Projek Penulisan Poskad (Postcard Writing Project) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 15 March 2020

Projek Penulisan Poskad (Postcard Writing Project)


Hai semua...

Assalamualaikum... Hari ni saya nak share macam mana saya jalankan projek penulisan poskad bersama murid-murid tahun 4 untuk subjek Bahasa Inggeris. Writing postcard ni merupakan salah satu skill yang murid perlu ada kerana ianya bukan sahaja untuk persediaan menjawab peperiksaan tetapi bagi saya ia adalah merupakan skill dalam kehidupan seharian... Tak dinafikan murid-murid sekarang sudah terbiasa dengan medium komunikasi ringkas seperti Whatsapp, SMS, Telegram dsb namun, poskad juga adalah salah satu cara berhubung yang murid perlu tahu. 

Saya jalankan aktiviti ini selama seminggu. Yes, aktiviti penulisan 5 hari lamanya... Mungkin ada yang terkejut saya jalankan aktiviti penulisan terlalu lama. Sebelum ni bila saya share tentang aktiviti penulisan yang ambil masa 2-3 hari, pasti ada yang PM bertanya. Macam mana saya boleh run Writing activity berhari-hari sedangkan kita cuma diperuntukan sehari je untuk buat Writing dalam seminggu. Jangan silap cikgu, setiap hari tu kita akan integrate skill yang lain seperti Listening & Speaking, Reading & Language Art jugak...  Cuma end product, murid saya hasilkan penulisan poskad. Fokus saya pada end product tu. InsyaAllah... :)

The task (tugasan) : Murid perlu menulis poskad kepada sahabat mereka untuk menceritakan pengalaman melancong/melawat ke suatu tempat.


Hari Pertama - Listening & Speaking + Writing

Guru terangkan tentang tugasan. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil. 4 in a group. 

Dalam kumpulan, murid decide nak tulis tentang tempat pilihan mereka. Guru pastikan setiap kumpulan pilih tempat berbeza, jadi, murid-murid akan dapat lebih banyak maklumat tentang pelbagai tempat yang berbeza. 

Untuk bantu kumpulan yang lemah, guru boleh minta murid untuk pilih tempat yang famous dan ramai ahli kumpulan pernah lawati sebelum ni... Contoh macam Cameron Highland.. At least dorang ada prior knowledge, tau la sikit-sikit nak 'goreng' masa menulis nanti.. Haha... 

Brainstorming - Murid mula berbincang dengan ahli kumpulan. Menjawab soalan-soalan yang diberikan dalam bentuk peta minda atas kertas mahjong. Soalan ni just nak bantu mereka kembangkan idea je... Ni antara soalan-soalan yang murid kena jawab in point form... Soalan ni memang ada dalam buku mereka...


Part brainstorming ni murid ambil masa agak lama sebab mereka bukan sahaja bincang point jawapan tapi mereka juga bincang tentang design peta minda mereka.... Di sinilah proses berkreativiti mula berlaku...

Nak menambahkan keseronokkan, saya benarkan mereka memilih nama kumpulan sendiri... Budak memang suka benda macam ni... Macam-macam nama kumpulan ada! Hehe... Selain dari itu, saya benarkan mereka menggunakan apa sahaja medium tak kisahlah pensel warna ke magic colour ke stickers ke untuk projek mereka.


Hari Kedua - Listening, Speaking + Writing

Setengah jam pertama, murid diberikan peluang untuk finalize hasil kerja mereka.

Kemudian disambung dengan aktiviti pembentangan oleh setiap kumpulan... Yes, presentation!

Kumpulan lain dibenarkan bertanya soalan, membetulkan fakta, memberi komen kepada kumpulan yang membuat pembentangan. Saya sendiri juga turut memberi komen untuk setiap kumpulan. Komen sangat penting sebab nanti lepas ni mereka kena start dengan penulisan pulak menggunakan point-point mereka tu... So, kalau point tak dibetulkan, karangan mereka pun akan salah nanti...


Hari Ketiga - Writing 

Okay hari ni saya edarkan contoh poskad kepada setiap kumpulan...

Saya terangkan tentang ciri-ciri poskad, kedudukan setem, alamat dsb.

Murid belajar tentang format menulis poskad.

Gambar ni adalah dari klip video ni... https://www.youtube.com/watch?v=IP2BrsaQzvY

Murid menulis sekeping poskad bersama-sama dalam kumpulan menggunakan point-point dalam peta minda mereka.

Setiap kumpulan menghantar poskad untuk disemak.


Hari Keempat - Reading + Writing + Language Art

Setiap murid diberikan manila card yang telah dipotong (anggaran saiz poskad).

Murid membaca poskad yang telah disemak.

Murid menulis semula (rewrite) kat manila card yang diberikan. Yang ni setiap murid kena tulis.

So, dalam satu kumpulan hasil karangan adalah sama... Contoh dalam satu group ada 4 orang, keempat-empat murid akan menulis karangan yang sama atas poskad masing-masing. Cuma, mereka perlu ubah di bahagian salutation- kepada siapa mereka nak hantar poskad, alamat dan tandatangan mereka.

Setelah siap, mereka perlu design poskad mereka pada bahagian belakang. Saya beri kebebasan kepada mereka nak lukis apa pun tak kisah... Ada yang lukis kartun kegemaran, ada yang lukis haiwan kesayangan, pemandangan dan macam-macam lagi...


Hari Kelima - Writing + Language Art 

Saya memang dah pesan kat setiap murid untuk mendapatkan alamat rumah yang tepat supaya poskad yang dikirim boleh sampai kepada mereka. Alhamdulillah, I can say 95% of the students yang memang betul-betul cari alamat mereka. Cuma ramai yang susunan alamatnya salah...

Jadi, saya ajar mereka menulis alamat dengan betul. Dimulakan dengan nombor rumah - nama jalan - nama taman - Daerah - Negeri

Untuk kali ini, murid perlu mencari pasangan masing-masing. Yela, takkan nak pos kat diri sendiri. Tak best! So, saya minta mereka dapatkan pasangan, supaya mereka boleh bertukar poskad.

Saya terpaksa ronda dan check satu per satu untuk pastikan alamat mereka ditulis dengan betul. Kalau boleh saya nak semua murid terima poskad dari kawan mereka! Satu lagi saya tak nak ada yang menyalahkan kawan bila poskad tak sampai kepada mereka. Memang bab ni saya check berkali-kali, itu pun masih ada 2-3 orang murid yang gagal menerima poskad mereka sehingga ke hari ni... Haihhh... Sabo je la...

Saya edarkan setem bernilai RM0.50 kepada setiap murid untuk dilekatkan pada poskad masing-masing. Yang ni saya tolong belikan je, tapi murid bayar semula. Tiada paksaan.

Sambil tu mereka finalize kan juga design poskad mereka...

Balik sekolah, terus singgah kat peti pos, pos semua sekali poskad-poskad mereka... Yayyy!~


Untuk projek ni, saya dapati murid belajar :-

1) Menulis poskad

2) Menulis alamat rumah dengan tepat

3) Format menulis poskad

4) Berkreativiti menghasilkan poskad sendiri & bahan untuk pembentangan

5) Membentangkan hasil perbincangan dalam kumpulan

6) Menilai hasil kerja dan memberi komen-komen yang positif dan membina kepada ahli kumpulan yang lain.

7) Menyiapkan tugasan mengikut timeline yang ditetapkan... Ada yang tersasar pun seorang dua je... Tapi pada hari kelima, semua murid berjaya menghantar poskad mereka. Alhamdulillah!

8) Bekerjasama dengan kawan-kawan dalam menyiapkan kerja kumpulan.

9) Bertanggungjawab menghasilkan produk terbaik untuk diberikan kepada kawan.

10) Belajar tentang cara pengurusan poskad - perlu ke pejabat pos untuk urusan membeli setem, pos dll... Yes, walaupun saya yang tolong belikan setem & pos kesemua poskad tu, tapi at least mereka tahu, prosesnya macam mana...

Okay, post ni memang panjang... Selamat membaca heh... Huhu... Semoga bermanfaat. Assalamualaikum.... :)

Nota kaki : Even if you hear a bad story about me, understand, there was a time I was good to those people, but they won't tell you that. LOL! 😂

1 comment: