Menyemak Kerja Murid Menggunakan Sticker Whatsapp - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 24 April 2020

Menyemak Kerja Murid Menggunakan Sticker Whatsapp


Halluuuu...

Assalamualaikum... Dalam tempoh PKP ni, saya lihat ramai juga guru-guru yang menggunakan medium Whatsapp untuk memberi tugasan kepada murid-murid. Tak kurang juga yang minta murid menghantar tugasan menerusi aplikasi tersebut. Syabas saya ucapkan! Korang memang awesome! 

Bagi yang menggunakan Whatsapp untuk menerima tugasan, anda boleh terus menyemak di situ. Walaupun nampak macam kurang praktikal untuk guru bahasa, tapi okay laa juga... Sebab murid boleh dapat keputusan on the dot. Siap kerja terus hantar, cikgu boleh semak terus. Tak praktikal dari segi kalau nak perbetulkan ayat ke apa ke, part tu macam leceh sikit unless kalau cikgu tu pakai phone yang ada stylus.. Kalau tak, nak pakai jari je, untuk tick- tick macam tu okay la... Nak tulis sikit-sikit ok, kalau banyak susah juga rasanya... 

Okay, harini saya nak share selain menyemak dengan menanda (/) pada jawapan murid korang, korang juga boleh menggunakan sticker Whatsapp... Ala-ala cop la kononnya. Macam korang cop dalam buku. Haa giteww...

IOS / APPLE

Cara untuk menyemak kerja murid menggunakan Sticker Whatsapp... 

1) Install apps Sticker Whatsapp. Ada banyak apps, taip je Sticker For Whatsapp kat Google Play Store atau pun kat Apps Store, korang pilih je apps yang mana-mana... Yang penting pilih je yang FREE.

Ni contoh apps yang saya cuba...

Download : Versi IOS (Apple)


Kat dalam apps ni memang dah ada banyak 'pack' yang sudah tersedia. Mungkin dalam pack tu ada 1-2 yang sesuai untuk kita gunakan untuk murid. Tengok contoh kat bawah ni... So, download je la pack berkenaan. Klik je Add to Whatsapp. Kalau rajin nak cipta sendiri pun boleh jer...




Ni contoh komen yang dibuat menggunakan sticker Whatsapp... Saya cuba kat Iphone, untuk handphone Andoid mungkin sedikit berbeza... Tapi still, rasanya lebih kurang sama jer... :)

2) Klik je kat gambar latihan yang murid korang hantar kat Whatsapp...

Gambar serunding Ina... Bhahaha...

3) Kemudian, klik kat icon yang saya bulatkan tu...

4) Pilih sticker yang dikehendaki... Send semula dalam group. Done!


Okay, lepas ni boleh try ye... Sila abaikan gambar serunding tu... Tu saya tengah mencuba guna sticker ni dengan rakan-rakan guru dalam group. Hahahaha...

Update 25/11/2020 

ANDROID

Okay untuk Android, sama juga boleh download sticker dari Google Play Store. Cuma kaedahnya sedikit berbeza...

Setelah menerima gambar, klik pada butang kamera (rujuk gambar di bawah), gambar tugasan yang dihantar akan terpapar di bawahnya... Pilih... Kemudian boleh menyemak menggunakan fungsi pen / sticker / Text pada gambar tersebut dan send semula kepada pengirimnya... 


Klik icon camera tu...


Gunakan fungsi pen / icon (smiley) dan T (teks) untuk komen/menyemak kerja murid. Kemudian, tekan butang SEND. Siapp!~



Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Simple je kannn! Cuma cara macam ni saya tak berapa berminat sangat. Maklumlah guru bahasa... Lebih selesa menyemak kat buku/kertas. Untuk tahap 1, okay lah... Tapi ada je cikgu yang suka guna cara ni... Syabas cikgu! Masing-masing punya kaedah... Janji selesa... Kan... Hihi... Satu je nak pesan, apa-apa pun, don't make things complicated. Sama-samalah kita mencari yang paling mudah dan sesuai dengan diri kita. Buat je macam mana pun, yang penting effort kita tu... Kesungguhan! EFFORT!


Mudah tapi berkesan, tu yang penting! Yang complicated tak semestinya berkesan, pilih la method yang sesuai dengan aras diri sendiri, aras murid korang, sesuai dengan keadaan, masa dan kemampuan kedua-dua guru dan murid. Jangan ikut orang. Kemampuan setiap orang berbeza. Komitmen berbeza. Kemahiran berbeza... Menyemak kerja guna Whatsapp ni salah satu cara je... Ada banyak lagi cara lain... Cikgu-cikgu kan kreatif... Yang penting PdPR mesti ON & kalau boleh dapat tarik minat murid untuk turut serta dalam aktiviti kelas... Itu yang terbaik! 


Yang nak buat sticker Whatsapp sendiri menggunakan phone... Boleh rujuk video youtube Ustazah Nafsiah... 





Okay gais... Take care tau! Semoga ilmu yang tak seberapa ni, bermanfaat untuk semua. Babai...


Nota kaki: Jika ada yang lalai, diingatkan... Kerana syurga terlalu luas untuk sendirian... - Ustaz Adi Hidayat

2 comments: