Kaedah & Contoh Aktiviti PBD Secara Atas Talian - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday 12 June 2020

Kaedah & Contoh Aktiviti PBD Secara Atas Talian


Assalamualaikum semua...

Hai gaisss!~ Apa khabar? Semua dah sedia ke nak ke sekolah 24 Jun nanti? Hehe... Minggu ni agak sendu sikit, busy giler... Nak blog pun tak sempat. Hukss... 

Bila dah masuk fasa PKPP, saya berpendapat dah boleh dah kalau kita nak mantapkan PBD... Kali ni dah boleh serius sikit since dah ada SOP dan cikgu-cikgu pun dah back to school. Dalam nak menjalankan PBD, saya pun tercari-cari juga aktiviti yang sesuai untuk dijalankan dengan murid secara atas talian. Bukan mudah, tapi boleh dilaksanakan, insyaAllah... Untuk sekolah rendah,  mungkin memerlukan kerjasama & bantuan ibubapa dalam memastikan PBD dapat dijalankan dengan baik... 

Okay ni antara kaedah pelaksanaan &  contoh aktiviti yang dapat difikirkan setakat ini. Mungkin ada rakan-rakan guru ada idea yang lain, boleh share dengan saya dan pembaca yang lain okay... Tinggalkan idea korang kat ruangan komen. Terima kasih banyak-banyak... 

👉 Email

> Minta murid menulis karangan dan email kan kepada guru untuk direkodkan dalam PBD. 

> Projek seperti buku skrap juga boleh dihantar menggunakan email.


👉 Google Form

> Guru menyediakan Google Form. Masukkan fungsi File Upload untuk collect karangan dari murid. Caranya adalah murid tulis karangan atas kertas, kemudian murid snap gambar karangan dan hantar menerusi Google Form. 

> Untuk projek pun murid boleh buat macam ni. Setelah siap projek misalnya projek menghasilkan tempat letak pen/pensel menggunakan bahan terbuang, snap gambar, hantar kat link Google Form yang disediakan guru.

> Selain itu, penilaian menggunakan Kuiz Google Form juga boleh dijalankan. Semua data/jawapan murid ada tersimpan untuk direkodkan sebagai PBD.

👉 Padlet

> Guru sediakan tapak untuk murid-murid menghantar evidens tugasan / projek. Senang semua bahan terkumpul dalam satu tempat. Walaubagaimana pun, Padlet ni untuk versi percuma, limited kepada 3 tapak sahaja untuk setiap akaun. Murid boleh upload bahan up to 10MB. Kongsikan je link padlet dengan murid untuk mereka upload evidens mereka.


👉 Coggle

> Aplikasi Membina Peta Minda Atas Talian. Sesuai untuk pelbagai subjek termasuk BM, BI, Sejarah, Sains, Geografi dll.

> Murid boleh berkolaboratif dengan rakan-rakan secara atas talian. 


👉 Google Slides

> Untuk projek berkumpulan. Guru beri tajuk untuk murid-murid menghasilkan persembahan Google Slides bersama ahli kumpulan.

👉 Google Docs

> Untuk karangan, latihan, projek dsb.

> Murid boleh berkolaboratif bersama murid-murid lain. 

👉 Google Sheets

> Yang ni nampaknya sesuai untuk subjek Matematik. Guru sediakan latihan menggunakan Sheets dan assign kepada murid-murid. 

> Ni contoh latihan yang diberikan kepada murid oleh rakan saya, Cikgu Ariff dari SMK Indahpura (1), Kulai, Johor. Saya tertarik dengan cara Cikgu Ariff menyemak latihan murid iaitu dengan mewarnakan kotak (cell) yang mengandungan jawapan betul dengan warna hijau dan merah untuk jawapan yang salah. 



> Kelebihan menggunakan Google Apps sebab boleh link terus dalam Google Classroom. Jadi, cikgu boleh make a copy latihan untuk beri kepada setiap murid. Setiap murid akan dapat copy masing-masing dan boleh edit jawab terus dalam lembaran yang diberikan tu.

👉 Google Classroom

> Yang ni of coz semua guru patutnya dah tahu, dalam kelas boleh kumpul macam-macam evidens, boleh lihat penyertaan murid-murid dsb. 

👉 Kuiz Atas Talian Menggunakan Pelbagai Platform & Aplikasi

💙 Kahoot
💚 Quizizz - BACA TUTORIAL QUIZIZZ
💛 Quizalize - BACA TUTORIAL QUIZALIZE
💜 Quizlet
💗 Socrative dan lain-lain lagi...

👉 Telegram / Whatsapp

> Cara paling mudah untuk mengumpulkan evidens menerusi Telegram dan Whatsapp termasuk projek, video rakaman dll. Walau bagaimana pun, guna Telegram dan Whatsapp ni guru kena pandai nak sort semula bahan-bahan yang dihantar tu untuk evidens, kalau tak nanti, bila bercampur dengan chat, pening pulak nak tengok kann... Banyak sangat nak scroll... Stress! Haha... 

✅ Untuk Whatsapp saya cadangkan gunakan fungsi STAR untuk mark chat yang penting. 

✅ Untuk Telegram, saya cadangkan cikgu wujudkan satu channel personal untuk PBD ikut kelas tertentu. Bila murid hantar bahan, cikgu forward terus masukkan dalam channel tu. Kiranya channel tu takde sapa, cuma cikgu sorang je dalam tu... Tempat nak kumpul evidens jer... Faham tak ni? Haha...

> Antara Whatsapp dan Telegram, saya prefer Telegram sebab tak makan space kat phone kita. So, takde masalah kalau nak mintak murid hantar video rakaman membaca ke bercerita ke... public speaking ke apa ke... Tak ganggu space henfon kita.

See! Baru je share sejam kat FB, dah ada orang lain share ilmu kat kita jugak... Hehe... Tq Kak Pah Cikgu!

👉 Youtube

> Untuk murid-murid yang dah pandai create content kat Youtube, mungkin korang boleh minta mereka hasilkan projek dan videokan... Day 1 macam mana, day 2 macam mana sampai lah projek tu siap. Videokan dan minta mereka upload bahan kat Youtube dan share link youtube tu dengan guru untuk dinilai... 

👉 Instagram / Tiktok / Facebook

> Ada murid yang memang aktif kat Instagram/Tiktok/Facebook.  Mungkin boleh minta mereka publish kan evidens projek/tugasan mereka kat Instagram, Facebook ke, kemudian minta mereka share link dengan guru untuk dijadikan evidens.

👉 Google Meet

> Menerusi Google Meet juga, guru boleh membuat penilaian murid dengan mengadakan sesi soal jawab. 

👉 Drop point di sekolah 

> Memandangkan guru-guru akan kembali bertugas di sekolah bermula 24 Jun nanti, mungkin kita boleh sediakan kotak untuk murid-murid drop kan projek/buku skrap dll yang telah disiapkan untuk disemak dan direkodkan. Minta ibubapa tolong hantarkan... Apa pun, patuhi SOP! 

> Namun begitu, tidaklah digalakkan kaedah ini, kalau mana dapat nak hantar online, lebih baik online jer... Itu pendapat saya lah... Cara ni untuk yang mungkin tiada akses internet atau memang mak ayah kurang pengetahuan ICT dan tak dapat nak bantu dalam pengurusan menghantar tugasan secara atas talian. 

Okay gais, sekian sahaja perkongsian untuk hari ni. Kalau ada idea lain yang lebih baik, mohon kongsikan juga dengan saya. Masih ada berbaki seminggu lagi untuk buat persediaan mental, fizikal dan emosi untuk kembali ke sekolah... Kepada yang memang dah back to school, syabas diucapkan! Jangan lupa patuhi SOP. Take care, gais! Doakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan saya hokayy... Assalamualaikum... 

Nota kaki : Never give up. Great things take time!

1 comment:

  1. terima kasih cikgu raihan ....mohon saya kongsi info ini cikgu

    ReplyDelete