Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan 2020 (New Normal) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday 6 August 2020

Kertas Kerja Sambutan Bulan Kemerdekaan 2020 (New Normal)


Assalamualaikum semua...

Halluu gais! Tahun ni saya dapat job baru, first time dilantik sebagai penyelaras Sambutan Bulan Kemerdekaan. Alhamdulillah, tahun ni rasanya agak beruntung kerana program yang dijalankan tak lah heavy sangat memandangkan keadaan negara kita sekarang yang dilanda pandemik Covid19. Walaupun dalam kesukaran, tetapi tidak dapat melunturkan rasa kasih dan sayang terhadap negara tercinta. Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah Malaysia Prihatin yang mana cukup sinonim dengan keadaan kita pada hari ini yang sedang berusaha memerangi virus Corona.

Untuk sambutan kali ini saya buat sedikit kelainan dimana saya pecahkan aktiviti mengikut panitia. Jadi, setiap panita ada peranan masing-masing dalam bersama-sama mengimarahkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada tahun ini. Aktiviti yang dirancang akan dijalankan mengikut subjek... Contohnya, Panitia BI akan handle crossword puzzle & word seach bertemakan kemerdekaan. Jadi, pertandingan akan dikendalikan oleh guru subjek BI. Pemenang pun akan dipilih oleh guru subjek. Lebih mudah begitu kerana kali ni semua aktiviti dijalankan dalam kelas masing-masing jer...

Selain itu, sekiranya panitia nak jadikan program yang dijalankan sebagai aktiviti panitia pun boleh... Haaa nampak tak? Satu program besar tapi boleh selit-selitkan jadi program panitia. Gituhhh... Saya sediakan template laporan macam ni jer, kalau ada panitia nak buat laporan program, dorang print template dan isikan maklumat... Simple!~ 😁


Ni antara aktiviti yang saya rancang untuk tahun ni. Tak banyak pun, jadilah... Pada saya banyak mana aktiviti tak la penting sangat, yang penting keberhasilannya... Hasil murid, kemenjadian murid/guru... objektif tercapai atau tidak... Itu yang paling utama. Be realistic semasa merancang, jangan ikut orang... Ikut aras murid dan kemampuan semua... Hokehh? Kalau mampu nak buat lebih, silakan... Boleh jerrr... Huhu...


Jujur saya katakan, ini dalah kali pertama saya memegang jawatan penyelaras program Sambutan Bulan Kemerdekaan, jadi kalau ada kekurangan dalam merangka dan merancang program, faham-faham je la ye... Jangan kecam hokayyy! Sis cuba! Bagi yang berminat nak dapatkan contoh kertas kerja, silalah download dari butang di bawah ni ye... 

Nak buat buku program simple-simple... Boleh download dari post saya yang terdahulu. 25 TEMPLATE BUKU PROGRAM

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu terutama bagi rakan-rakan guru yang menggalas jawatan yang sama... Penyelaras program! Huhu... Jangan lupa doakan kesejahteraan dan kesihatan saya tau. Patuhi SOP! Take care, gais. Babaiii... Assalamualaikum...

Nota kaki : Serahkan urusan orang zalim itu kepada mahkamah akhirat; sebuah mahkamah yang tidak ada hakimnya selain Allah SWT! 

14 comments:

  1. Terbaiklah.. Sbb byk panitia terlibat.. Slalunya klu sy buat panitia elektif je..menarik ni..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak cikgu.. cikgu permudahkan urusan orang lain.. semoga Allah permudahkan urusan cikgu pula.

    ReplyDelete
  3. Saya share. terima kasih cikgu. semoga dipermudahkan urusan cikgu

    ReplyDelete
  4. Salam puan, jika tidak keberatan boleh saya dapatkan softcopy kertas kerja dalam bentuk microsoft word?

    ReplyDelete
  5. terima kasih adinda raihana

    ReplyDelete
  6. Terima kasih share paper work..u r the best..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum puan,saya mohon untuk mengambil contoh kertas kerja puan ya..terima kasih. Semoga puan diberi kesihatan yang baik selalu.

    ReplyDelete
  8. terima kasih puan..sy share ya...

    ReplyDelete
  9. tq atas perkongsian yg bermanfaat ini

    ReplyDelete
  10. tq...saya share. moga urusan puan dipermudahkan

    ReplyDelete