Raihan Jalaludin Dapat Anugerah Hari Guru - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 29 May 2020

Raihan Jalaludin Dapat Anugerah Hari Guru


Assalamualaikum...

Hai gais! Apa khabar? Saya harap korang sihat ya... Yang dah mula bekerja, make sure korang pakai mask, jaga jarak sosial dan sediakan sanitizer dalam handbag... Virus Covid19 tak mengenal mangsa, jadi hati-hatilah... Saya doakan kita semua dijauhkan dari virus ini dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Raihan Jalaludin Dapat Anugerah... Yay!~

Okay, hari Jumaat yang barakah ini, saya nak kongsikan kegembiraan saya dengan semua. Macam tak sangka saya boleh dapat anugerah dalam sambutan Hari Guru Peringkat Negeri baru-baru ini. Alhamdulillah... Sangat-sangat bersyukur dengan anugerah yang diberikan ini. Diharapkan anugerah ini dapat memberi kebaikan kepada saya agar terus istiqamah berkongsi bahan, ilmu dan pengalaman dengan rakan-rakan guru yang lain. Saya juga berdoa agar anugerah ini dapat sedikit sebanyak memberikan suntikan motivasi kepada saya untuk terus mendidik anak bangsa sebaiknya. InsyaAllah...

Tonton video Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak Tahun 2020


Dapat anugerah pun ujian, tak dapat pun ujian juga... 

Bukan apa, risau juga dapat anugerah-anugerah ni... Dapat anugerah pun ujian, tak dapat pun ujian juga... Bila dah dapat, ujiannya lagi berat sebenarnya... Semoga Allah izinkan saya terus cemerlang dalam dunia pendidikan sekaligus dapat membantu guru-guru dan anak-anak didik untuk terus berjaya bersama-sama. Doakan agar Allah berikan saya masa, kesihatan dan 'mood' untuk terus berkongsi pengalaman yang tak seberapa dan dapat menghasilkan bahan-bahan PdP seadanya. Semuanya dengan izin Allah... Alhamdulillah syukur, ada rezeki saya kali ni...

Jutaan terima kasih kepada yang sentiasa nak tengok saya berjaya...

Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang selalu memberikan dorongan dan motivasi kepada saya. Walau down macam mana sekalipun, sedih, sentap... Pasti mereka-mereka ini datang dan terus-terusan memberi sokongan kepada saya untuk terus maju... Terus pandang kedepan. Kepada PPD, JPN, terima kasih kerana mencalonkan saya. Allahuakbar, tak tergambar perasaan saya. Allah sahaja yang mampu membalas segala budi baik anda semua yang ingin melihat saya berjaya. Terima kasih banyak-banyak...


Niat untuk mudahkan orang lain, Allah mudahkan kita

Bila post-post saya tular sejak 2015, ada yang pernah mencecah berpuluh ribu shares di Facebook... Saya rasakan saya perlu bantu guru-guru... Perlu! Kerana saya nampak bebanan guru memang banyak... Sangat banyak. Tu belum masuk dengan bebanan di rumah. Kerja cikgu ni tak habis-habis. Tak pernah habis... Dalam tido pun masih lagi teringatkan hal kerja. Tu saya lah tu.. Haha...

Ramai guru lain pun sama macam saya, mencari benda-benda yang boleh memudahkan PdP. Tak kiralah lembaran ke apps ke apa sahaja yang boleh bantu memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah... Tahniah kepada rakan-rakan guru yang gigih berkongsi bahan/ilmu. Anda hebat! Teruskan berkongsi...

Kalau dilihat, dalam blog saya ni ada juga bahan-bahan guru lain yang saya kongsikan sama. Pada saya, guru-guru kena bekerjasama untuk mudahkan tugasan. Jangan kedekut nak share, mungkin kita tak dapat apa-apa hari ni, tapi percayalah, setiap kali kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan kita di dunia dan akhirat. InsyaAllah...


