Senarai Aplikasi Virtual Learning - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday 16 March 2020

Senarai Aplikasi Virtual Learning


Assalamualaikum semua... 

Diharap semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya ya... Maklum la, satu dunia tengah kecoh dengan penularan wabak Corona Virus, memang menggerunkan. Mana tidaknya, setiap hari, kadar kematian semakin meningkat. 😢 Sebagai manusia, kita perlu banyakkan berdoa agar kita semua terselamat dari bahaya virus ini... Berdoalah... 

Kita sebagai guru, bersedia je lah apa-apa kemungkinan yang berlaku. Andai kata, sekolah terpaksa di tutup untuk sementara waktu, mungkin korang boleh cuba guna aplikasi-aplikasi di bawah ni untuk jalankan virtual learning. Bukan la nak kejar sangat silibus, tapi at least anak murid ada la something nak dibuat kat rumah. Actually, aplikasi-aplikasi ni bukan nak guna time sekolah tutup sebabkan isu Covid 19 ni jer... Tapi boleh juga digunakan semasa cuti sekolah, cuti semester & cuti hujung minggu, kalau nak assign kerja rumah untuk murid-murid, boleh guna apps yang dicadangkan ni... 

1) Portal Digital Learning KPM

Boleh baca Modul ni... Tapi yang ni 1st version, saya tak sempat nak update lagi... Sekarang ni dah bertambah lagi fungsi-fungsi dalam tu... Semua murid & guru dah ada ID. Ni la masanya... 

Dalam modul ni ada nota untuk Google Classroom & Google Meet sekali... Boleh tengok!


2) Quizizz


3) Quizlet

Untuk flashcards & games boleh guna Quizlet ni... Yang ni pun interesting jugak... Try lah... :)

4) Socrative

Yang ni saya tak pernah try tapi pernah dengar feedback kawan-kawan kata okay... Saya cuba browse, nampaknya soalan macam nak kena bina sendiri dan shared questions pun limit untuk beberapa subjek je... Semua in English. Kalau korang nak bina soalan sendiri, boleh try guna apps ni. 

5) Google Classroom

> Yang ni boleh rujuk point nombor 1. Guna ID yang dibekalkan oleh KPM.

> Ada banyak post tentang Google Classroom dalam blog saya ni... Boleh tengok satu per satu hokayy...






6) Google Form

> Boleh baca post saya yang terdahulu. BINA KUIZ GUNA GOOGLE FORM DENGAN SETTING AUTO-SEMAK

7) FrogPlay Mobile

> Download aplikasi Frogplay di peranti Android & sedia untuk digunakan!

> Pelbagai soalan yang telah disediakan untuk murid-murid tahun 1 hingga tingkatan 5. Boleh guna ID FrogVLE terdahulu. Setakat hari ni saya cuba, alhamdulillah, aplikasi ni masih boleh digunakan. Boleh cuba hokay!



8) Popplet

> Aplikasi untuk bina peta minda (mind map). Murid boleh export hasil kerja dalam bentuk jpeg/pdf. Kemudian, mereka hantar tugasan melalui email kepada guru. Atau send guna telegram/whatsapp pun boleh... Simple!~

> Nak buat kerja kumpulan pun boleh. Add collaborator je... 

9) Padlet

>Sesuai untuk aktiviti brainstorming ideas, dijadikan ruang untuk murid-murid menulis jawapan, boleh juga dijadikan tempat untuk murid menyenarai perkataan... Perkataan seerti ke, berlawan ke, proverbs ke, idioms ke...

10) Youtube

> Cikgu share video untuk murid tonton & belajar.

> Cikgu bina video sendiri untuk mengajar. Dalam video boleh sertakan sekali soalan. Murid boleh komen pada video untuk menjawab. Atau mereka boleh jawab soalan dalam buku latihan... 

> Flipped Classroom

11) Google Meet / Hangout

> Guru bersemuka dengan murid di atas talian. Yang menariknya tentang Google Meet / Google Hangout, cikgu boleh share screen laptop cikgu dengan murid-murid walau di mana mereka berada!

> Boleh rujuk Modul Portal Digital Learning KPM di point nombor 1. Dalam modul tu saya ada kongsikan cara penggunaan Google Meet ni... 


12) Quizalize

Apps ni lebih kurang sama macam Quizizz. Best sebab banyak soalan yang dah tersedia. Pergi je cari kat Resources, bersepah latihan... Taip je nak subjek atau tajuk apa... Alhamdulillah... Kalau takde, boleh create sendiri soalan... :)

13) Facebook

> Yang ni mungkin sesuai untuk murid sekolah menengah... Create je private group untuk murid-murid korang. Share bahan dalam tu...

14) Telegram / Whatsapp

> Yang ni tak kurang juga manfaatnya. Worse come to worst, boleh jer share latihan dengan cara snap gambar, dan masukkan ke dalam Telegram/Whatsapp untuk dijawab oleh murid-murid. Nak share video, link dll pun boleh... 

15) Gmail

> Minta murid buat karangan & hantar melalui email.

> Minta murid jawab soalan dan send jawapan menerusi email, pun bolehhhh... 

16) Edmodo

Mirip Facebook tapi... digunakan untuk akademik! :) 

17) Laman web pendidikan 


18) Perpustakaan digital (Digital Library)

> Sesekali minta murid buat NILAM kat rumah pun hokay kannn?! 😁

> Ni link Digital Library yang mungkin korang boleh share dengan murid korang... 


Okay la, saya rasa cukup 18 ni dulu. Kalau ada lagi nanti, saya akan update lagi. Kalau korang nak share, boleh share kat ruangan komen ya...

Sama-samalah berdoa agar kita semua terselamat daripada wabak Covid 19 ni... Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu rakan-rakan guru untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku. At least kalau dah bersedia, kuranglah sikit panic tu kan... Dan pada masa yang sama, murid-murid masih boleh belajar walau dimana mereka berada. InsyaAllah... 

Nota kaki : Keajaiban itu nyata bagi mereka yang yakin, berserah diri dan bekerja keras. 

No comments:

Post a Comment