Cara Setting Thumbnail Preview Google Form MOE-DL - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 18 April 2020

Cara Setting Thumbnail Preview Google Form MOE-DL



Assalamualaikum gais!


Okay, malam ni saya dapat satu pertanyaan di post saya kat Facebook. Ada guru yang bertanya mengapa paparan Preview tidak muncul bila share Google Form yang telah dibina menggunakan akaun MOE-DL. Berbanding dengan Form yang dibina dengan menggunakan akaun Gmail, akan ada thumbnail preview yang akan terpapar bila kita share kat Whatsapp atau Telegram... Tapi mengapa yang bila share Form dari akaun MOE-DL, takde thumbnail preview? 

Jawapannya sangat simple... Sebab form tu dah di restricted kan kepada pengguna MOE-DL sahaja. Kena ubah sedikit setting. Jom lihat perkongsian oleh Cikgu Amir Bin Othman dari SMK Chanis, Muadzam Shah, Pahang. 

1) Buka Form yang dibina (akaun MOE-DL)

2) Klik pada Setting (sebelah butang SEND)

3) Uncheck kotak RESTRICT TO USER IN MINISTRY OF EDUCATION AND ITS TRUSTED ORGANIZATIONS.


4) Haaa... lepas tu jangan lupa klik SAVE!

5) Boleh share link kat Telegram / Whatsapp... Thumbnail akan muncul seperti biasa.

Simple je kan? Thank you, Amir atas tutorial ini... Doakan Amir berjaya dunia akhirat hokayyy! 

Nota kaki : Orang yang bersyukur adalah orang yang tahu menikmati hidup... :)

No comments:

Post a comment