12 Permainan Dalam PdP Yang Ringkas & Mudah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 7 April 2019

12 Permainan Dalam PdP Yang Ringkas & Mudah


Assalamualaikum semua...

Saya memang suka elemen permainan ni diterapkan dalam PdP. Bukan apa, saya tak nak murid belajar subjek saya dalam keadaan yang stress. Saya suka mereka belajar dalam keadaan santai, main-main, tapi dalam masa yang sama mereka masih menghormati saya sebagai guru mereka & PdP dijalankan dengan sempurna. Tambahan pula saya mengajar kat sekolah rendah, so, of coz la budak-budak ni suka bermain...

Adakala mereka bergamifikasi menggunakan komputer. Online. Tapi ada masanya mereka main dalam kelas jer... Kadang-kadang ada permainan yang saya tak rancang pun, tapi tiba-tiba boleh muncul dalam benak fikiran & terus saya jalankan kat dalam kelas. Tapi selalunya permainan yang adhoc ni simple jer. Tak memerlukan peralatan khas dsb. So, boleh main je terus walaupun tanpa persediaan... Ada juga yang memerlukan persediaan. Pilihlah yang mana sesuai. 

1. Kotak beracun 

Sesuai untuk semua subjek. Sebenarnya ia adalah aktiviti kuiz, cuma bila ada muzik, ada kotak dan ada pergerakkan murid menghantar kotak kepada kawan-kawan, ia akan jadi fun learning!

Persediaan : Sediakan satu kotak/bekas bertutup... Di dalamnya diletakkan kertas kecil yang mengandungi soalan. Kertas tu elok dilipat/digulung untuk mengelakkan soalan bocor. Hehe... Sediakan radio / laptop untuk muzik.

Pelaksanaan : Guru mainkan muzik sementara murid pass kotak tu kepada rakan-rakan... Kemudian, guru berhentikan muzik dan murid terakhir yang pegang kotak tu perlu mengambik satu soalan dalam kotak dan jawab. Untuk menambahkan lagi keseronokkan bermain, boleh kenakan denda ringan atau yang 'comel' untuk mereka yang tidak dapat menjawab soalan. Suruh menyanyi ke, baca sifir ke atau apa-apa sahaja yang difikirkan sesuai. Pasang lagu hits masa kini, confirm murid akan seronok. :)

Nilai : Ajar murid memberikan kotak dengan cermat kepada kawan-kawan sebab akan ada murid yang baling je kotak tu sebab mereka takut nak jawab soalan. Nilai kedua, bina keyakinan diri mereka dengan menerima kenyataan bahawa mereka perlu menjawab soalan. Tak payah nak takut-takut... Jawab je... Hehe...


2. Bisik-bisik

Yang ni pun saya rasa sesuai untuk digunakan dalam semua subjek terutama apabila melibatkan nota/maklumat dan fakta.

Persediaan : Sediakan teks pendek (fakta tentang sesuatu tajuk / cerita berkaitan subjek) yang sesuai kat atas kertas. Tulis dengan jelas supaya murid boleh membaca dan mengingat dengan baik. Kalau ada 10 fakta/ayat, maka 10 kali la mereka akan main. 

Pelaksanaan : Bahagikan murid dalam 3-4 kumpulan besar... Mungkin dalam 8-10 orang satu kumpulan. Lantik seorang ketua untuk setiap kumpulan. Ketua kumpulan datang ke hadapan untuk membaca nota yang tertera di atas kertas. Ketua kumpulan balik ke kumpulan masing-masing & mula berbisik tentang apa yang mereka baca sebentar tadi. Panggil orang terakhir untuk memberitahu apa maklumat yang dia terima. Yang pasti, ramai akan come out dengan ayat yang entah hape-hape... Haha

Nilai : Masa ni korang boleh tekankan tentang nilai moral, jangan dengar gossip/cakap orang...


3. Dam ular 

Yang ni sesuai untuk matematik, grammar, tatabahasa dll. Boleh jadikan aktiviti untuk ulangkaji jugak. 

