Cara Menjadikan Laptop Bukan Touchscreen Menjadi Touchscreen - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 16 October 2021

Cara Menjadikan Laptop Bukan Touchscreen Menjadi Touchscreen



Assalamualaikum gais...


Hai... Apa khabar semua? Saya okay je cuma agak sibuk... Tak sempat nak update blog... Hukkss... Okay hari ni saya nak share sedikit tentang bagaimana pengguna laptop yang skrinnya bukan touchscreen, mungkin boleh jadikan laptop anda touchscreen lepas ni dengan menggunakan alat ni... 


Saya sendiri tak pernah mencuba alat ni. Tapi nampak macam best pulak... Hehe... Maklumlah, laptop lama pun boleh jadi touchscreen... Bila dah boleh touch, boleh la beli stylus / pen untuk conteng-conteng kan... Boleh gunakan semasa mengajar. Tak perlu nak beli laptop baru... Awesome!


AIR BAR


Okay, alat Air Bar ni saya lihat ada dijual di Shopee...  Harga dalam range RM400 keatas. Try la SURVEY... Ada pelbagai saiz, so kalau nak beli make sure beli ikut saiz laptop anda ya... Dan... sebelum beli sila pastikan anda baca spesifikasi dengan betul, tanya seller betul-betul... survey dulu, jangan main beli je hokay! 


Boleh lihat kat web ni... https://air.bar/


Sumber gambar : Google Image


Okay, boleh cuba tengok video ni... 






Menarik kan? So, sesiapa yang berniat nak upgrade laptop hanya kerana takde touchscreen, mungkin boleh simpan balik hasrat tu... Spend beli alat ni je... Hehe... Jimat banyak! Tapi apa pun, dinasihatkan untuk study sebelum beli... baca review-review, komen, tonton video-video berkenaan Airbar ni di youtube, kalau puas hati baru proceed membeli... 


Yang dah pernah menggunakannya, mungkin boleh kongsikan pengalaman ada di ruangan komen supaya pembaca yang lain dapat manfaat dari pengalaman yang dikongsikan... Sekian perkongsian hari ni... 


Btw, ni bukan review ya... Saya dah nyatakan saya tak pernah cuba... Sekadar berkongsi info sahaja. Kalau berminat nak beli,  SURVEY lah dulu k... Take care, gais. Babai...


Nota kaki : Photography is the truth if it's being handled by a truthful person.

No comments:

Post a Comment