Cara Beri Tugasan Melalui Whatsapp Paling Simple - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 10 May 2020

Cara Beri Tugasan Melalui Whatsapp Paling Simple


Assalamualaikum semua...

Salam Nuzul Quran, gais... Semoga semuanya baik-baik sahaja ya... Baru-baru ni, seorang rakan FB saya, Cikgu Puteri Halimatul Haslia dari SK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur telah berkongsi dengan saya cara beliau memberi tugasan kepada murid-murid. 

Pada saya cara yang dikongsikan sangat simple tetapi amat menarik perhatian dan boleh dijadikan contoh kepada guru-guru lain yang mungkin masih struggle lagi dalam menghadapi corak pembelajaran yang kini berubah menjadi PdP jarak jauh! Good job, cikgu! Saya memang tertarik sungguh dengan kaedah yang digunakan. Tak perlu nak beriya-iya, guna apps simple macam ni pun, hasilnya dah sangat menakjubkan! Awesome!

Cikgu ni menggunakan Aplikasi PhotoGrid untuk mencipta tugasan untuk diberikan kepada murid-murid. Boleh tengok hasil kerja beliau... 





 



Saya ingin mencadangkan beberapa lagi aplikasi yang boleh korang gunakan untuk hasilkan sama macam cikgu Puteri buat... Ada banyak apps lain lagi.. Korang explore sendiri hokayyy! Saya sendiri selalu menggunakan semua apps ni, sebab tool nya sangat mudah & ringkas. Tapi tak pernah terfikir nak cipta tugasan menggunakan apps-apps ni... Lepas ni boleh la try, ikut idea Cikgu Puteri Halimatul Haslia... 😁

Antara apps yang boleh digunakan untuk menghasilkan tugasan seperti yang dikongsikan oleh Cikgu Puteri adalah seperti berikut:-

👉 PhotoGrid

👉 Canva

👉 PicCollage

👉 PicsArt

Okay, caranya bagaimana?

1) Download apps yang hendak digunakan pada telefon. (Boleh pilih Apps seperti di atas kat Google Play Store / Apps Store)

2) Snap gambar latihan dari mana-mana buku teks / rujukan.

3) Buka apps. Boleh mula edit samada nak crop gambar, nak masukkan wording dll.

4) Save - Siap!

5) Kongsikan dengan murid-murid!

Simple sangat kannn... So, lepas ni cikgu-cikgu jangan susah hati nak fikir macam mana nak create bahan-bahan pengajaran/latihan untuk murid. Boleh try buat guna kaedah yang Cikgu Puteri kongsikan ni... Benda boleh mudah buat apa susah-susah kannn! Hahahaha... Saya sendiri pun akan cuba juga, insyaAllah... Terima kasih, cikgu. 

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Take care, gais! Saya doakan agar semua pembaca blog ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Doakan saya juga ya... 😊

Nota kaki : Sabar bukan bererti diam sahaja saat diremehkan, tapi mampu mengungkapkan pandangannya dengan cara yang terkendali.

5 comments:

  1. Terima kasih cikgu, sangat membantu dan memberi idea kepada saya utk beri tugasan yang pelbagai kepada murid:)

    ReplyDelete
  2. Tahniah cikgu usaha murni cikgu dalam memberi pelajaran yang terbaik buat anak anak didik

    ReplyDelete
  3. Terima kasih, ckg. Utk ckg idayu juga (hip assessment)

    ReplyDelete
  4. Thnks sharing cikgu...tahniah

    ReplyDelete