Template Pengesahan Kehadiran ke Sekolah / Premis (Google Form) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 4 June 2020

Template Pengesahan Kehadiran ke Sekolah / Premis (Google Form)


Hai gais!

Assalamualaikum... Sekarang ni kalau kita ke mana-mana premis, kita perlu mendaftarkan diri samada menulis dalam buku yang disediakan atau pun memasukkan maklumat secara atas talian. 

Yang guna pen & buku tu, entah berapa ratus orang yang akan sentuh dalam sehari... Pada pendapat saya, lebih baik guna QR Code + Google Form jer, masing-masing guna handphone masing-masing untuk key in butiran diri. Tak salah guna buku dan pen, tapi mungkin itu sebagai option bagi mereka yang tak bawa henfon atau untuk mereka yang memang tak tau nak isi form online. Just my 2cents. Korang rasa camne?

Harini saya nak kongsikan template pengesahan kehadiran ke sekolah/premis yang saya bina menggunakan Google Form. Andai kata ada yang berminat nak menggunakannya, silakan copy file Google Form yang saya kongsikan ini. Simple je pun... 

Sebelum korang MAKE A COPY, saya nak berikan sedikit penjelasan macam mana nak menggunakan form tersebut. Baca dulu okay...

๐Ÿ“• First of all, Google Form yang saya kongsikan ini hanyalah template yang saya cipta sendiri, tiada paksaan untuk sesiapa menggunakannya. Kalau rasa nak guna, silakan... Tak nak, no issue! Saya sekadar membantu jer hokayy! 

๐Ÿ“™Selepas korang klik MAKE A COPY, Google Form tersebut akan tersimpan di dalam Google Drive korang. So, kalau nak copy, saya cadangkan buka laptop, copy dan boleh terus edit form berkenaan.

๐Ÿ“—Terpulang nak tambah apa-apa lagi, lencana sekolah ke, logo premis ke, editlah ikut keperluan. Cuma nak ingatkan, jangan terlampau banyak soalan, sebab dikhuatiri orang malas nak isi... dan kalau boleh not too fancy sebab borang ni orang nak isi cepat. Nanti distracted pulak... Gituhhh... Kalau boleh nak on the go je... Cecepat isi. Cepat dapat masuk premis/sekolah...

๐Ÿ“˜ Saya tak letak tarikh untuk check in sebab dalam Google Form, tarikh dan masa akan dijana secara automatik. 

๐Ÿ“™ Boleh delete yang mana tak perlu. Tambah mana yang korang nak tambah... Takde masalah sebab bila korang dah copy form tu, form tu dah jadi hak milik korang... Editlah sebaiknya sesuai dengan organisasi korang.


๐Ÿ“• Saya dah setting, akan ada error message terpapar jika suhu yang dimasukkan lebih dari 37.5 darjah celcius. Ini untuk mengelakkan typo. Biasa la lepas raya memang jari akan membesar sikit... Banyak sangat makan rendang. LOL!

๐Ÿ“— Bila dah siap edit, klik butang SEND, pilih LINK (๐Ÿ”—), copy link berkenaan, dan buatlah QR Code. 


๐Ÿ“˜ Nak buat QR Code, boleh rujuk kat post saya CARA BUAT QR CODE

๐Ÿ“• Dah siap QR Code, cetak dan tampallah di premis anda... 

๐Ÿ“— Nak tengok data macam mana? Pada Google Form tersebut, klik kat RESPONSES. Di situ korang boleh lihat data yang telah dimasukkan. Boleh juga klik pada button SPREADSHEET untuk lihat data. 




๐Ÿ“™Gunakanlah form ini sebaiknya. Sila sebarluas link ini dengan rakan-rakan agar lebih ramai lagi yang mendapat ilmu/bahan ini... Moga lebih ramai yang mendapat manfaat darinya... InsyaAllah.

Saya buat dua set Google Form. Satu untuk kegunaan sekolah dan satu lagi untuk kegunaan premis... Kot korang ada kedai ke restoran ke, boleh la guna yang tu... Sekali lagi saya nak ingatkan bahawa template ini hanyalah inisiatif saya sendiri. Kalau nak guna, gunakanlah... Tak nak, takde masalah... Tiada paksaan! Masih tak mahir nak guna Google Form, boleh rujuk post saya yang sebelum ini... CARA PENGGUNAAN GOOGLE FORM  



Sekian sahaja perkongsian saya untuk hari ini... Kalau ada mana yang tak kena, korang editlah sendiri ye... Sama-samalah kita berusaha untuk putuskan rantaian Covid19 ni ye... InsyaAllah... Take care, gais! Jangan lupa amalkan 3W - Wash (Cuci), Wear (Pakai) & Warn (Amaran). Babai!

Nota kaki : Pandai-pandailah mencari hikmah, sehingga dalam keadaan apa pun kita tak pernah merasa susah.

3 comments:

  1. salam, usaha yang sgt baik, gu!
    Utk kehadiran guru, kena isi juga masa balik, kan? Mungkin ada lagi borang utk rekod masa balik. Bila buka excel (responses) nanti, blh cross check dengan rekod kehadiran. Dari situ, laporan kehadiran/pergerakan guru akan jadi lebih lengkap. Semoga berjaya!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam cikgu kampung. Terima kasih atas pandangan. Boleh guna form yang sama sebab dlm data akan ada timestamp dan juga tarikh. Boleh crosscheck dlm sheets yang sama je. Kalau nak dua form berbeza, cikgu boleh copy 2x template yang saya share ni, rename utk check in dan check out.. ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  3. terima kasih aplikasinya semoga bermanfaat buat kami di sini (indo)

    ReplyDelete