolah ingin menyampaikan sijil penghargaan yang diberikan atas sumbangan saya dalam menjadi salah seorang penulis modul PdPR untuk Daerah Kinta Utara pada tahun lalu... Syukur!


Thank you Teacher Hana tolong ambilkan gambar... 


Hari ni saya bercadang untuk berkongsi beberapa modul yang telah saya bina sepanjang PdPR tahun 2021 ni pula... Cikgu-cikgu boleh ambil idea jika berminat... Saya punya ilham ni lain macam, tiba-tiba pulak boleh terfikir nak buat Modul bertemakan online games... Haha... Bolehlah nak cuba guna kaedah ni untuk bina modul/latihan untuk murid nanti... Mana tahu, mungkin murid-murid suka. Saya susun sekali dengan Leve-level yang mereka perlu lengkapkan... Ala-ala main game gituh... Hihi... Contoh macam ni...




Saya kongsikan beberapa modul pelbagai tema seperti di bawah. Klik pada setiap gambar untuk melihat keseluruhan Modul ya... 


Tema Among Us



Tema Mobile Legend



Tema Roblox



Tema Super Mario



Tema We Bare Bears



Okay, gais... Saya sekadar berkongsi idea sahaja tau. I know you can do better... PdPR haritu memang saya blur habis, maklum la... saya baru di sekolah tu... Jadi, memang kekangan utama saya pada masa tu adalah saya tak kenal langsung murid-murid... Hukkss... Tapi, alhamdulillah... Everything went well. Allah permudahkan... 💖


See you guys again in the next post... Take care... Bye! 


Nota kaki: Belajar untuk tidak peduli terhadap hal-hal yang tidak membawa perubahan & manfaat.

1 comment: