Cara Buat Borang Kehadiran Murid Menggunakan Google Form - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 26 January 2020

Cara Buat Borang Kehadiran Murid Menggunakan Google Form


Assalamualaikum gais!

Halluuuu... Happy weekend uolls... Kali ni saya nak share cara paling mudah untuk buat borang kehadiran murid menggunakan Google Form. Mudah je... Dan paling best, boleh tanda kehadiran menggunakan telefon je haaa... Tick-tick... Siappp! Ilmu ni dikongsikan oleh salah seorang rakan saya, Cikgu Mohd. Ariff Bin Badarudin dari SMK Indahpura (1), Kulai, Johor. Saya cuma improvised sikit, tambah sana sini sikit but still guna formula yang Cikgu Ariff ni share... Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak... Dia siap share formula! Dia ni memang terkenal dikalangan kawan-kawan, memang seorang yang hebat dengan formula dan data-data ni... Hehe... Bravo, Arep! Keep it up! 

Selain dijadikan borang kehadiran, borang ni juga sesuai untuk dijadikan senarai semakan buku latihan murid. Siapa yang hantar buku, kita tick dia hantar buku... Haa gitewww... So, lepas ni dah tak perlu senarai nama lagi, kita guna phone je... Eviden semua di tangan! Yeahhh!~

Okay, korang yang berminat nak buat, jom tengok tutorial kat bawah ni... Let's!

Pertama sekali, korang buka Google Drive. Klik kat butang NEW - MORE - GOOGLE FORM - BLANK FORM

Kemudian, isikan maklumat...

Taip TAJUK

Klik butang (+) ADD QUESTION. Masukkan Fungsi DATE (Untuk tarikh kehadiran / penghataran buku)

Tambahkan (+) ADD QUESTION. Pilih Fungsi TICK BOX GRID. Masukkan nama murid satu per satu pada bahagian ROWS. Dan pada bahagian COLUMNS, masukkan maklumat HADIR & TIDAK HADIR.
**Untuk buat borang semak penghataran buku, Tambahkan (+) ADD QUESTION. Pilih Fungsi MULTIPLE CHOICE untuk letakkan jenis buku latihan. Ni kalau korang nak buat borang untuk semak murid hantar buku ke tidak... Untuk ambil kehadiran, tak perlu letak benda ni...

Setelah itu, Klik pada butang RESPONSES.

Klik CREATE SPREADSHEET

Klik CREATE A NEW SPREADSHEET.

Kemudian, tekan butang CREATE.
Cuba isi Form yang telah dibuat tadi... Anda akan dapat melihat response dalam bentuk seperti ini dalam Google Sheets. Kedudukan nama murid ada di lajur atas... Jadi, kalau ada 40 orang murid, agak sukar kita nak lihat bila kedudukan nama seperti itu... Rujuk gambar dibawah.

Apa yang kita boleh buat adalah dengan memasukkan formula agar nama murid berada dalam bentuk senarai (list). Lebih mudah untuk kita lihat & cetak sekiranya perlu. (Rujuk gambar di bawah)

Caranya adalah dengan menambah tab baru (Sheet 2). Kemudian, buat column Bil, Nama, Tarikh Semakan.

Pada lajur kedua, kotak kedua, masukkan Formula ini... 

=TRANSPOSE('Form Responses 1'!$B$1:$AB$33)

Setelah selesai, anda akan dapati nama murid berada dalam bentuk senarai seperti dalam gambar dibawah...
Ni contoh borang yang dah siap untuk diisi... Boleh share link form yang korang dah siapkan dengan guru pembimbing yang lain untuk mereka isi kehadiran Koko ke apa ke kan... 


Macam mana? Mudah je kan... Hehe... Jom kita buat! Orang lain tak nak, biarkan mereka... Kita cara kita!

UPDATE 29/11/2020

Ni rupa Sheets yang saya kongsikan dengan ibubapa untuk tugasan sepanjang 3 minggu PKPB (10/11/2020-30/11/2020). Kalau ada murid yang hantar tugasan, kita masih boleh update dalam tu... Takde masalah... Data akan bertambah lagi sehingga tamat PDPR Disember nanti.. InsyaAllah.





UPDATE 2/2/2021

Ada beberapa orang yang PM bertanya mengapa data mereka berterabur. Okay, jawapannya, Google Form ni untuk diisi sekali jer pada satu-satu tarikh. Sekiranya ada perubahan data, contohnya, murid tak hantar buku, cikgu dah tanda dalam form, murid tu tak hantar buku. Tiba-tiba dia check dalam beg, jumpa buku dia dan dia pun hantar kat cikgu... Cikgu nak ubah data TAK HANTAR kepada HANTAR... Mesti ubah melalui Google Sheets (Sheet Responses) ye... Kalau key in lagi skali kat Google Form, tarikh yang sama, memang data akan berterabur ler jawabnya... Faham ye... Huhu


Sebelum ni saya pernah share Cara Untuk Buat Borang Kehadiran Menggunakan Google Form yang sesuai digunakan untuk mesyuarat, taklimat dan sebagainya... Boleh tengok tutorialnya kat link ni ya...

https://www.raihanjalaludin.com/2019/06/tutorial-google-forms-qr-code-untuk.html

Okay la, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Jangan lupa doakan kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan saya... Semoga Allah sentiasa bersama kita! Take care, gais! Assalamualaikum...

Nota kaki : If you want to be strong, learn to fight alone! 

17 comments:

  1. x jadi. spread sheet tu x jadi.

    ReplyDelete
  2. MAAF CIKGU,TAK BERAPA JADI..NAK BUAT SPREADSHEET..

    ReplyDelete
  3. Maaf cikgu.Lajur list spreadsheet xkeluar. Keluar error overwrite C2.

    ReplyDelete
  4. salam cikgu...dah berjaya...dia autosave kan.dlm drive kan

    ReplyDelete
  5. terima kasih di atas perkongsian...tahniah cikgu

    ReplyDelete
  6. cikgu..macasmna nak tengok pelajar tu hadir ke atau tak?

    ReplyDelete
  7. Terima kasih bnyk ckg ..miga urusan ckg selalu dpermudahkan

    ReplyDelete
  8. Dh buat sheet kedua tu tp hanya 25 murid yang keluar...10 nama lagi tiada dalam list.Macam mn ye?

    ReplyDelete
  9. Sy punya bahagian nama pelajar tu jd mcm cikgu buat.. tp bila pelajar respon, tarikh jd berterabur ikut column pelajar...

    ReplyDelete
  10. cikgu, tolong cikgu. data saya ikut timestamp, setiap kali key in mesti bertambah row baru. dia tak ikut tarikh.

    ReplyDelete
  11. kalau nak buta satu borang untuk guan setiap hari macamna

    ReplyDelete
  12. trimakse perkongsian nya..untuk buat sheet belum sucess..

    ReplyDelete