Nota Pecutan Akhir UPSR Bahasa Inggeris Penulisan - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 14 August 2019

Nota Pecutan Akhir UPSR Bahasa Inggeris Penulisan



Assalamualaikum semua.

Beberapa hari lepas, seorang rakan FB saya, Cikgu Marza berkongsi Nota UPSR Bahasa Inggeris Penulisan yang pada saya sangat baik jika dapat dikongsikan dengan murid-murid. Bukan apa, dah last minute macam ni kan, bila ada bahan-bahan macam ni, memang elok sangat laa kan... At least dapat la revise semula apa yang dah dipelajari selama ni... Tambah-tambah time cuti panjang ni, kalau dapat share dengan murid tak kisah la kat telegram ke whatsapp ke, apa cara sekalipun asalkan nota ni dapat mereka belek-belek sementara nak tunggu bukak sekolah nanti... 

Nota yang agak padat, 168 mukasurat kesemuanya, saya kira memang agak sesuai untuk dijadikan Nota Pecutan Akhir UPSR Bahasa Inggeris (Penulisan). Memang lengkap dengan senarai 'subject' untuk satu-satu insiden, perkataan-perkataan lain yang sama maksud yang boleh digunakan dalam karangan, senarai proverbs, idioms... pelbagai contoh tajuk dan tema-tema... siap gambar bagai... Huhu... hebat cikgu ni. Harap-harap dengan nota ni dapatlah sedikit sebanyak membantu anak-anak didik kita di saat-saat akhir ni...




Bagi yang berminat nak dapatkan bahan, boleh download dari link di bawah ni ye...

http://bit.ly/2OU2NxC

atau 

http://bit.ly/2MfjzF9

Semoga perkongsian Nota Pecutan Akhir UPSR Bahasa Inggeris Penulisan oleh Cikgu Marza memberi manfaat kepada semua. Terima kasih, cikgu! Jangan lupa doakan anak-anak kita yang bakal menempuh peperiksaan UPSR awal bulan depan agar dipermudahkan dan beroleh keputusan yang cemerlang, insyaAllah... Depa yang nak exam, kita pulak yang cemas... Hahahha... Chill! Chill!~ 😄

Nota kaki : Never confuse people who are always around you with people who are always there for you. 

No comments:

Post a comment