Poster Simple Covid 19 & Label Meja Murid - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday 14 July 2020

Poster Simple Covid 19 & Label Meja Murid


Halluuu gais! Assalamualaikum semua...

Dua tiga hari ni memang sibuk giler mengemas kelas, mujurlah ada rakan-rakan yang sudi membantu. Kak Anny, Kak Aishah... Thank you! Alhamdulillah dah settle. Kelas dah ready untuk menerima murid... Syukur... Tak sabar rasanya nak jumpa murid-murid minggu depan... Hihi... Harapnya murid-murid pun sama, teruja nak ke sekolah... 

Okay, macam biasa saya memang bukanlah guru yang rajin nak berhias sangat kat kelas. Kelas saya sangat simple. Saya pilih konsep #minimalas tahun ni... Hahaha... Lebih minimal dari minimalis... Gituhhh!~ Namun begitu, saya masih jaga hal yang penting... Jadual waktu, jadual bertugas, kalendar, semua yang basic tu mestilah ada... Kau jangan buat hal tak letak benda penting camtu dalam kelas. Kalau benda camtu pun takde, bukan minimalas dah... tu memang pemalas! Hahahaha... 😂

Since nak buka sekolah dah, so saya sediakan jugaklah poster tentang cara murid menghadapi Covid19 ni... 5 keping je pun. Memang minimal. Tu pun tampal kat pintu je haa... Sebab saya tak nak rosakkan cat kat dinding, parents kelas saya sponsor & bantu untuk cat... Cun! Siap dual tone lagi... So, dinding kita kasi maintain kosong jer... Kalau korang nak banyak lagi poster, boleh cari kat FB. Bersepah... 😁

Selain kebersihan kelas, saya tagging kat kaki meja supaya meja budak-budak ni tak 'lari' dari kedudukan asal. Part ni la paling penat sekali! Hahaha... Meja dah siap letakkan label nama. Nanti murid-murid akan duduk je ikut nama mereka. Masing-masing jaga meja kerusi masing-masing... Kann!~ 

Yang berminat nak download, silakan lah... 





Download : Label Meja Murid

Oh ya, untuk pelan lantai, saya download bahan dari laman web rakan saya, Cikgu Ayu. Boleh download dari link ni ya... https://www.cikguayu.my/pelan-kedudukan-murid-dengan-penjarakan-sosial/

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ni. Semoga bermanfaat! Take care, babai!

Nota kaki : Ketulusan kasih sayang tidak dapat dilihat atau didengar, tetapi hanya bisa dirasakan dengan hati.

2 comments:

  1. very nice blog with useful and colorful contents...tq for sharing

    ReplyDelete
  2. Thank you so much.. Cikgu Raihan.. Banyak maklumat dan ilmu. Semoga dimurahkan rezeki dan dlm rahmatNya.. Aaminn

    ReplyDelete