Apa itu Flipped Classroom? - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday 16 September 2020

Apa itu Flipped Classroom?



Hallu gais! Assalamualaikum...


Alhamdulillah... Isnin yang lalu saya diberikan peluang untuk berkongsi tentang Flipped Classroom kepada rakan-rakan guru subjek Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Rendah Daerah Kinta Utara. Saya bersyukur kerana dengan cara ini, secara tak langsung memaksa saya untuk mencari maklumat dan membuat pelbagai bacaan tentang Flipped Classroom. Yelah, tak kan lah nak cakap kosong je kan... Hihi...


Banyak juga rujukan yang saya buat, dan saya dapati di Malaysia memang kurang bahan-bahan penulisan tentang Flipped Classroom ni. Bahan-bahan bacaan yang saya peroleh rata-rata dari penulis luar negara. Penulisan di dalam Malaysia nampaknya masih agak terhad. 


Baiklah, memandangkan hari ini cuti, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi serba sedikit info berkenaan dengan Flipped Classroom. Kalau korang nak tau, Flipped Classroom merupakan salah satu daripada Pembelajaran Teradun (Blended Learning). Ada nama lain jugak... So, kalau nak cari bahan bacaan di Google, boleh try guna kesemua kata kunci ni... 


NAMA LAIN BAGI FLIPPED CLASSROOM 




KONSEP FLIPPED CLASSROOM


Biasanya kalau kelas tradisional, kita akan mengajar, mengajar dan mengajar dalam kelas... Kemudian, murid balik rumah, siapkan tugasan.... Jadi, nampak tak dalam situasi ni sebenarnya murid hanya guna kemahiran  aras rendah je kat kelas. Setakat mengingat dan memahami nota / input yang cikgu bagi... Gituhhh...


Tapi... Flipped Classroom ni terbalik... Yang part mengingat dan memahami tu, murid buat di luar bilik darjah... Sebab tu kita gunakan video, blog, artikel, short quiz dll untuk murid tonton / baca atau buat di luar bilik darjah... Tak kisah la nak buat di rumah ke, hotel ke (kot family dia tengah pergi holiday ke kan...), nak buat kat restoran ke... Dimana-mana jer... 


Tujuannya adalah nak bagi murid tu fahamkan yang asas tentang apa yang kita akan ajar nanti. Jadi bila mereka masuk ke kelas, mereka dah tahu apa yang nak dibelajarkan... Sekurang-kurangnya dorang masuk kelas, dah ada paling tidak pun 20-30% peratus pengetahuan tentang apa yang cikgu akan ajar. Pengetahuan sedia ada tu yang bantu mereka untuk menggunakan kemahiran-kemahiran lain yang lebih tinggi seperti menganalisis, mencipta, menilai dan mengaplikasi semasa di dalam kelas dengan bimbingan guru. Faham tak apa yang saya cakap ni? Hahahaha... 


Satu lagi perkara yang penting adalah tentang fleksibiliti Flipped Classroom. Murid mendapat pengetahuan awal bukanlah terhad hanya di rumah... Flexible... Dorang boleh buat dimana-mana luar bilik darjah... Rumah ke, hotel ke, dalam kereta ke restoran ke... Tak kisah... Cuba fahamkan yang ini... Outside the classroom... dengan in the classroom... 




THE 4 PILLARS OF F-L-I-P 



Huraian tentang 4 Pillars of F-L-I-P mengikut kefahaman saya... 


F – Flexible Environment

👉 Kesesuaian keadaan belajar/mengajar.

👉 Boleh menerima apa cara/keadaan murid belajar.

👉 Tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi dengan masa pembelajaran & keputusan ujian.


L – Learning Culture

👉 Pembelajaran berpusatkan murid.

👉 Pembelajaran dalam kelas lebih terperinci & membuka lebih banyak peluang belajar sendiri untuk murid.


I – Intentional Content

👉 Merangka & menentukan aktiviti yang sesuai untuk dijalankan di luar bilik darjah dan di sekolah, strategi pengajaran & pembelajaran,  mengikut aras murid serta kesesuaian topik.


P – Professional Educator

👉 Guru sebagai pemudahcara.

👉 Sentiasa positif.

👉 Terbuka kepada kritikan untuk penambahbaikkan.

👉 Reflektif terhadap PdP.


Okay rasanya setakat ni dulu perkongsian saya untuk kali ini. Ada banyak lagi sebenarnya... Kalau ikutkan pembentangan saya semasa bengkel tempoh hari ada lebih kurang 40 slides. Tapi... Nantilah, ada masa saya buat post lain pula... InsyaAllah. Nanti banyak sangat korang nak hadam, muntah pulak baca post saya panjang sangat! Hahahaha.... Ada rezeki nanti saya kongsikan tentang kebaikkan dan kelemahan serta cara mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dalam Flipped Classroom... InsyaAllah... 


BACA AKTIVITI FLIPPED CLASSROOM DI RUMAH VS DI SEKOLAH


Doakan kesihatan, keselamatan & kesejahteraan saya. Semoga kita semua diberi kefasihan & kefahaman tentang ilmu-ilmu yang berguna seperti ini... Aamiin... Take care, gais! Babai... 


Nota kaki : Bahagia bukan milik dia yang hebat dalam segalanya, namun dia yang mampu menemukan hal sederhana dalam hidupnya dan tetap bersyukur. 

7 comments:

  1. perkongsiaan yang amat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Thanks a lot for your sharing, cikgu! I have been asked to share Flipped classroom and alhamdulillah i found your blog! And yes, at the same time, i learnt about it too...again, thanks, cg!

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg sangat bermakna. Terima kasih. Hanya Allah yang mempu membalas segala kebakkan pn.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tksh Modh2an perkongsian ini menjadi amal jariah dan ilmu yg bermenfaat yg puan tinggalkan nanti, Ameen

    ReplyDelete
  6. Sediakan contoh bagaimanakah Flip Classs ini dilaksanakan boleh menambahkan lagi pemahaman.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih puan atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Semoga puan sekeluarga diberikan ganjaran dan kesejahteraan oleh Allah s.w.t

    ReplyDelete