Persediaan : Sediakan dam ular besar (boleh tempah kat kedai buat banner). Teringat dulu masa praktikum, saya lukis sendiri dam ular atas kertas mahjong... Nak besar katanyaaa... Haha... Kalau takde, boleh guna dam ular biasa, letak kat setiap kumpulan. Sediakan soalan dalam sehelai kertas A4 mengikut bilangan kotak dam tu (sediakan untuk setiap kumpulan). Sediakan sekali jawapan untuk memudahkan mereka menyemak jawapan. Ni kira self access learning la ni.. Cuma ia bukan latihan bertulis tapi lebih kepada lisan dan fun!

Pelaksanaan : Murid bermain dam. Setiap kotak, ada soalan yang perlu dijawab. Misal kata murid gagal menjawab, dia akan kekal di tempat asalnya. Untuk menambahkan lagi keseronokkan, mungkin boleh sediakan satu atau dua hadiah untuk pemenang. Pemenang dipilih berdasarkan siapa yang paling cepat habis main... 

Nilai : Boleh tekankan tentang kerjasama dalam kumpulan. Biasa la bila bermain, kadang-kadang budak-budak ni over excited & lupa diri. Haha... Ingatkan mereka, kalau mereka tidak fokus dengan permainan atau asyik membuat bising, berkemungkinan murid dari kumpulan lain yang akan menang hadiah! Satu lagi, since ada jawapan (dibelakang kertas) diberikan bersama soalan, ajar murid untuk jujur. Integriti tu penting... Sila didik dari kecik! Huhu...

Kat sini ada jual Dam ular gergasi 10 kaki x 10 kaki :- https://shope.ee/1L8uQaCIfi

Dam ular biasa :- https://shope.ee/3AaYc1z2TB


4. Story Marathon

Boleh dijalankan secara bertulis mahupun lisan. Sesuai untuk aktiviti penulisan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dll.

Persediaan : Tiada persediaan khas. Guna pen dan whiteboard je. Timer jika perlu.

Pelaksanaan : Guru menyatakan tajuk. Guru pilih seorang murid untuk memulakan ayat. Murid tulis ayat di whiteboard. Contoh:- 
Murid A- Pada cuti sekolah yang lalu, saya pergi ke Cameron Highland bersama keluarga.
Murid B - sambung ayat
Murid C- sambung ayat 
Panggil murid sehingga cerita tamat. Pen marker sebagai 'baton'.
Nak seronok, guna timer, murid yang lambat, minta mereka gunakan talian hayat untuk bantu mereka. (Rujuk point ke-6) Setelah selesai menulis karangan, minta mereka salin dalam buku masing-masing... See, senang je nak ajar karangan! Hahahha...

Nilai : Yakin diri boleh menulis ayat dengan betul. Bersedia untuk dikritik. Kalau ayat salah, mesti kawan-kawan akan kritik, jadi aktiviti ni membantu mereka develop keyakinan diri mereka. Saya nak murid saya tak takut untuk salah jawab. Bersifat terbuka, boleh menerima komen orang lain.

Penggunaan akhbar Berita Harian / Didik dalam kelas.

5. Pembaca berita / news reader

Teringat dulu semasa saya di KL, ada seorang murid saya bercita-cita nak jadi pembaca berita. Maka terlahirlah aktiviti ini ketika itu... Hehe... Kebetulan sekarang ni murid saya melanggan akbar BH setiap hari Isnin. Nak gunakan sisipan Didik tu... So, lepas ni saya nak try buat aktiviti ni. Aktiviti membaca berita. Selain mengukuhkan lagi kefahaman tentang teks yang dibaca, aktiviti ni juga membantu murid untuk membaca / membunyikan perkataan (pronunciation) dengan baik.  

Persediaan : Sediakan teks yang sesuai. Untuk kelas saya, saya akan gunakan akbar BH yang mereka langgan tu. Minta mereka pilih satu berita pendek yang mereka suka.

Pelaksanaan : Panggil  seorang murid untuk membaca berita di hadapan kelas menggunakan tone yang sesuai. Yang ni boleh buat flipped classroom, mintak murid tonton berita kat rumah, jadi mereka tau macam mana cara yang betul untuk baca berita semasa aktiviti dijalankan kat kelas nanti.

Nilai : Membina keyakinan murid. Yakin membaca walaupun 'pronunciation' kurang tepat. Selain itu, membuka minda murid bahawa terdapat prospek pekerjaan (pembaca berita) berkaitan dengan aktiviti yang mereka jalankan tu. 

