Tips Mengurus Murid Semasa Google Meet - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 23 May 2021

Tips Mengurus Murid Semasa Google Meet



Assalamualaikum semua...


Apa khabar semua? Saya doakan semua rakan-rakan guru dan barisan petugas frontliner berada dalam keadaan yang baik, sihat sejahtera hendaknya... Begitu juga dengan anak-anak murid. Harap semuanya okay di rumah... Ber PdPR lah dengan baik ya... Ada hikmah atas setiap apa yang berlaku, insyaAllah... Kawasan saya pun dah dua hari PKPD... Patuhilah SOP ya... Doa yang baik-baik... Moga kita semua terlindung dari ancaman wabak Corona virus ni... Aamiin...


Baik, hari ni saya nak kongsikan satu lagi modul yang dikeluarkan oleh Sektor Pembelajaran Daerah Kinta Utara dalam usaha membantu guru-guru untuk menjalankan PdPR 3.0 dengan lebih baik  berbanding sebelum-sebelum ini.... Modul Siri 2 adalah tentang Tips Mengurus Murid-Murid Semasa Sesi Google Meet dijalankan... Diharap dengan inisiatif ini dapat sedikit sebanyak membantu para guru di luar sana untuk menguruskan kelas maya dengan lebih efisyen disamping memberi impak yang tinggi terhadap pembelajaran murid-murid... 


Saya yakin rakan-rakan guru ada banyak lagi tips-tips yang mungkin tak tersenarai dalam modul ini... Sebenarnya ada banyak lagi extension yang boleh kita explore untuk digunakan dalam Google Meet, cikgu-cikgu boleh menggunakan yang mana dirasakan sesuai dan mudah... 



Sekian sahaja perkongsian kali ini... Semoga modul ini bermanfaat terutama bagi guru-guru yang baru nak mula menggunakan Google Meet sebagai platform PdPR. Sekiranya cikgu berminat untuk download modul ni, boleh klik butang di bawah ni... Dah download, jangan lupa share dengan rakan-rakan di sekolah ya... 😊



Nota kaki : Seek respect, not attention... It lasts longer.

No comments:

Post a Comment