Cara Untuk Sign Out Akaun Google Satu Per Satu - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 13 September 2022

Cara Untuk Sign Out Akaun Google Satu Per Satu



Assalamualaikum semua.


Hai! Memandangkan hari ni ada seorang rakan saya bertanya bagaimana cara nak logout akaun Google... Maka saya catatkan la sekali di sini... Mudah untuk saya sendiri rujuk nanti. Yelah, biasa bila dah sign in, jarang kita sign out kalau kat laptop sendiri kan... Sampaikan sekarang ni Google dah ada sistem automatik untuk sign out kan untuk kita dalam tempoh tertentu...


Masa nak sign in, kemain mudah... Klik kat Add Account jer... Settle! Time nak sign out, tak jumpa jalan laa pulak... Haha... 


Okay, korang bolehlah cuba kaedah ni ya... Tambah-tambah dah banyak akaun yang kita dah login kat laptop kita... akaun anak, akaun suami, isteri, akaun sekolah... macam-macam akaun kita log masuk... Kalau nak Log Out semua akaun memang mudah... Hanya satu klik saja.... Tapi kalau nak sign out hanya satu dua akaun, setakat ni saya jumpa jalan ni jer... Jom la try ya... Dah sign out, jangan pulak terlupa password sudahlah ye... Hehe...


Cara Sign Out Semua Akaun Google Secara Serentak


1) Pergi ke https://google.com


2) Klik pada icon Google Account (yang bulatan kecil sebelah kanan... contoh boleh tengok kat bawah, yang ada gambar saya tu.)


3) Klik SIGN OUT OF ALL ACCOUNTS


Selesai!



Cara Sign Out Akaun Google Satu Per Satu 


1) Pergi ke https://google.com (klik pada icon Google Account & Manage Account) atau boleh direct ke https://myaccount.google.com/


2)  Korang switch la akaun ya... Pilih akaun mana yang nak di logout tu...


3) Klik pada menu SECURITY, kemudian pilih YOUR DEVICES... Klik pada MANAGE ALL DEVICES untuk menyenaraikan peranti-peranti yang ada menggunakan akaun Google tersebut.



4) Pilih peranti yang nak di sign out. Laptop ke phone ke...


5) Klik butang SIGN OUT. Selesai...



Semak Peranti Yang Menggunakan Akaun Google, Kalau Ada Peranti Yang Tak Dikenali, Sign Out SEGERA!


Lepas ni boleh check kat peranti mana lagi korang dah gunakan akaun Google korang dengan menggunakan kaedah yang sama... Kalau ada peranti yang tidak dikenali atau peranti yang dah tak digunakan lagi, boleh klik SIGN OUT jugak... Ni penting untuk mengelakkan akaun kita digunakan oleh pihak yang tidak sepatutnya. 


Okay, diharap post ini membantu rakan-rakan atau sesiapa saja yang mungkin tercari-cari jalan nak Sign Out akaun Google... Kemain panjang jalannya ya... Haha... Good night, gais! Take care... 💛


Nota kaki : Every next level of your life will demand a different you!

No comments:

Post a Comment