Catat Nota Secara Kreatif - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 16 August 2019

Catat Nota Secara Kreatif


Assalamualaikum semua... 

Biasanya, cara paling mudah mencatat nota adalah dengan menulis point penting dalam bentuk point form, bernombor atau pun untuk yang lebih kompleks, mungkin nota akan dicatatkan dalam bentuk peta minda. Mencatat nota secara kreatif sedikit sebanyak mampu membantu murid-murid mengingat nota dengan lebih baik di samping menggalakkan mereka berkreativiti dalam semasa menulis nota. Teknik mencatat nota dengan kreatif sangat penting dikuasai oleh murid kerana selain memudahkan pemahaman terhadap sesuatu tajuk, ia juga boleh dijadikan nota untuk diimbas di saat akhir sebelum bermulanya peperiksaan. Ilmu ni kalau dipraktikkan, memang berguna sampai ke tua. Kat Universiti pun kita still catat nota kannn... Hehe...


Saya agak kagum dengan kebolehan murid-murid saya yang mampu menghasilkan pelbagai design dalam menulis nota. Jangan tak tau, murid yang lemah dalam pelajaran juga mampu melakukannya dengan sangat baik malah ada yang lebih kreatif dari murid-murid cemerlang. Saya hanya menunjukkan contoh sahaja pada asalnya, dan setelah itu, setiap kali mencatat nota, mereka tahu, apa yang perlu mereka lakukan untuk menjadikan nota mereka menarik dan seronok untuk di baca semula.  

Nak bagi mereka ni kreatif, kadang-kadang kita kena 'bakar line' budak-budak ni sket... Bhahaha... Tunjuk hasil murid kelas lain yang cantik-cantik untuk dijadikan sebagai contoh. Mereka akan teruja & akan ada yang mula berfikir jauh lebih baik dari apa yang mereka nampak... Serius, contoh memang sangat membantu murid-murid untuk berkreativiti... Jadi, kalau korang nak murid korang buat something yang lain sikit dari kebiasaan, cuba try cari contoh dan tunjuk kepada mereka. Contoh tu akan jadi pembakar semangat dorang di samping menjadi rujukan... Kalau kita cakap je, ada murid yang tak faham kehendak kita... Kan... Kalau takde contoh, cuba cari kat Google tak pun tunjuk je gambar hasil kerja murid-murid saya ni... Tunjuk je contoh tu dari telefon korang... Paling-paling pun cikgu lukis je kat whiteboard just nak menggambarkan macam mana mereka boleh catat nota dengan cara yang lebih kreatif & menarik.

Yang ni hasil kerja murid kelas 4K, kelas yang saya diarah untuk take over pada bulan Mac hari tu. Skarang ni depa dok blajar RBT plak... 

Ni hasil kerja murid-murid 4S saya untuk unit pertama subjek TMK. Patutnya saya dah mula mengajar TMK bermula bulan 7 haritu... Sekolah saya setting 6 bulan murid belajar TMK, 6 bulan belajar RBT... Tapi, biasa la, benda seminggu sekali, bulan 7 hari tu saya memang sibuk, baru terperasan, tak pernah ada peluang masuk kelas ni lagi sepanjang Julai... Huhu... Bulan Ogos baru start TMK kat kelas ni.



Biar murid berkreativiti sendiri. Lihatlah sendiri betapa banyaknya idea mereka. Ada yang lukis ikan, ada yang lukis tapak tangan, ada yang buat PC... macam-macam bentuk & design... Alhamdulillah... So, lepas ni kalau ada nota-nota yang nak dicatat, boleh la try suruh murid korang guna kaedah ni. Bila nota cantik, nak baca pun nampak macam menarik je kannn... Hehe... Tambah pulak dengan warna-warna yang ceria, harapannya memang mereka akan ulang baca la sampai ingat semuanya... Hehe... Bukan sekadar menyalin nota jer!

Okay gais, semoga perkongsian ini bermanfaat! Saja nak ingatkan, cuti tinggal 2 hari je lagi... Hukkksss...

Nota kaki : Nobody wants to know how you feel, yet, they want you to do what they feel. 

No comments:

Post a Comment