Kandungan Fail RPH 2019 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 28 November 2018

Kandungan Fail RPH 2019


Assalamualaikum semua.

Korang dah start cuti ke? Sehingga hari ini saya masih ke sekolah. Esok pun! Huks.. See! Sapa kata cikgu cuti lama? Huhu... Saya sibuk bantu PK saya untuk persiapan menyusun jadual waktu 2019, semoga Allah permudahkan, insyaAllah. Sebelum start pening mengadap jadual, saya siapkan kandungan Fail RPH ni dulu... Tapi kali ni design memang tersangat la simple. 

Bagi guru-guru yang berminat nak menggunakannya, silakan download ya... Jangan risau, font kali ni semuanya font standard. Yang biasa-biasa je. Nampak lebih formal la kot. Untuk tambah maklumat, anda just add textbox & taip la dalam textbox tu... Macam biasa, kandungan Fail RPH ni mengandungi:-

1) Muka depan
Sila masukkan lencana sekolah sendiri ya...
2) Takwim Persekolahan 2018 -Saya dah siapkan untuk kedua-dua Kumpulan A dan B... Print la yang sesuai. 


3) Cuti Am 2018 - Anda boleh edit sendiri tarikh cuti ikut negeri masing-masing ok.
4) Partition Jadual Waktu Persendirian
5) Partition Jadual Waktu Kelas 
6) Senarai tugas - sila masukkan textbox untuk editing...
7) Maklumat Guru - Insert picture untuk masukkan gambar anda dan masukkan textbox untuk masukkan maklumat.


8) Visi KPM
9) Misi KPM
10) Visi Sekolah - masukkan lencana sekolah anda
11) Misi Sekolah
12) Partition Rancangan Pengajaran Tahunan 2018
13) Partition Rancangan Pengajaran Harian 2018
**Boleh download tapak RPH versi BM, BI, Arab dan Jawi di Tapak RPH Raihan Jalaludin 
14) Partition Lembaran Markah Murid
15) Partition Senarai Nama Murid
16) Senarai Buku Rujukan - masukkan textbox untuk menaip terus dalam jadual yang disediakan
17) Penyeliaan, Pertemuan dan Perbincangan Professional
18) Catatan
19) Tarikh penghataran Fail Rekod Mengajar Untuk disemak oleh Guru Besar / Pengetua - Setiap Jumaat (Kumpulan B), Setiap Khamis (Kumpulan A)
20) Blank page sekiranya anda memerlukan untuk tambah partition/maklumat...

Kesemua ni dalam file powerpoint. Editable. InsyaAllah, mudah untuk digunakan. Jangan lupa setiap kali nak menambah perkataan, sila insert textbox terlebih dahulu ya. Bagi yang menggunakan eRPH, sebelum upload ke drive anda, sila save dalam bentuk pdf setelah mengedit maklumat ya. :)


Lihat design lama di sini...


Nota kaki: "Lakukan segala kebaikkan sekecil apa pun kerana kita tidak tahu kebaikkan yang mana yang menghantarkan kita ke syurga."

15 comments:

  1. Tq..moga raihan sentiasa di rumahkan rezeki..Aamiin

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah swt memberi kemuliaan kepada saudari Raihan. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Ameen... terima kasih atas doa yg diberikan. :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian. Semoga dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  5. Salam...tq Cgu Raihan....moga dimurahkan rezeki berganda....

    ReplyDelete
  6. salam kak raihan, saya download ye. mohon izikankan. semoga Allah murahkan rezeki akak dan berpanjangan pahala dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  7. Terima kasih cikgu kerana memudahkan urusan kami..Semoga Allah terus permudahkan urusan cikgu sekeluarga dunia akhirat..Aamiin..mohon share dan dwnload ye. tq

    ReplyDelete
  8. tqvm cikgu raihan..mohon share bahan..semoga Allah swt membalas segala kebaikkan anda

    ReplyDelete
  9. terima kasih cg raihan..sgt berjasa

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...terima kasih Cikgu Raihan. Semoga Allah limpahkan rezeki dan kesihatan untuk cikgu sekeluarga. AAmiin...

    ReplyDelete
  11. Tq..Cikgu Raihan kerana sudi berkongsi......semoga Allah sentiasa memberi rezeki dan kesihatan yg baik kepada cikgu dan keluarga....

    ReplyDelete
  12. Terima kasih cikgu...budi yang baik dikenang jua..insyaAllah.

    ReplyDelete