Koleksi Bahan Pembelajaran - Modul, video, nota, kuiz, latihan dll - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 18 January 2022

Koleksi Bahan Pembelajaran - Modul, video, nota, kuiz, latihan dll

 


Assalamualaikum semua...


Apa khabar? Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2022... Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ni... Berjaya dunia akhirat, itulah yang kita harapkan, insyaAllah...


Okay, hari ni saya nak kongsikan beberapa laman yang mengandungi koleksi-koleksi bahan pembelajaran seperti video, nota, latihan, modul dll... Bahan-bahan ini adalah sumbangan guru-guru yang sudi berkongsi bahan dengan rakan-rakan guru yang lain. Mungkin boleh digunakan sebagai bahan PdP dalam kelas mahupun PdPR... Boleh dijadikan sebagai bahan untuk kita jalankan Flipped Classroom... 


Ada banyak laman yang sudah sedia ada yang telah dibangunkan oleh KPM, JPN, PPD dan rakan-rakan guru kita. Ada banyak lagi sebenarnya, cuma tak ingat nak senaraikan satu per satu... Huhu... Laman-laman tersebut mengandungi pelbagai bahan-bahan PdP seperti modul, video, latih tubi, nota dll yang boleh digunakan oleh murid mahu pun guru... 


1) SITE PEDAGOGIKU - PPD KINTA UTARA

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pedagogi-ku



2) ANJUNG ILMU GURU PERAK

https://anjungilmuguruperak.blogspot.com/


3) PORTAL BAHAN DIGITAL PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB NEGERI JOHOR

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/fcpi


4) REPOSITORI SUMBERKU - KPM

https://sumberku.moe-dl.edu.my/




5) RUANG ILMU - PORTAL DELIMA

https://ruangilmu.moe-dl.edu.my/resource


6) BAHASA MELAYU SPM (Cikgu Zaki)

http://bmspm.net/


7) RAIHAN JALALUDIN'S BLOG

https://www.raihanjalaludin.com

https://www.raihanjalaludin.com/2020/03/koleksi-kuiz-google-form-bahasa-inggeris.html


8) ALL ABOUT SCIENCE CIKGU DIANA

http://allaboutscience-cikgud.blogspot.com/


9) LATIHAN & KUIZ MAYA CIKGU ZAI (Yang ni saya search kat Google dan jumpa... banyak juga latihan online dan nota Kimia & Biologi yang dihasilkan oleh cikgu ni... Terbaik! )

https://datastudio.google.com/u/0/reporting/d29b84cd-29fc-4bd1-a5c7-8e1270c18f25/page/kBbMB


10) KUIZ ONLINE SEKOLAH RENDAH (Yang ni pun saya search dan jumpa... Bermanfaat untuk digunakan oleh murid sekolah rendah...)

https://kuizonline.com/


Jika ada lagi site, blog ke apa ke yang mengandungi koleksi bahan pembelajaran, boleh kongsikan di ruangan komen... Mungkin rakan-rakan guru boleh memanfaatkan bahan-bahan yang ada. At least boleh lah guna untuk bahan tambahan dalam melaksanakan pengajaran & pembelajaran samada dalam kelas atau secara PdPR... 


Sekian perkongsian untuk kali ini... Semoga dengan adanya koleksi bahan pembelajaran ni dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakan-rakan guru sekalian... Tak sabar nak tunggu semester 3 habis, nak mulakan dengan sesi baharu! Hehe... 


Nota kaki: Orang yang hebat bukanlah orang yang boleh mengalahkan orang lain, tetapi orang yang hebat itu adalah orang yang boleh menahan dirinya ketika ia marah.

No comments:

Post a Comment