Berkongsi bukan bermaksud kita pandai semua hal.

NO! Saya nak betulkan persepsi sesetengah orang... Tak dinafikan saya memang suka explore benda baharu... Suka buat macam-macam sebab saya nak pelbagaikan aktiviti dengan murid. Dengan berkongsi akan bantu saya tambahkan ilmu sebab bila kita share, orang lain pun akan share macam-macam bahan, macam-macam idea lagi... Cikgu-cikgu ni kreatif sebenarnya... Dari situ kita akan belajar banyak benda. Banyak ilmu yang kita peroleh...

Inspirasi dan Role Model

Satu lagi, bila kita berkongsi, secara tak langsung kita dah jadi agen untuk menggalakkan orang lain pun share sama bahan-bahan mereka... Diam-diam sebenarnya kita dah jadi inspirasi dan role model kepada orang lain untuk terus berkongsi bahan dengan pendidik yang lain. Yay!~

Kena kecam, dijatuhkan, itu lumrah...

Yes, point ni agak panas. Bila kita buat sesuatu, tak semua orang suka. Kena kecam itu biasa. Dijatuhkan, ya... Saya dah biasa kena. Itu realiti manusia. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Masa ni lah Allah beri kita peluang untuk kenal orang sebenarnya. Ambil hikmah apa yang berlaku. Hikmahnya, Allah nak kita kenal siapa yang ikhlas dengan kita, siapa yang tak. Siapa yang suka lihat kita berjaya, siapa yang tepuk tangan bila kita tersungkur...

Saya anggap ini semua ujian kepada mereka yang istiqamah untuk membantu orang lain, nak jadi manusia yang bermanfaat... bukan senang nak buat baik... Setan tu asyik hasut kita untuk stop dengan cara macam ni lah... Ada je tak kena di mata orang lain, ada je yang tak puas hati... Hahahaha...

Ignore jer. Titik!


Jadi Kebanggaan Mak Ayah

Kalau mak ayah saya masih hidup, pasti mereka bangga dengan kejayaan saya. Target utama dalam hidup nak banggakan mereka. Alhamdulillah, tercapai hasrat. Banyak kejayaan yang datang, yang saya fikir memang akan sedikit sebanyak dapat menggembirakan mereka kalau mereka masih ada. Sebab apa buat blog raihanjalaludin? Kenapa tak guna nama raihan dot com je? Sebab saya nak carry nama bapa saya satu dunia! Pergi mana pun saya bawa mak ayah saya bersama... Walaupun sekadar dalam hati sahaja... InsyaAllah...

Doakan saya

Okay gais, jangan lupa titipkan doa untuk saya... Saya memang sangat-sangat mengharapkan doa dari orang lain... Sebab kita tak tahu, doa siapa yang diangkat dan diterima olehNya...

Pesanan untuk diri sendiri... Bukan kita yang hebat, tapi Allah mudahkan urusan kita... Saya bukan siapa-siapa. Hanya hamba yang mengharap dariNya... Kalau Allah tak izinkan, saya takkan jadi sepertimana saya sekarang... Allahuakbar!

Nota kaki:  Sebaik-baik teman itu ialah yang menunjukkan kamu kepada kebaikkan.

5 comments:

  1. sy pun turut menikmati faedah hasil perkongsian puan raihan krna ada bahan2 dlm blog ni yg sy guna dlm kelas. terima kasih byk2. Allah jua yg dpt membalas jasa2 puan kpd kita semua.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Pn Raihan atas perkongsian ilmu dan bahan semoga Allah merahmati cikgu sekeluarga dan dimurahkan rezeki selalu.Tahniah dikurniakan anugerah sempena Hari Guru.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Cikgu! Teruskan berkongsi..

    ReplyDelete
  4. Tahniah cikgu...terima kasih atas perkongsian selama ini,hebat

    ReplyDelete