Tutup muka sebab malu terpaksa guna talian hayat... Hahahha... Lawak betul dia ni! 😆
6. Who Wants To Be a Millionaire 

Sesuai diselitkan dalam aktiviti kuiz, atau aktiviti Story Marathon. 

Persediaan : Tiada sebarang persediaan khusus. Boleh selit je aktiviti ni dalam aktiviti kuiz, aktiviti-aktiviti lain yang sesuai.

Pelaksanaan : Sekiranya ada murid yang tak dapat menjawab soalan kuiz, tak dapat menulis atau untuk ayat semasa aktiviti Story Marathon, boleh minta mereka menggunakan talian hayat just like dalam Who Wants To Be a Millionaire. Mereka ada 3 pilih option samada nak minta semua kawan-kawan tolong (audience), atau nak minta seorang je kawan baik/ibubapa mereka untuk bantu (dalam Who Wants To Be a Millionaire, mereka boleh call sesiapa yang mereka nak minta tolong), atau nak bantuan guru memberikan option jawapan kepada dia. Benda macam ni nampak mudah, tapi bila apply dalam kelas, budak-budak sangattttt suka!

Nilai : Memupuk semangat kekitaan dikalangan murid-murid dengan memberi bantuan sewajarnya kepada murid yang memerlukan. Giteww! Hehe...

7. Kuiz 

Sesuai dijalankan untuk semua subjek. Boleh dijalankan secara lisan atau bertulis. Boleh dimainkan secara individu / berkumpulan.

Persediaan : Guru sediakan soalan yang sesuai dengan tajuk yang diajar.

Pelaksanaan : Untuk aktiviti kumpulan, boleh pecahkan murid dalam kumpulan, kemudian minta mereka menjawab soalan tertentu. Point diberikan kepada jawapan yang betul.
Untuk aktiviti secara individu, lebih sesuai dibuat on paper (bertulis). Murid pertama yang hantar jawapan dengan point tertinggi adalah pemenang.

Nilai : Bersaing secara sihat. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan. 


8. Word building 

Permainan yang sangat simple dan mudah dilaksanakan. Bagus untuk mengukuhkan lagi pengetahuan & kosa kata murid. Sesuai untuk subjek bahasa.

Pelaksanaan : Rujuk post saya yang terdahulu. Klik PERMAINAN BAHASA SPONTAN

9. Word snake 

Permainan yang sangat simple dan murid suka. Bagus untuk mengukuhkan lagi pengetahuan & kosa kata murid. Sesuai untuk BM, BI, Jawi, Bahasa Arab.

Pelaksanaan : Rujuk post saya yang terdahulu. Klik PERMAINAN BAHASA SPONTAN


10. Relay Writing

Tajuk macam k-pop sangat kannn... Hahahha... Yang ni permainannya lebih kurang sama dengan point ke-4. Sesuai untuk aktiviti menulis karangan / bina ayat / menyenaraikan perkataan 

Persediaan : Guru sediakan marker pen mengikut bilangan kumpulan... Semua aktiviti buat kat whiteboard. Marker pen jadi 'baton'. Buat column kat whiteboard ikut bilangan kumpulan.

Perlaksanaan : Bahagi murid dalam kumpulan. Kalau murid cukup sama rata dalam kumpulan, boleh main sampai semua murid habis jawab
Kalau murid tak cukup, tak sama banyak, boleh tetapkan masa.. 10 minit ke misalnya.. Guna timer.
Murid bergilir-gilir pass 'baton' (marker pen) & menulis di whiteboard sehingga masa tamat. Untuk aktiviti menyenarai perkataan, kumpulan yang dapat menyenaraikan perkataan terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

Nilai : Bekerjasama dengan ahli kumpulan. Fokus dengan aktiviti kumpulan sendiri memandangkan satu whiteboard dikongsi dengan beberapa kumpulan, fokus adalah penting untuk memastikan mereka dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

11. Nenek nenek si bongkok tiga

Permainan ni sesuai main kat dewan.

Persediaan : Bahagi murid dalam kumpulan (Lelaki-lelaki / perempuan-perempuan) Pilih seorang dari setiap kumpulan untuk jadi 'nenek' yang lain jadi cucu. Ikat mata 'nenek' dengan kain & berikan pembaris panjang untuk dijadikan tongkat. Sediakan soalan untuk murid jawab.

