Template Media Sosial Untuk Digunakan Semasa PdP - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 18 September 2022

Template Media Sosial Untuk Digunakan Semasa PdP


 Hai gais!


Assalamualaikum... Apa khabar? Dapat cuti 3 hari direct macam ni, dapat release tension & recharge mood untuk kerja. Hehe... 


Sejak PdPR haritu, rasanya ramai murid yang dah ada handphone / tab / laptop sendiri... Ada juga rasanya yang dah biasa dengan penggunaan media sosial seperti Whatsapp, Instagram, Email, Twitter, FB dll... Yelah, ramai yang lebih advanced dari cikgu pun hado! Hehe...


So... Why not kita cuba alihkan media sosial yang sepatutnya digunakan pada handphone, kepada kertas dan kita cuba sesuaikan dengan PdP. Hari ni saya kongsikan beberapa template kosong media sosial ni untuk digunakan dalam PdP... Rasanya, apa-apa subjek pun boleh gunakan kot... Template ni hasil carian di laman Google jer... Cuma saya terfikir nak buat aktiviti macam ni... Hehe.


Okay, ni antara IDEA yang boleh dicuba dalam kelas nanti ya... 


1) Facebook


Minta murid lukis/tampal gambar mereka kat profile... Pastu tulis ID FB... Minta mereka bawa gambar yang berkaitan dengan tajuk pengajaran... Tampal dalam kotak-kotak yang disediakan. Kemudian, boleh minta mereka buat laporan / catatan / karangan dll tentang gambar-gambar tu... Contohnya, gambar tentang percutian atau aktiviti semasa cuti sekolah... 


Kalau dalam template tu tak muat nak tulis panjang-panjang, boleh sambung tulis kat kertas lain... Acah-acah macam guna fungsi See More... macam kat Facebook tu! Haa... 


Misal kata murid tak ada gambar, boleh minta mereka lukis atau pun cari gambar dari majalah / internet. Best tak? 😁



2) Whatsapp


Boleh gunakan template Whatsapp untuk belajar tentang 'ayat tanya', dialog ringkas, matematik, Q&A, kuiz, teka teki, cari maksud perkataan / simpulan bahasa / perumpamaan dll... Q&A tu macam semua subjek sesuai kannn? 


Minta murid create sendiri chat dia dengan kawan menggunakan template Whatsapp tu... Boleh jadi kerja berpasangan (pair work) atau minta buat secara individu... 



3) Email


Yang ni sangat berguna dalam subjek Bahasa Inggeris tak kira sekolah rendah ke menengah ke... Murid sangat seronok bila dapat menulis alamat email yang mereka cipta sendiri... contohnya cutegirl2020@abcd.com 


Mereka boleh belajar format menulis email... Boleh menulis apa-apa email / makluman ringkas bersesuaian dengan tajuk yang cikgu berikan kepada mereka. Cubalah aktiviti ni... 😊



4) Twitter


Yang ni boleh digunakan untuk aktiviti menulis nota / catatan ringkas. Kalau ada banyak catatan, mungkin boleh beri beberapa keping template Twitter kepada murid & minta mereka jadikan ala-ala bebenang (Thread) giteww... 


Bila dah siap menulis, boleh minta mereka susun & tampal dalam buku. 


Selain itu, boleh juga gunakan template ni untuk tampal di parking lot dalam kelas masing-masing. luahan perasaan, refleksi, dll.




5) Instagram


Rasanya apps ni antara yang famous di kalangan murid sekolah. So, gunakan template ni sebaiknya... Minta mereka sediakan gambar yang bersesuaian dengan tajuk pengajaran... Tampal pada ruang kosong. 


Lepas tu boleh la minta murid buat karangan ke apa ke tentang gambar di kertas lain. 


Boleh ajar mereka gunakan kekunci hashtag # dan @ untuk mention kawan ke guru ke atau sesiapa sahaja... Menarik kan? Jangan lupa minta mereka tuliskan ID media sosial mereka beserta gambar pada setiap icon profil tu... 😂



Silakan download kesemua template dalam versi PDF ya... Print & perbanyakkan untuk murid-murid korang... 


DOWNLOAD TEMPLATE MEDIA SOSIAL KOSONG UNTUK PDP


Saya yakin, rakan-rakan yang lain mesti ada idea yang lebih menarik untuk jadikan aktiviti menggunakan template Media Sosial ni... Jangan lupa kongsikan di ruangan komen ya! Terima kasih...


Sekian perkongsian hari ini... Semoga murid-murid bertambah bersemangat & seronok untuk belajar bila kita cuba masuk ke 'alam' mereka dengan cara macam ni...  Semoga bermanfaat. Babai!


Nota kaki : Tak kira siapa pun orangnya, kalau tak dihargai, lama-lama dia akan pergi. Baik keluarga, kawan, pasangan ataupun rakan kerja. 

No comments:

Post a Comment