Certified Cybersecurity Awareness Educator Training - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 11 October 2021

Certified Cybersecurity Awareness Educator Training

Kredit gambar : Cikgu Ariff


Assalamualaikum semua...


Hai gais! Apa khabar? Didoakan semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya baru sahaja selesai mengikuti bengkel Certified Cybersecurity Awareness Educator yang dikendalikan oleh Cybersecurity Malaysia. Bengkel selama dua hari penuh dari pagi hingga petang memang sangat bermanfaat untuk saya. Banyak ilmu baru yang saya peroleh. Alhamdulillah... Masa hujung minggu Sabtu dan Ahad dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat. 




Bengkel ni disertai oleh rakan-rakan guru & pegawai PPD dari seluruh negara. Tak ramai pun dalam satu sesi ada lebih kurang 25++ peserta jer... Memang banyak ilmu tentang cyber awareness yang dikongsikan oleh penceramah dan rakan-rakan. Begitu juga dengan ilmu-ilmu untuk menjadi jurulatih yang baik, sangat banyak... Rasa bertuah dapat join bengkel ni lebih-lebih lagi bila ada ramai sahabat saya juga dapat turut serta bersama-bersama kali ni... Dah lama tak berkumpul menimba ilmu macam ni. Nak jadi jurulatih yang hebat sememangnya perlu ada ilmu. Dari segi merancang, mengurus dan melaksana, bukan mudah... Tapi perlu dipelajari dan biasanya pengalaman-pengalaman mengendalikan bengkel yang lalu akan banyak membantu untuk tambah baik skill kita dari semasa ke semasa. 




Bagi saya ini merupakan suatu inisiatif yang baik dimana zaman semua murid & guru giat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian, masing-masing terdedah dengan ancaman siber tanpa kita sedari. Ancaman dari sudut yang pelbagai, boleh jadi kena hack, dibuli di alam maya, virus, kecurian identiti dan banyak lagi... Sentiasa hati-hati ya. Bak kata penceramah, Encik Azriq... "Kurangkan husnuzon, tingkatkan syak bila kita melakukan aktiviti-aktiviti atas talian..." 😁 Yelah... Bukan tak boleh nak bersangka baik, tapi sentiasa kena berhati-hati... 




Zaman sekarang, macam-macam jenis jenayah siber yang boleh terjadi. Di harap dengan wujudnya komuniti Certified Cybersecurity Awareness Educator ni sedikit sebanyak dapat membantu  dalam memupuk kesedaran tentang keselamatan siber dikalangan masyarakat hari ni. Dengan kerjasama semua pihak termasuk agensi-agensi seperti Cybersecurity Malaysia, tak mustahil kes-kes seperti scam, hack, buli siber dll dapat dikurangkan... InsyaAllah. 


Bagi sekolah-sekolah yang ingin mencari penceramah untuk program kesedaran keselamatan siber tak kiralah untuk murid atau pun untuk staf, boleh booking penceramah di sini... 


https://speaker.cybersafe.my/


Tahniah kepada Encik Azriq & Puan Ramona kerana berjaya menjalankan bengkel dengan sangat baik. Tahniah juga kepada rakan-rakan guru yang bertahan 2 hari duduk mengadap skrin berjam-jam demi menuntut ilmu sebegini... Hihi... 


Special shout out kepada Cikgu Ariff, Cikgu Firman, Cikgu Kamal, Cikgu Fiqah & Cikgu Amir atas kegigihan korang buat kelas tambahan just to study the module sebelum kita masuk ke bengkel... Walaupun masa macam agak suntuk but at least we managed to go through sikit-sikit... Haha. 


Nota kaki: Tak semua harus dijelaskan.

No comments:

Post a Comment