Cara Untuk Letak Timer Dalam Slaid - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 12 September 2022

Cara Untuk Letak Timer Dalam Slaid

 

Hai gais! 


Assalamualaikum... Apa khabar? Hari ni semua dah kembali ke sekolah eh? Saya pun dah mula bertugas. Harap lepas cuti ni momentum kerja kita semakin mencanak... Makin aktif, produktif dan proaktif...  Gituh!~ Haha...


Timer Semasa Majlis


Okay, hari ni saya nak kongsikan satu lagi ilmu yang bermanfaat dan berguna terutama semasa kita mengurus majlis/bengkel/acara/program. Ya, maksud saya bagi yang menggunakan paparan PowerPoint sebagai latar pentas... Biasanya dalam program, akan ada disediakan slot-slot tertentu termasuklah kadang-kadang ada sesi rehat, sesi take 5, sesi makan tengahari dan sebagainya... 


Jadi, untuk waktu-waktu break macam tu, bolehlah kita gunakan timer ni. Ini untuk memastikan para peserta lebih peka tentang perjalanan program/majlis. Katakan rehat 10 minit, so kita setting 10 minit pada paparan skrin. 


Timer Semasa PdP


Nak guna dalam kelas pun boleh jugak... Kot ada slaid yang nak dipaparkan semasa dalam kelas, boleh selitkan timer ni skali dalam slide tu. Mungkin dapat membantu untuk mendisiplinkan murid-murid... Set time untuk mereka jawab latihan... mungkin 15 minit... kemudian 15 minit lagi untuk perbincangan ke apa ke... Kan?!


Nak pasang Google Timer pun boleh juga... Mana-mana jer... Ada banyak pilihan sekarang ni...


Cara Memasang Timer Dalam Slaid


1) Buka aplikasi PowerPoint


2) Klik pada menu INSERT - GET ADD INS


3) Taip BREAKTIME dalam ruangan SEARCH dan klik butang ADD




4) Okay, bila dah add... Klik pada menu INSERT - MY ADD-INS, pilih BREAKTIME. Kemudian, klik butang ADD.




5) Boleh setting TIMER... dan boleh ubah paparan... Pilih kat TYPE. Nak set untuk lunch ke, breakfast ke starting ke... Ikut kesesuaian. Kalau tak nak set type pun takpe... Letak je background sendiri kat slide tu... 




6) On kan dalam paparan Slide Show... Klik je pada skrin & timer akan mula... 


Ni bukan untuk PdP je... Nak buat latihan story telling ke bercerita, pengucapan awam dll pun sesuai juga guna timer kan... Hehe. Okay lah... Sekian perkongsian untuk hari ini... Semoga bermanfaat. Saya doakan kesihatan, keselamatan, kebahagiaan untuk semua pembaca. Thank you, semua! 


Nota kaki : Rezeki Allah itu adakalanya dengan cara dipermudahkan untuk sabar atas ujian yang menimpa.

No comments:

Post a Comment