Cara Buat Borang Kehadiran Murid Menggunakan Google Form - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 26 January 2020

Cara Buat Borang Kehadiran Murid Menggunakan Google Form


Assalamualaikum gais!

Halluuuu... Happy weekend uolls... Kali ni saya nak share cara paling mudah untuk buat borang kehadiran murid menggunakan Google Form. Mudah je... Dan paling best, boleh tanda kehadiran menggunakan telefon je haaa... Tick-tick... Siappp! Ilmu ni dikongsikan oleh salah seorang rakan saya, Cikgu Mohd. Ariff Bin Badarudin dari SMK Indahpura (1), Kulai, Johor. Saya cuma improvised sikit, tambah sana sini sikit but still guna formula yang Cikgu Ariff ni share... Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak... Dia siap share formula! Dia ni memang terkenal dikalangan kawan-kawan, memang seorang yang hebat dengan formula dan data-data ni... Hehe... Bravo, Arep! Keep it up! 

Selain dijadikan borang kehadiran, borang ni juga sesuai untuk dijadikan senarai semakan buku latihan murid. Siapa yang hantar buku, kita tick dia hantar buku... Haa gitewww... So, lepas ni dah tak perlu senarai nama lagi, kita guna phone je... Eviden semua di tangan! Yeahhh!~

Okay, korang yang berminat nak buat, jom tengok tutorial kat bawah ni... Let's!

Pertama sekali, korang buka Google Drive. Klik kat butang NEW - MORE - GOOGLE FORM - BLANK FORM

Kemudian, isikan maklumat...

Taip TAJUK

Klik butang (+) ADD QUESTION. Masukkan Fungsi DATE (Untuk tarikh kehadiran / penghataran buku)

Tambahkan (+) ADD QUESTION. Pilih Fungsi TICK BOX GRID. Masukkan nama murid satu per satu pada bahagian ROWS. Dan pada bahagian COLUMNS, masukkan maklumat HADIR & TIDAK HADIR.
**Untuk buat borang semak penghataran buku, Tambahkan (+) ADD QUESTION. Pilih Fungsi MULTIPLE CHOICE untuk letakkan jenis buku latihan. Ni kalau korang nak buat borang untuk semak murid hantar buku ke tidak... Untuk ambil kehadiran, tak perlu letak benda ni...

Setelah itu, Klik pada butang RESPONSES.

Klik CREATE SPREADSHEET

Klik CREATE A NEW SPREADSHEET.

Kemudian, tekan butang CREATE.
Cuba isi Form yang telah dibuat tadi... Anda akan dapat melihat response dalam bentuk seperti ini dalam Google Sheets. Kedudukan nama murid ada di lajur atas... Jadi, kalau ada 40 orang murid, agak sukar kita nak lihat bila kedudukan nama seperti itu... Rujuk gambar dibawah.

Apa yang kita boleh buat adalah dengan memasukkan formula agar nama murid berada dalam bentuk senarai (list). Lebih mudah untuk kita lihat & cetak sekiranya perlu. (Rujuk gambar di bawah)

Caranya adalah dengan menambah tab baru (Sheet 2). Kemudian, buat column Bil, Nama, Tarikh Semakan.

Pada lajur kedua, kotak kedua, masukkan Formula ini... 

=TRANSPOSE('Form Responses 1'!$B$1:$AB$33)

Setelah selesai, anda akan dapati nama murid berada dalam bentuk senarai seperti dalam gambar dibawah...
Ni contoh borang yang dah siap untuk diisi... Boleh share link form yang korang dah siapkan dengan guru pembimbing yang lain untuk mereka isi kehadiran Koko ke apa ke kan... 


Macam mana? Mudah je kan... Hehe... Jom kita buat! Orang lain tak nak, biarkan mereka... Kita cara kita!

Sebelum ni saya pernah share Cara Untuk Buat Borang Kehadiran Menggunakan Google Form yang sesuai digunakan untuk mesyuarat, taklimat dan sebagainya... Boleh tengok tutorialnya kat link ni ya...

https://www.raihanjalaludin.com/2019/06/tutorial-google-forms-qr-code-untuk.html

Okay la, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Jangan lupa doakan kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan saya... Semoga Allah sentiasa bersama kita! Take care, gais! Assalamualaikum...

Nota kaki : If you want to be strong, learn to fight alone! 

8 comments:

  1. x jadi. spread sheet tu x jadi.

    ReplyDelete
  2. MAAF CIKGU,TAK BERAPA JADI..NAK BUAT SPREADSHEET..

    ReplyDelete
  3. Maaf cikgu.Lajur list spreadsheet xkeluar. Keluar error overwrite C2.

    ReplyDelete
  4. salam cikgu...dah berjaya...dia autosave kan.dlm drive kan

    ReplyDelete
  5. terima kasih di atas perkongsian...tahniah cikgu

    ReplyDelete