Modul Tutorial Untuk Menghasilkan Kuiz Online Google Form - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 19 April 2020

Modul Tutorial Untuk Menghasilkan Kuiz Online Google Form


Halluuuu gais! Assalamualaikum... 

Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan kepada saya untuk menulis lagi di blog ini hari ni... Diharap semua sahabat-sahabat saya masih lagi berada dalam keadaan selamat dan sihat sejahtera hendaknya... Aamiin... 

Baiklah, perkongsian kali ini telah dikongsikan oleh Ustazah Liyana Binti Abdul Halim dari SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah dan juga Ustaz Husba Khairi Bin Hussin dari Kolej Komuniti Baling, Kedah. Tajuk yang tidak asing lagi bagi guru-guru di musim PKP ni iaitu Cara Untuk Menghasilkan Kuiz Online Menggunakan Google Form. Sebelum ni saya dah pernah berkongsi tentang tajuk ni, tapi saya takde sediakan modul yang boleh dicetak. Alhamdulillah,  Ustazah dengan Ustaz ni rajin buat Modul, maka saya ambil kesempatan untuk kongsikannya di sini... Semoga bahan yang dikongsikan diangkat menjadi amal jariah buat mereka. InsyaAllah... 


Modul ni mungkin berguna untuk beginner yang masih belum faham cara nak buat kuiz menggunakan Google Form. Print satu copy, masa nak buat tu, haaa korang selak la sehelai-sehelai nota ni... Hehe... Okay, bagi yang berminat nak download Modul Tutorial Untuk Menghasilkan Kuiz Online Google Form, boleh klik kat bawah ni ye... 

Download : 


Semoga bahan yang dikongsikan bermanfaat untuk sahabat-sahabat guru semua ya... Jaga diri & jaga keluarga baik-baik. Stay at home! Take care, gais! Semoga kita semua dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. 

Nota kaki : Kamu tidak perlu mengubah dirimu untuk menjadi sama seperti yang lain demi membuatkan orang lain tertarik kepadamu. Cukup dengan menjadi dirimu sendiri dan tunjukkan bahawa kamu berbeza dari orang lain. Be different!~

No comments:

Post a Comment