Aplikasi Mewarna 3D - Cetak, Mewarna, Bermain - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday 17 August 2019

Aplikasi Mewarna 3D - Cetak, Mewarna, Bermain


Hey peeps! Assalamualaikum... 

Korang pernah dengar pasal apps ni tak? Actually saya dah pernah share tentang apps ni pada tahun 2016 lagi. Aplikasi Quiver! Boleh lihat post saya yang terdahulu tentang apps ni. Apps ni menggunakan teknologi AR. Memang letupppsss! 😁 Ada beberapa orang guru yang berkongsi hasil kerja murid mereka, korang boleh tengok kat post tu. Quiver ni merupakan 3D colouring apps... APLIKASI KEBABOOM!

Aplikasi Quiver ni menyediakan puluhan lembaran mewarna yang comel dan ada jugak yang educational yang boleh korang print dan beri kepada murid-murid untuk diwarnakan. Yang menariknya, setelah selesai mewarna, murid-murid boleh bermain dengan watak atau gambar dalam lembaran yang mereka warnakan tu. Caranya bagaimana?

1) First, korang pergi ke laman http://www.quivervision.com/ untuk muat turun lembaran yang dikehendaki. Ada banyak pilihan yang percuma. 

2) Kemudian, print lembaran tersebut.

3) Lepas tu boleh diperbanyakkan (fotostat) & minta murid-murid/anak-anak warnakan lembaran.

4) Download aplikasi Quiver pada telefon bimbit.

5) Buka aplikasi Quiver pada telefon, tekan butang rama-rama, dan halakan kamera telefon pada lembaran yang telah diwarnakan tadi... 


6) Sekarang anda boleh melihat lembaran mewarna tadi berubah menjadi 3D. Ada games disediakan. Ada juga yang takde game, tapi ada pergerakkan dan aktiviti lain yang boleh dilihat menerusi telefon! 

Cuba hari ni! Confirm anak-anak korang suka... Murid-murid pun pasti teruja... 

Saya dah letakkan wording tema Hari Kebangsaan 2019 kat sehelai lembaran. So, kalau korang berminat nak guna lembaran ni dengan murid-murid kat sekolah, silakan download ya... Kalau nak yang kosong tanpa wording, boleh download dari laman web QuiverVision. Boleh jer minta murid tulis apa-apa kat dalam kotak tu... 



Kalau tak faham jugak, boleh tonton video ni... :)


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah ya... Huhuhu... Babai!~

Nota kaki : Not all storms come to disrupt your life. Some come to clear your path.

No comments:

Post a Comment