Pelaksanaan : Murid (cucu) menyanyi lagu. Setelah selesai menyanyi, cucu akan duduk. Nenek mencari cucu menggunakan pembaris panjang, kemudian meneka siapa nama cucu. Jika tekaannya betul, cucu perlu menjawab soalan dan menjadi nenek.


Lirik Lagu :-

Dinyanyikan oleh 'cucu'

Nenek nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk, malam berjaga
Mencari cucu, dimana sahaja, 
Nenek ku kahwin dengan anak raja.

Dinyanyikan oleh 'nenek'

Cucu cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti
Siapa yang kena, dia yang jadi.

Nilai : PdPC dijalankan, murid belajar disamping dapat menghidupkan semua permainan tradisional Melayu.


12. Cerita 3 kepala

Aktiviti ni diinspirasikan dari rancangan televisyen realiti, Spontan. Tak tau la skang ni ada lagi ke rancangan Spontan ni sebab dah lama tak tengok tv. Huhu... Dijalankan secara lisan. 

Persediaan : Guru menyediakan tajuk yang sesuai. Kalau ikutkan dalam rancangan Spontan, mereka perlu jadi pemberita. Tapi kita boleh je ubah jadi cerita...

Pelaksanaan : Minta murid dalam kumpulan bertiga-tiga. Kemudian, panggil mereka ke hadapan untuk bercerita. Tapi syaratnya, setiap murid hanya boleh sebut satu perkataan je... Rujuk video kalau tak faham ye... Hehe... Memang seronok permainan ni! Tambah-tambah boleh main terus je... takde nak prepare apa-apa... Haha...

Nilai : Dapat latih murid untuk lebih spontan, lebih yakin untuk bercakap di khalayak ramai. Skill ni penting terutama jika mereka pergi bertanding dalam pertandingan bercerita ke public speaking ke... Ada part di mana mereka perlu bercerita secara spontan tanpa teks tanpa persediaan. Masa ni juga kita dapat menekankan tentang pemilihan perkataan yang sesuai. Bukan main sebut je... Hehe

Sebenarnya ada banyak lagi permainan yang best yang boleh kita mainkan bersama dengan murid. InsyaAllah saya cuba senaraikan lagi nanti. Tungguuu! Hahaha... Kalau tulis semua kat sini, pening pulak korang nak baca, banyak sangat... Hehe... Nantikan post seterusnya... Ada banyak lagi permainan yang boleh dimainkan bersama murid sambil ber PdP ye... Ceriakan murid kita walaupun hati kita sendiri tak la ceria mana pun kat sekolah kannnn... Hahhahaha.... yang penting objektif tercapai, murid seronok dan dapat belajar sesuatu dengan aktiviti yang dijalankan tu ye.

Saya ambil kesempatan untuk promote blog saya yang kedua... Alhamdulillah... Jemput laa tengok-tengok ye... Tapi blog tu more kepada sharing hal-hal bukan pendidikan ler... Post-post pendidikan masih di sini... Huhu... Tapi blog baru kannn... content  takde la meriah macam kat blog ni. Doakan saya terus istiqamah untuk menulis & berkongsi ilmu serta pengalaman yang tak seberapa dengan pembaca semua ye... Mehh la tengok... Hehe...  www.raihanstory.com  Kalau korang ada apa-apa nak share, boleh contact saya hokay! 😁

Nota kaki : Semakin banyak kita bersyukur, semakin banyak yang kita dapatkan... InsyaAllah... :)

8 comments:

  1. Tq cikgu Raihan. Semua modul yang dimuat naik dalam webpage ini amat berguna

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu atas info dan maklumat yang diberikan. Saya minta izin untuk menggunakan permainan ini didalam kelas untuk mengajar

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cikgu atas kongsian. Amat membantu kami student ipg untuk merancang pdp yg menarik. Mohon share cikgu, TQVM

    ReplyDelete
  4. cikgu ada cadangan bagi aktiviti pdpr untuk mengeja dan menulis sewaktu pdpr tak ? saya buntu

    ReplyDelete
  5. terima kasih cikgu Raihan. sangat membantu =)

    ReplyDelete
  6. terima kasih cikgu, sangat membantu. idea juga ada banyak nilai yang baik. ^^

    ReplyDelete
  7. terima kasih cikgu raihan atas perkongsiannya. semoga terus sukses!

    ReplyDelete