Bahan PdPR Pendidikan Agama Islam Tahun 1-6 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 17 May 2021

Bahan PdPR Pendidikan Agama Islam Tahun 1-6

 


Assalamualaikum semua... 


Semalam seorang sahabat saya, Ustaz Huszarudin Bin Hussin dari SK Felda Lok Heng Selatan, Johor berkongsi bahan-bahan yang telah beliau kumpul & bangunkan dalam satu site. Saya sendiri dah tengok site yang dibina, memang sangat bermanfaat terutama untuk guru-guru & murid-murid yang sedang menjalankan PdPR sekarang ini. 


Berikut adalah pautan-pautan mengikut tahun. Rakan-rakan guru boleh klik dan lihat bahan-bahan yang dikongsikan yang mana pada saya sememangnya sangat berguna dan membantu memudahkan sesi PdPR Pendidikan Agama Islam Tahun 1-6. Dimaklumkan, dalam setiap pautan telah disediakan:-


✅ Buku teks yang telah disusun mengikut tajuk


✅ Video buku teks


✅ Video Pembelajaran


✅ Gamifikasi


✅ Latihtubi


✅ Aktiviti PAK21


✅ Video-video QR Code yang terdapat di dalam buku teks


✅ Al-Quran


Pendidikan Islam Tahun 1 : http://bit.ly/ejauharpi1


Pendidikan Islam Tahun 2 : http://bit.ly/ejauharpi2

 
Pendidikan Islam Tahun 3 : http://bit.ly/ejauharpi3

 
Pendidikan Islam Tahun 4 : http://bit.ly/ejauharpi4


Pendidikan Islam Tahun 5 : http://bit.ly/ejauharpi5


Pendidikan Islam Tahun 6 : http://bit.ly/ejauharpi6


Semoga perkongsian ini membantu rakan-rakan guru dalam sesi PdPR kali ini... Jangan lupa share bahan ini, biar ramai-ramai guna... Bantu mudahkan antara satu dengan yang lain... InsyaAllah... Terima kasih kepada ustaz Huszarudin Bin Hussin di atas perkongsian yang bermanfaat ini. Semoga menjadi pahala yang berterusan buat ustaz selagi mana rakan-rakan guru dan murid-murid menggunakannya... InsyaAllah... Take care, semua... Assalamualaikum... 


Nota kaki : Hatiku tenang kerana mengetahui bahawa apa yang telah melewatkan tidak akan pernah menjadi takdirku. Dan apa yang ditakdirkan untukku, tidak akan pernah melewatkanku. - Umar Bin Khattab

No comments:

Post a Comment