Cara Untuk Membenarkan Orang Lain Copy Kuiz Google Form - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 18 April 2020

Cara Untuk Membenarkan Orang Lain Copy Kuiz Google Form


Assalamualaikum semua!

Seminggu dua ni ramai betul yang bertanya saya cara untuk Copy Google Form yang telah dicipta oleh guru lain. Minggu ni saya agak sibuk sedikit. Tu yang lambat sket nak sediakan tutorial ni... Huhu...

Okay, sebelum kita lihat tutorial, saya nak bincangkan sikit tentang ni... Memang ada yang bermurah hati untuk membenarkan Google Form yang mereka bina, diubahsuai dan digunakan oleh orang lain. Yes, that's totally fine kalau penyedia soalan tak kisah. Walau bagaimana pun, ada pros and cons bila kita Copy Soalan Google Form orang lain... Jom tengok hasil perkongsian idea Cikgu Mohd. Ariff Bin Badarudin, Cikgu Khairil Firmansyah Bin Anuar dan saya sendiri...

<<Pros>>

1) Senang kerja... Tak perlu susah payah nak buat soalan, nak fikir soalan, nak cari diagram, nak search gambar apa semua... Edit sikit, tukar nama, siappp!

2) Boleh dapat data murid kita jer...

3) Tak perlu banyak skill, maklumlah, semua dah tersedia... Edit sikit je dah siap!

4) Jimat masa.

Tak salah nak copy soalan orang lain, cuma ada sedikit kekurangan yang perlu kita perhalusi lagi... Cuba tengok... 

<<Cons>> 

1) Nak sediakan content bukan mudah! Yes, saya nak siapkan 10 latihan untuk murid saya pun berpeluh... Ambil masa berhari-hari nak siap. Bukan mudah nak menyediakan content ye kawan-kawan. Tambah-tambah di musim PKP ni... Ramai yang kekurangan sumber, buku takde, apa pun takde kat rumah... Mostly semua tinggal kat sekolah. Untung kalau ada buku teks online. Dapatlah perah otak buat soalan sesikit setakat yang termampu. Jadi, bila ada rakan guru yang berkongsi, gunakan je lah... Takyah Copy pun takpe haihhh...

2) Once dah kongsikan dengan orang lain, kena bersedia jika soalan anda tu orang lain claim dia yang buat. Haaaa... Maklum la... Boleh diedit kannn... So, sesapa pun boleh kata soalan tu dia yang buat. Huhu... Makin ramai laa yang tak berintegriti. Hilang originaliti. Kalau tak kisah, takpe... Tapi kalau kau kisah pasal ni, fikirkan samada nak benarkan orang lain copy soalan korang tu ke tak... Hehe... 

3) Ramai yang dah mengikuti bengkel online, baca modul, lihat tutorial... Ramai yang dah ada sijil dah pun. So, why not kita gunakan ilmu yang kita ada tu untuk hasilkan soalan kuiz ni sendiri untuk gilap skill... Bila lagi nak mahirkan diri dengan Google Form kalau kita asyik copy. Kann? At least dapat hasilkan 2-3 set pun jadilah... Boleh share dengan murid/cikgu lain juga...

4) Akan berlaku lambakkan soalan yang sama di media sosial... Yang ni memang cannot brain! Nampak macam lain, sebab dah diedit letak tema berbeza, nama berbeza, font berbeza... Tapi soalan sama! Ni yang tak best... Sebab dalam keadaan PKP ni kalau boleh kita nak murid kita dapat belajar dan jawab soalan secara online. Nak buat content pulak bukan mudah. Jadi, kalau ada banyak set soalan, kan lebih baik... Kita ada banyak pilihan. 

5) Soalan tak ikut aras murid kita. Lebih baik buat soalan sendiri. 

Selain dari membenarkan orang lain Copy Kuiz Google Form yang korang dah buat, korang boleh share Spreadsheet dengan cikgu-cikgu yang memerlukan data. Tapi setkan dulu kepada CAN VIEW supaya data tu tak boleh nak diubah oleh orang lain... 

Sebenarnya korang tak copy Google Form pun takpe rasanya. Nak data? Untuk apa? PKP ni banyak self-learning je pun... Bukan boleh nak paksa-paksa murid untuk buat soalan tu pun. Just share, siapa boleh buat, buatlah... Tak boleh, tiada paksaan, kann? So, kenapa perlu data? Murid sendiri dah dapat markah mereka. Ada ramai guru yang ambil inisiatif minta murid mereka screenshot markah yang diperolehi. Bagus lah... Itu pun ok.

Okay done sharing Pros and Cons. Sapa nak belajar cara nak benarkan orang lain copy Google Form korang, haa silakan... Terpulang kepada anda nak benarkan orang lain copy atau pun tidak. Hehe... Btw, ada beberapa cara nak benarkan orang copy Form korang... Ni saya ajarkan satu dulu... Try lah... Kalau rajin nanti saya buat tutorial untuk cara lain pulak... InsyaAllah... Yang ni untuk benarkan individu copy form korang. Bukan copy secara berjemaah ye... Huhu... Owner Kuiz Google Form boleh baca! Dah alang-alang korang bermurah hati nak bagi orang copy form korang, ni saya ajarkan sekali macam mana nak bagi ownership terus kat bahan yang di copy tu... 

Langkah 1 

Buka Google Drive 

Langkah 2

Buka Form yang nak dikongsikan

Langkah 3

Klik kat tiga titik sebelah butang SEND tu... Kemudian, klik MAKE A COPY


Langkah 4

Klik butang OK 


Langkah 5

Berada dalam paparan COPY OF.... 

Klik tiga titik > ADD COLLABORATORS



Langkah 6

Masukkan EMAIL (orang yang nak diberi akses) di ruangan INVITE PEOPLE > Klik OK

Bila email dah terpapar (rujuk gambar dibawah), tukarkan icon pensel (CAN EDIT) kepada IS THE OWNER > Klik DONE


Langkah 7

Klik YES


Langkah 8

Klik butang pangkah (X) pada email korang... Sebab yang ni yang versi COPY, jadi delete je nama korang. Korang bagi terus akses kepada orang yang COPY tu.


Langkah 9

Klik SAVE CHANGES


Langkah 10

Klik YES


Langkah 11

Sekarang ni cuma email orang yang nak copy korang punya Form je ada kat situ... Sebab dia akan jadi pemilik untuk bahan yang dah di copy tersebut.

Klik DONE


Okay, jangan pening ye... Bahan asal korang still korang yang jadi owner. Yang korang bagi ownership kat orang yang nak copy bahan korang adalah COPY VERSION jer... Tapi content semua sama lah... Cuma yang versi COPY tu, dah jadi milik orang yang copy. Ehh... Banyak plak kopi kopi kopi... Huhu... Faham tak ni?

Sekian perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Jangan lupa doakan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan buat saya... Semoga kita semua dilindungi dari bahaya wabak Covid19. Take care, gais! Babai... Good nite!~

Nota kaki : Kesalahan pertama adalah pengalaman. Kesalahan yang sama adalah pilihan. 

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak an.
    Terbaik punya ilmu...
    Tmbh kat last cara2 nak buat kredit or "terima kasih kepada"...
    Tak susah tp masih ramai x faham

    -bonda ahmad & maisarah-
    #salam kat heroin2. (^_^)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi.

    ReplyDelete