Modul Tips Teknologi PdPR 3.0 Siri 1 - Sektor Pembelajaran PPD Kinta Utara - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 16 May 2021

Modul Tips Teknologi PdPR 3.0 Siri 1 - Sektor Pembelajaran PPD Kinta Utara



Assalamualaikum...


Sedar tak sedar kita dah pun di penghujung cuti Raya... Nak start PdPR dah esok... Ada rakan-rakan yang memang dah mula PdPR hari ni... Cepat sungguh masa berlalu. Sejarah untuk tahun ini, suka atau tidak, kita terpaksa akur, beraya di rumah sendiri sahaja... Kesihatan & nyawa perlu diutama. Tambahan pula bila melihat bilangan kes yang meningkat saban hari... Memang seram... Berusaha yang terbaik untuk jaga diri dan keluarga ya... InsyaAllah.


Sekali lagi, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Mohon maaf andai ada kata-kata, tulisan saya yang menyinggung perasaan kalian. Maafkan segala salah silap dan kekhilafan saya. Kosong-kosong ya... 😊


Baiklah... Hari ni saya nak kongsikan modul Tips Teknologi PdPR 3.0 Siri 1 dari Sektor Pembelajaran PPD Kinta Utara. Siri kali ini adalah nota bimbingan / tutorial untuk cikgu-cikgu mengurus PdPR menggunakan Google Meet. Cara untuk cikgu set kan link lebih awal, jadi mudah jika cikgu nak bina modul dsb... Boleh beri link lebih awal kepada murid atau masukkan siap-siap dalam modul cikgu. Jangan risau, murid tak akan dapat masuk awal walaupun link diberikan awal... Ikut je tutorial yang diberikan, insyaAllah...


Cikgu-cikgu boleh baca Modul Versi Online atau boleh muat turun modul untuk dikongsi dengan rakan-rakan guru di sekolah... Modul ini adalah salah satu usaha Sektor Pembelajaran PPD Kinta Utara untuk membantu guru-guru untuk menjalankan PdPR 3.0 dengan lebih berkesan disamping dapat menguruskan sesi Google Meet dengan lebih terancang dan sistematik.


   


Klik untuk download modul dalam bentuk PDF.



Saya doakan urusan cikgu-cikgu untuk melaksanakan PdPR 3.0 kali ini akan dipermudahkan, malah lebih baik dari PdPR yang sebelum-sebelum ini... Semoga Modul ini bermanfaat. Jangan lupa download dan kongsikan dengan rakan-rakan guru yang lain. #kitajagakita 


Nota kaki : Angin tidak berhembus untuk menggoyangkan pepohonan, melainkan untuk menguji akarnya. - Ali Bin Abi Thalib

No comments:

Post a Comment